Pakej Iklan

Saturday, October 12, 2019

PERLUNYA KITA UBAH CARA PANDANG TERHADAP BELANJAWAN 2020


Oleh: Dr Tanaka Mustafa



1) Setiap kali Bajet atau Belanjawan dibentangkan oleh kerajaan, pihak pembangkang akan kondem habis-habisan dengan pelbagai fakta, hujah, sindiran dan kadangkala fitnah terhadap bajet atau Belanjawan tersebut. Tak kiralah pembangkang zaman BN mahupun pembangkang zaman PH. Tak pernah berubah tipikal pembangkang ini.

2) Seperti gambar yang saya sertakan ini, dipembikin gambar ini bertanya, SIAPA UNTUNG? Siapa yang akan mendapat untung dengan projek membina sistem kereta kabel baru ini? Pointnya tidak lain tidak bukan - mengarah kepada persepsi bahawa kerajaan PH sedang menlonggokkan projek-projek besar kepada tauke-tauke Cina yang dikatakan Cina DAP.

3) Sebenarnya, jika kita ada ilmu dan pengetahuan yang betul, kita tidak akan tanya "Siapa Untung?". Tetapi kita akan tanya, "Kenapa aku tidak rebut keuntungan" daripada projek-projek besar tersebut. Bukan projek kereta kabel sahaja, banyak projek-projek besar lain seperti projek infrastruktur 5G, kabel optik, tenaga solar dan sebagainya yang diumumkan itu boleh memberi keuntungan kepada kita, walaupun tidak disasarkan kepada kita.

4) Caranya adalah kita melabur dalam saham syarikat-syarikat yang terlibat. Contohnya peruntukan kerajaan untuk kembangkan teknologi 5G, sudah tentu manfaatnya akan diperoleh syarikat-syarikat telco seperti TM, Opcom etc. Fokus kerajaan untuk luaskan penggunaan e-Wallet, sudah tentu manfaatnya akan diperoleh oleh syarikat seperti Revenue, GHL, Molpay etc. Begitulah seterusnya dalam pengumuman-pengumuman lain dalam Belanjawan.

5) Tahukah anda, dengan pengumuman LGE dalam Belanjawan 2020 kelmarin, para pelabur saham dan traders berebut membeli saham-saham TM dan Opcom. Bahkan para pedagang saham sedang mengintai rapat saham-saham Revenue untuk dimiliki. Mereka dapat membaca peluang besar membuat untung apabila kerajaan memberikan peruntukan besar kepada syarikat-syarikat ini.

6) Apa? Nak suruh kami orang kampung, mahacai dan walaun main saham? Lebih baik kami membawang bergaduh dalam Facebook. Lagi untung. Untung? teruskan bergaduh. Sedangkan orang lain yang ada ilmu berdagang saham-saham ini sudah lama keluar daripada era bergaduh dan salahkan kerajaan dalam setiap kali pengumuman Bajet dan Belanjawan. Sebab kau maki kerajaan macamana pun, nak mengundi lambat lagi. Kau akan hadap juga Belanjawan 2020 ini tahun depan tanpa kau merasa sebarang effect. Walhal sebenarnya kau boleh kaut untung.

7) Caranya mudah. Kau pergi ke bank Investment, bukan bank biasa. Contohnyaa Maybank Investment, atau RHB Inverstment dan ada beberapa lagi google sendiri. Kau buka akaun CDS, yakni akaun untuk kau guna sebagai platform jual beli saham. Bank akan bagi kau akaun platform untuk kau jual beli saham. Kau buat saja akaun CDS dulu, sebab kau apply hari ini, dua minggu baru siap.

8 ) Setelah ada kaun CDS dan kau dah boleh login platform jual beli saham, kau dah boleh start melabur atau trade saham. Kau penoreh getah ke, nelayan ke, engineer ke, pesawah ke, cikgu ke, walaun ke, mahacai ke, kau boleh beli saham-saham syarikat besar seperti Proton, Revenue, TM, Opcom, Petronas... malah kalau modal lagi banyak kau boleh saja beli saham Apple, Microsoft, Google, Facebook etc. Dalam artikel ini, boleh fokus kaji syarikat-syarikat yang akan terlibat dengan Belanjawan 2020.

9) Tapi belum tentu kau untung, jika kau tak ada ilmu saham. Kau kena pergi kelas dan seminar daripada pakar pelaburan saham. Belajar. Belajar tanpa akaun CDS, anda akan meleleh air liur sahaja. Tetapi jika anda belajar sambil sudah ada akaun CDS, anda sudah boleh start trade/labur setelah habis kelas.

10) Paling utama, setelah anda ada fresh view and good view about saham, anda tidak akan melalak lagi di Facebook menyalahkan kerajaan. Sebab kesannya sama, kau takkan dapat apa-apa untung. Hero membawang, sedangkan orang lain buat duit puluhan ribu. Ada kaunter saham, yang hanya dengan pengumuman LGE sahaja, saham dah mencanak naik. Inilah yang traders aim ketika menonton pembentangan Belanjawan. Bukan tunggu nak printscreen, pastu buat sebaran bukan-bukan.

11) So, boleh kita ubah cara pandang selepas ini? Pembangkang tidak bentangkan Belanjawan Alternatif, saya sangat setuju. Sebab Belanjawan Alternatif ni sebenarnya poyo, dan kepoyooan ini datangnya daripada pembangkang zaman dulu. Baguslah kalau pembangkang hari ni stop. Lebih baik bawa rakyat fikir benda yang lebih menguntungkan daripada kondem benda tak ketahuan punca.

Sekian