Pakej Iklan

Friday, November 15, 2019

TEROWONG PULAU PINANG



Orang-orang lama dulu panggil Pulau Pinang sebagai Tanjong. Hang nak pi mana? Nak pi Tanjong. Bukan Tanjong Piai. Orang hari ini bukan saja Tanjong dah jarang disebut, Pulau Pinang pun dah tak berapa nak pakai. Duk sebut Penang. Kalau Pulau Pinang, sesuai dengan Jambatan Pulau Pinang. Nama Penang ni sedap sikit nak match dengan Tunnel. Penang Tunnel.

#sajaCariPasal


Wednesday, November 13, 2019

ZUNAR MEMPROMOSI PUBLIC JUDGEMENT

Oleh: Dr Tanaka Mustafa




1) Zunar sudah buat silap dalam kartun terbarunya ini. Dia menghina mahkamah, seolah-olah mengangkat martabat public judgement sebagai sistem keadilan dalam negara.

2) Tahukah anda apa itu public judgement? Contoh paling mudah adalah, seorang lelaki ditangkap kerana dituduh mencuri di sebuah kampung. Kemudian para penduduk kampung ramai-ramai pakat pukul pencuri itu tanpa belas kasihan.

3) Itu adalah simple contoh public judgement. Sepatutnya dalam sebuah negara yang bertamadun, public judgment tidak berlaku. Penduduk kampung akan menyerahkan kepda pihak berkuasa untuk didakwa dan diadili. Di mahkamah, hakim yang akan memutuskan samada dia bersalah atau tidak.

4) Public judgement rata-ratanya berlaku dalam sesebuah negara yang tidak bertamadun, negara bergolak dan negara yang rakyatnya memiliki IQ rendah. Mengutamakan emosi berbanding rasional.

5) Apa yang Zunar gambarkan di sini sebenarnya memang sedang berlaku dalam negara kita, terutama dalam era Malaysia baru. Prinsip innocent until proven guilty sudah tidak lagi diguna pakai, terutama oleh para mahacai. Mereka boleh mengambil alih tugas menjatuhkan hukuman walaupun kes masih dalam perbicaraan.

6) Bermakna, Malaysia Baru sedang menuju ke arah negara yang tidak bertamadun, ke arah negara bergolak dan rakyatnya semakin rendah IQ. Berbanggalah anda dengan Malaysia Baru.

Sekian

p/s: Biarlah rakyat menghukum dalam pilihanraya sahaja. Di mahkamah, biarlah Hakim yang buat kerja.

Saturday, October 12, 2019

PERLUNYA KITA UBAH CARA PANDANG TERHADAP BELANJAWAN 2020


Oleh: Dr Tanaka Mustafa



1) Setiap kali Bajet atau Belanjawan dibentangkan oleh kerajaan, pihak pembangkang akan kondem habis-habisan dengan pelbagai fakta, hujah, sindiran dan kadangkala fitnah terhadap bajet atau Belanjawan tersebut. Tak kiralah pembangkang zaman BN mahupun pembangkang zaman PH. Tak pernah berubah tipikal pembangkang ini.

2) Seperti gambar yang saya sertakan ini, dipembikin gambar ini bertanya, SIAPA UNTUNG? Siapa yang akan mendapat untung dengan projek membina sistem kereta kabel baru ini? Pointnya tidak lain tidak bukan - mengarah kepada persepsi bahawa kerajaan PH sedang menlonggokkan projek-projek besar kepada tauke-tauke Cina yang dikatakan Cina DAP.

3) Sebenarnya, jika kita ada ilmu dan pengetahuan yang betul, kita tidak akan tanya "Siapa Untung?". Tetapi kita akan tanya, "Kenapa aku tidak rebut keuntungan" daripada projek-projek besar tersebut. Bukan projek kereta kabel sahaja, banyak projek-projek besar lain seperti projek infrastruktur 5G, kabel optik, tenaga solar dan sebagainya yang diumumkan itu boleh memberi keuntungan kepada kita, walaupun tidak disasarkan kepada kita.

4) Caranya adalah kita melabur dalam saham syarikat-syarikat yang terlibat. Contohnya peruntukan kerajaan untuk kembangkan teknologi 5G, sudah tentu manfaatnya akan diperoleh syarikat-syarikat telco seperti TM, Opcom etc. Fokus kerajaan untuk luaskan penggunaan e-Wallet, sudah tentu manfaatnya akan diperoleh oleh syarikat seperti Revenue, GHL, Molpay etc. Begitulah seterusnya dalam pengumuman-pengumuman lain dalam Belanjawan.

5) Tahukah anda, dengan pengumuman LGE dalam Belanjawan 2020 kelmarin, para pelabur saham dan traders berebut membeli saham-saham TM dan Opcom. Bahkan para pedagang saham sedang mengintai rapat saham-saham Revenue untuk dimiliki. Mereka dapat membaca peluang besar membuat untung apabila kerajaan memberikan peruntukan besar kepada syarikat-syarikat ini.

6) Apa? Nak suruh kami orang kampung, mahacai dan walaun main saham? Lebih baik kami membawang bergaduh dalam Facebook. Lagi untung. Untung? teruskan bergaduh. Sedangkan orang lain yang ada ilmu berdagang saham-saham ini sudah lama keluar daripada era bergaduh dan salahkan kerajaan dalam setiap kali pengumuman Bajet dan Belanjawan. Sebab kau maki kerajaan macamana pun, nak mengundi lambat lagi. Kau akan hadap juga Belanjawan 2020 ini tahun depan tanpa kau merasa sebarang effect. Walhal sebenarnya kau boleh kaut untung.

7) Caranya mudah. Kau pergi ke bank Investment, bukan bank biasa. Contohnyaa Maybank Investment, atau RHB Inverstment dan ada beberapa lagi google sendiri. Kau buka akaun CDS, yakni akaun untuk kau guna sebagai platform jual beli saham. Bank akan bagi kau akaun platform untuk kau jual beli saham. Kau buat saja akaun CDS dulu, sebab kau apply hari ini, dua minggu baru siap.

8 ) Setelah ada kaun CDS dan kau dah boleh login platform jual beli saham, kau dah boleh start melabur atau trade saham. Kau penoreh getah ke, nelayan ke, engineer ke, pesawah ke, cikgu ke, walaun ke, mahacai ke, kau boleh beli saham-saham syarikat besar seperti Proton, Revenue, TM, Opcom, Petronas... malah kalau modal lagi banyak kau boleh saja beli saham Apple, Microsoft, Google, Facebook etc. Dalam artikel ini, boleh fokus kaji syarikat-syarikat yang akan terlibat dengan Belanjawan 2020.

9) Tapi belum tentu kau untung, jika kau tak ada ilmu saham. Kau kena pergi kelas dan seminar daripada pakar pelaburan saham. Belajar. Belajar tanpa akaun CDS, anda akan meleleh air liur sahaja. Tetapi jika anda belajar sambil sudah ada akaun CDS, anda sudah boleh start trade/labur setelah habis kelas.

10) Paling utama, setelah anda ada fresh view and good view about saham, anda tidak akan melalak lagi di Facebook menyalahkan kerajaan. Sebab kesannya sama, kau takkan dapat apa-apa untung. Hero membawang, sedangkan orang lain buat duit puluhan ribu. Ada kaunter saham, yang hanya dengan pengumuman LGE sahaja, saham dah mencanak naik. Inilah yang traders aim ketika menonton pembentangan Belanjawan. Bukan tunggu nak printscreen, pastu buat sebaran bukan-bukan.

11) So, boleh kita ubah cara pandang selepas ini? Pembangkang tidak bentangkan Belanjawan Alternatif, saya sangat setuju. Sebab Belanjawan Alternatif ni sebenarnya poyo, dan kepoyooan ini datangnya daripada pembangkang zaman dulu. Baguslah kalau pembangkang hari ni stop. Lebih baik bawa rakyat fikir benda yang lebih menguntungkan daripada kondem benda tak ketahuan punca.

Sekian

Thursday, September 19, 2019

EDISI PUNGGAH


"Sedara-sedara semua. Baik Melayu, baik Cina, baik India, baik semua rakyat Malaysia... jike esok harga minyak turuuuunn.... inshaAllah, DS Anwar Ibrahim akan jadi Perdana Menteri!"

(Dr Tanaka Mustafa)
Bakal SU Politik PM8 (spekulasi)
19.09.2019

Thursday, September 5, 2019

PENJAWAT AWAM: CHERITA POLISI, BUKAN POLITIK


Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Zaman Pak Lah PM-5 adalah zaman kemewahan penjawat awam, termasuk polis, tentera dan bomba. Ia memecah polisi PM4 yang menjerut poket penjawat awam dengan skim gaji yang rendah.

2) Pada zaman PM4, kebanyakan rakyat memandang tinggi kepada orang yang bekerja dengan syarikat swasta, kerana gaji pihak swasta yang tinggi. Manakala pekerjaan sebagai penjawat awam dipandang rendah, hatta pekerjaan yang mulia seperti guru sekolah juga tidak dipandang sebagai pekerjaan pilihan.

3) Zaman Pak Lah, perubahan drastik skim gaji penjawat awam memperlihatkan para penjawat awam bagai mendapat durian runtuh. Bahkan polis-polis pangkat rendah juga dapat menikmati gaji yang lebih besar - pada masa yang sama juga Pak Lah menganjurkan kempen anti-rasuah dalam kalangan polis.

4) Selari dengan kenaikan gaji polis, kempen anti-rasuah memperlihatkan kejayaan. Rasuah dalam kalangan polis berpangkat rendah berkurangan. Begitu juga dalam agensi-agensi lain.

5) Kemewahan yang dinikmati penjawat awam seterusnya mengubah persepsi rakyat - kerja sebagai penjawat awam lebih terjamin - dengan adanya skim pencen. Maka pilihan kerja swasta tidak lagi menjadi pilihan utama walaupun bergaji besar. Gaji sama tinggi, tetapi penjawat awam ada skim pencen.

6) Strategi Pak Lah memewahkan penjawat awam sebenarnya adalah langkah bijak merancakkan ekonomi negara. Para penjawat awam mampu membeli rumah-rumah kos sederhana dan mewah - merancakkan industri perumahan dan hartanah.

7) Bahkan dalam industri permotoran, pembelian kereta-kereta nasional dan kereta import menjadi lebih rancak. Polisi skim gaji yang tinggi dan skim pencen bukan sahaja memewahkan penjawat awam, bahkan turut meningkatkan traffic jual beli dan keuntungan syarikat-syarikat swasta.

8 ) Zaman PM6 DS Najib Razak meneruskan kerja-buat Pak Lah. Beliau tidak usik polisi ekonomi yang Pak Lah buat. Jika Pak Lah membantu ekonomi penjawat awam, beliau memilih untuk merancakkan ekonomi rakyat luar bandar tanpa mengusik polisi Pak Lah. Maka tercetuslah idea ECRL, Lebuhraya Borneo dan memantapkan sistem pengangkutan. Dengan cara itu, kerancangan ekonomi rakyat luar bandar akan dapat dipertingkat.

9) Malangnya, PM7 hari ini adalah PM4 terdahulu. Tindak-tanduknya hari ini dilihat sedikit demi sedikit cuba menenggelamkan polisi PM5 dan PM6. Penjawat awam bakal dijerut kembali. Cuma nak sampai ke tahap zaman PM4, kita tak tahu lagi.

Sekian

p/s: Ini cherita polisi. Kalau anda heret isu skandal 1MDB, Altantuya, Scorpene etc, anda bawa cherita politik. Sila reti beza. 

MENCUIT DR MUJAHID


Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Tahniah Dr Mujahid Yusof Rawa, kerana berjaya memperkasakan tulisan Jawi.

2) Tahukah anda, perkataan Mujahid ini berasal daripada root word ja-ha-da. Antara terbitan daripada perkataan ja-ha-da adalah perkataan jihad, mujahid, mujahadah, etc.

3) Dalam Islam, erti kata Jihad (جهاد) ialah berjuang dengan bersungguh-sungguh. Mereka yang berjihad digelar Mujahid. Atau dalam bahasa Mossad, ia disebut sebagai Jihadist.

4) Kesimpulannya, Mujahid adalah Jihadist.

Sekian

p/s: Sampaikan pelajaran ini kepada Howard Lee 李存孝 

Friday, August 30, 2019

ASAL USUL ORANG CINA MALAYSIA


Oleh: Dr Tanaka Mustafa



1) Orang Cina di Malaysia (Han Chinese) adalah orang Cina yang berhijrah ke Malaysia atau yang dilahirkan di Malaysia. Kebanyakan orang Cina ini adalah keturunan daripada selatan China yang tiba pada awal abad ke-19 hingga pertengahan abad ke-20.

2) Dalam statistik bilangan orang Cina 'Huaqioa' yakni Cina yang berada di luar China (juga disebut Overseas Chinese oleh orang China), bilangan orang Cina Malaysia adalah kedua tertinggi selepas Cina Thailand. Manakala di Malaysia pula, kaum Cina menjadi kaum kedua terbesar selepas kaum Melayu yang menjadi majoriti.

3) Di Malaysia, selalunya mereka dipanggil 'orang Cina' oleh orang Melayu, 'Sina' oleh orang Borneo, 'Cīṉar' dalam Tamil, 'Huaren' oleh sesama orang Cina, dan 'Huaqiao' oleh orang Cina di China.

4) Orang Cina di Malaysia sebenarnya ada banyak keturunan yang berbeza dengan dialek yang berbeza antara satu sama lain. Perbezaan bahasalah yang paling ketara, kerana ia menyukarkan komunikasi.

5) Kebanyakan Cina Malaysia adalah daripada keturunan Min (dialek Hokkein), Yue (dialek Cantonese), Hakka dan Teochew. Masing-masing mendominasi pekan-pekan dan bandar-bandar yang berbeza.

6) Orang Cina di Kuala Lumpur kebanyakannya menggunakan dialek Cantonese, Hokkein di Georgetown dan Kuching, Hakka di Kota Kinabalu, Teochew di Johor Bahru, Foochow di Sibu, manakala Hainanese di Kuala Terengganu.

7) Perbezaan dialek antara clan-clan Cina ini sememangnya menyukarkan mereka untuk berkomunikasi. Perbezaan dialek mereka lebih besar daripada perbezaan antara dialek-dialek orang Melayu. Anda tentu pernah terjumpa orang Cina sesama Cina berkomunikasi dalam bahasa Melayu atau berbahasa Inggeris. Kerana mungkin mereka berbeza dialek dan tak mahir bahasa Mandarin. Ataupun... mereka ini sangat patriotik .

8 ) Maka apabila berkomunikasi, mereka akan menggunakan bahasa Mandarin yang kini dianggap sebagai working language. Requirement Mandarin only - Apabila disebut sebagai working language, bukan sahaja orang Melayu atau India sahaja yang ditapis, bahkan orang-orang Cina yang tak reti bahasa Mandarin juga tertapis sebenarnya bagi tidak berlaku konflik dialek. Tapi bilangan generasi baru orang Cina dalam negara kita yang tidak tahu berbahasa Mandarin sangatlah sedikit.

9) Secara kebudayaan dan bahasa, orang-orang Cina ini sangat mementingkan penjagaan budaya, keturunan dan dialek mereka, walaupun nenek-moyang mereka telah lama tiba pada abad 19 terdahulu. Mereka masih mahu mengekalkan aspek-aspek keCinaan mereka dan tidak mahu berasimilasi.

10) Berbeza dengan orang-orang Cina yang datang pada zaman kesultanan Melayu Melaka suatu masa dahulu, mereka berasimilasi dengan penduduk tempatan, sehingga wujudnya sub-etnik yang dipanggil Baba dan Nyonya (Melaka/Penang), Cina Peranakan (Kelantan/Terengganu) dan Cina-pribumi(Sabah).

11) Sebenarnya, orang-orang Cina Huaqiao (Cina Oversea) di negara-negera lain di seluruh dunia sudah pun berasimilasi dengan penduduk tempatan. Cina di Amerika sudah pun berasimilasi dengan orang Amerika. Cina di Thailand, Indonesia, Eropah dan sebagainya, sudah lama berasimilasi kebudayaan dan bahasa dengan penduduk asal negara-negara tersebut.

12) Hanya di Malaysia, orang-orang Cina yang datang semasa pentadbiran British Malaya enggan berasimilasi. Disebabkan keengganan berasimilasi, mereka mahukan dibina sekolah-sekolah vernakular khusus untuk mereka ajarkan bahasa dan budaya asal-usul keturunan mereka. Silibus-silibus pendidikannya kebanyakanannya datang dari China dan Taiwan. Mereka enggan menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan yang dikelola oleh kementerian pendidikan Malaysia (bukan semua).

13) Atas toleransi orang-orang Melayu dan kerajaan Malaysia, sekolah-sekolah vernakular ini masih dibenarkan sampai hari ini, walaupun dikaitkan dengan pelbagai kontroversi yang sering berlaku dalam isu-isu patriotisme dan perpaduan kaum.

14) Statistik daripada World Bank (2010) mendapati, Populasi orang Cina di Malaysia berkurangan secara konsisten, disebabkan oleh kadar kelahiran yang rendah dan penghijrahan generasi muda Cina ke luar negara untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik. Keberkurangan ini dikhuatiri menyebabkan 'brain drain' kepada Malaysia, kerana kononnya yang keluar dari negara adalah bijak pandai dan highly educated.

15) Walaubagaimanapun, disebalik keberkurangan tenaga muda dan highly educated Chinese, gelombang pertambahan orang-orang Cina berlaku dengan penghijrahan masuk orang-orang China yang bertutur dalam dialek Mandarin dari utara dan timur China, dan orang Cina kacukan Vietnam serta lelaki-lelaki Cina dalam negara kita berkahwin dengan wanita Cina dari China dan Vietnam.

Sekian

Wednesday, August 28, 2019

AMATUR VS PROFESSIONAL



Oleh: Dr Tanaka Mustafa



1) Gabungan atau kerjasama PAS dan UMNO adalah strategi. Membentuk kerjasama dengan Gagasan Sejahtera, MCA, dan MIC juga adalah taktikal. Bermain isu juga adalah taktikal. Bab taktikal rasanya para strategist setiap parti ada idea-idea yang unik dan bernas. Tapi adakah strategi sahaja boleh berjaya?

2) Sedangkan pihak lain sedang menggerakkan logistik. Menggandakan sumber manusia untuk mengundi. Daftar undi secara besar-besaran adalah salah satu cara menggandakan undian. Memindahkan alamat pengundi ke satu-satu kawasan target juga adalah bab logistik.

3) Paling fishy, bab kemasukan warga China berpuluh ribu dalam satu-satu masa. Masuk tapi tak balik ke negara asal. Mungkin sudah dapat MyKad biru? Sudah tersedia penempatan untuk mereka? Papan-papan tanda sudah ditambah dengan tulisan Cina? Ini juga adalah bab logistik.

4) Seperti yang saya sebut dalam posting lepas, amatur bincang bab strategi dan taktikal. Professional tumpu bab logistik. Sekarang siapa amatur, siapa professional? Mohon para strategist parti-parti politik tidak syok sendiri dengan berstrategi semata-mata. Mengharapkan kemenangan dengan taktikal bermain isu berkemungkinan besar kalah teruk apabila berdepan dengan lawan yang ada logistik besar.

5) Bab yang fishy, kita harapkan ada tindakan daripada pihak berkuasa, bahkan jika ada risikan tentera, sila bertindak. Bab ini agak serius kerana melibatkan kedaulatan negara. Nak PRU15 ada 4 tahun lagi. Dalam masa 4 tahun, berapa ratus ribu orang lagi boleh masuk?

6) “You will not find it difficult to prove that battles, campaigns, and even wars have been won or lost primarily because of logistics.” – General Dwight D. Eisenhower. Kamu tidak akan susah nak buktikan bahawa punca utama menang atau kalah dalam peperangan adalah logistik.

Sekian

Wednesday, August 21, 2019

SAYANGI MALAYSIAKU



“Peace cannot be kept by force; it can only be achieved by understanding.”

Dr Tanaka Mustafa
August, 2019

Tuesday, August 20, 2019

BENARKAH DR ZAKIR NAIK BERPOLITIK, SAMPAI MEMECAHBELAH KAUM?

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Sebenarnya Dr Zakir Naik dah lama dapat PR, zaman Najib lagi. Tapi takda lah bising sampai panas isu perkauman pun. Tiba-tiba sekarang ni jadi panas, sebabnya ia diasak oleh pemimpin DAP dan Hindraf. Kita kena accept fakta ni.

2) Sebelum PH menang, kumpulan Hindraf dan liberal memang duk asak Dr Zakir Naik. Tapi asakan tak kuat sebab kerajaan BN Najib tak layan. Yang duk 'protect' Dr Zakir Naik ni geng Firdaus Wong, geng DrMAZA dan suku-sakat 'wahabi' saja. PAS tak usik pun isu Dr Zakir Naik.

3) Selepas PH berkuasa, tekanan untuk halau Dr Zakir Naik bagai mendapat vitamin dan ubat kuat secara tiba-tiba. Dengan kuasa menteri-menteri kabinet yang ada, mereka asak PM untuk halau Dr Zakir Naik. Team DrMAZA, Firdaus Wong dan seangkatannya hampir-hampir tidak menang tangan menangani asakan daripada parti politik dan menteri kabinet.

4) Asakan daripada menteri dan parti politik DAP serta sekutunya menjadikan isu Dr Zakir Naik terjebak kepada isu politik. Sememangnya ia trigger PAS untuk campurtangan - lalu menganjurkan Tour kat Kelantan sebagai tanda sokongan kepada pendakwah itu. Sokongan parti politik PAS sedikit-sebanyak melegakan team DrMAZA dan team Firdaus Wong.

5) Tekanan parti politik tidak akan dapat dilawan oleh sokongan kecil team-team tertentu. Ia perlu disokong oleh sokongan parti politik juga. Maka tindakan PAS menyokong Dr Zakir Naik adalah response kepada tekanan politik dari pihak DAP, Hindraf, Liberal dan sebagainya, yang juga menggunakan kuasa politik menteri kabinet.

6) Ucapan Dr Zakir Naik tidaklah bersifat politik pun, cuma di-spin media sebagai kenyataan politik. Beliau hanya menyebut beberapa ayat untuk menjawab 'tekanan dan pengusiran' ke atas beliau oleh parti politik. Inilah yang sebenarnya spin berlaku sehingga beliau dituduh bermain politik.

7) Kesimpulannya, Dr Zakir Naik tidak ada masalah pun pada awalnya. Yang mengheret beliau ke kancah politik adalah parti politik DAP dan Hindraf, kemudian di-response oleh parti politik PAS, UMNO dan seangkatannya. Mujurlah AMANAH diam saja, tidak terlibat samada menekan atau menyokong. Inilah rahmatan-lil'alamin.

Sekian

Thursday, August 8, 2019

PESANAN DR NIK TANAKA



Halluu adik kakok. Ado sapo-sapo teringat dop kepada gapo hok Dr Nik kito royak?
Kalu ingat, baguih la. Terbaeekk.
Cenggini 💪💪💪👏

Thursday, August 1, 2019

LION KING 2019

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Ada sorang kawan lama ajak layan Lion King. Lama tak jumpa punya pasal, saya ikut. Dulu-dulu dia pernah ajak tengok cherita The Hobbits. Saya tolak. Sebab dia ni hawau kuat UMNO. Sebab lama tak jumpa, saya tak tau dia ni UMNO lagi ka, dah jadi Bunga ka, dah jadi DAP ka. So saya ikut dia layan Lion King sambil sembang-sembang.

2) Tengok cherita Lion King 2019 ni menyebabkan saya mula meragui channel NatGeo Wild. Grafik punyalah power. Bezanya haiwan dalam Lion King ni bulih bercakap saja.

3) Lion King nak cherita pasal perebutan kuasa antara singa-singa duk ada. Singa yang jahat tu singa tua, Scar - Pak Menakan Simba. Singa tua tu korup, gila kuasa. Sanggup bunuh adiknya Mufasa, bapak Simba.

4) Simba yang tak ketahuan apa pasal kelicikan Pak Menakan dia, terpaksa lari dan survive bersama-sama kawan-kawannya yang berupa Kera dan Babi serta seekor aweknya. Akhirnya Simba dapat balik takhta yang ditinggalkan bapanya daripada Pak Menakannya.

6) Lepas habis tengok cherita Lion King, kawan saya bagi kesimpulan: "Kau tengok laa, nak menang lawan kezaliman, kena berpakat dengan Kera dan Babi".

Gila kasaq punya kesimpulan.

Sekian