Pakej Iklan

Monday, August 30, 2021

UNIVERSITI UNISHAMS BOLEH JADI PEMANGKIN KEPADA KEDAH RUBBER CITY

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Selain projek mega Lapangan Terbang Kulim, Kedah juga sedang meneruskan projek Kedah Rubber City (KRC) yang telah dirancang semasa pentadbiran MB Mukhriz.
2) Projek itu terus menarik minat pelabur-pelabur sektor berkenaan, termasuk syarikat gergasi pembuatan glove terkenal - Hartalega Holding Bhd yang mengumumkan untuk membina 16 kilang gloves di KRC pada Mac 2020.
3) Selain Hartalega, pelbagai syarikat yang menghasilkan produk getah termaju dan kejuruteraan turut terlibat dalam pembangunan KRC yang dijangka membuka puluhan ribu peluang pekerjaan.
4) Kerajaan pimpinan MB Mukhriz dan MB Sanusi telah berjaya meyakinkan pelabur untuk datang melabur dalam projek KRC, seterusnya akan membuka landskap baru kerancakan ekonomi di wilayah utara Semenanjung Malaysia.
5) Untuk kelestarian tenaga kerja dan kepakaran dalam sektor industri getah dan perkara berkaitan dalam pembangunan KRC, maka kerajaan perlu memperkemas pengajian-pengajian dalam bidang berkaitan untuk menghasilkan graduan dan tenaga kerja yang mampu menyumbang kepada kemajuan KRC.
6) Biarlah tenaga kerja dan kepakaran itu datang daripada anak bangsa dan penduduk Malaysia amnya, dan rakyat Kedah khususnya. Bidang-bidang seperti kejuruteraan polimer, kejuruteraan getah, kejuruteraan bahan plastik, rubber processing, sektor penanaman getah dan sebagainya perlu diperkemas dan ditambah nilai.
7) Bahkan untuk negeri Kedah, UniSHAMS juga boleh merisik untuk membuka pengajian dalam bidang-bidang tersebutkan. UniSHAMS yang asalnya adalah sebuah kolej universiti Insaniah (KUIN) telah pun berjaya melangkah menjadi Universiti penuh yang diusahakan oleh MB Ustaz Azizan suatu ketika dahulu - dengan memperbanyakkan kursus-kursus professional di UniSHAMS.
8 ) Maka, menambah bidang khusus untuk melahirkan tenaga dankepakaran dalam bidang yang akan 'meletup' di Kedah adalah satu peluang untuk UniSHAMS ambil. UniSHAMS sudah ada beberapa bidang kejuruteraan, maka tidak sukar untuk menambah beberapa bidang professional lain untuk anak-anak Kedah ceburi.
9) Malah anak-anak Kedah yang ada kepakaran dalam bidang kejuruteraan dan teknikal berkaitan getah juga sangat ramai. Kebanyakan yang bekerja di Kulim Hi-Tech, di Perak dan Kuala Lumpur, serta professor, pensyarah dan penyelidik di IPTA-IPTA yang merupakan anak-anak Kedah boleh dipanggil balik menjadi tenaga pengajar, merangka program, membuat kerjasama secara terus dengan KRC dan sebagainya.
10) Jadikan projek KRC bukan sahaja untuk manfaat ekonomi dan peluang pekerjaan, malah mengembangkan sektor pendidikan, kejuruteraan dan seumpamanya. Pelaburan yang lebih utama adalah pelaburan pendidikan, ia akan melestarikan pelaburan-pelaburan sedia ada pada masa depan. InshaAllah.
Sekian

Thursday, August 19, 2021

CERPEN DR TANAKA MUSTAFA MEROKOK

"Kalau lah saya terima offer ketua pembangkang bertaraf menteri hari tu..." ujar Dr Tanaka Mustafa menyesali tindakannya yang terlalu ghairah untuk menduduki kerusi yang lebih tinggi. Para pentaksubnya sejak tadi berdiam diri menanti kalam-kalam mutiara daripadanya.
Dr Tanaka Mustafa bangun dari tempat duduknya. Dia berjalan menuju ke almari pusaka datuknya yang terhias di ruang tamu. Kemudian dia membuka laci almari tersebut. Masih ada segulung rokok daun lama terikat kemas.
Dr Tanaka Mustafa mengambil sebatang rokok daun dan menggulungnya. Para pentaksubnya memerhati dari ruang tamu akan gelagat Dr Tanaka Mustafa. Mereka ternanti-nanti apa yang dia akan buat seterusnya.
Dr Tanaka Mustafa meletakkan rokok daun yang siap digulung di bibir mulutnya. Kemudian dia menghisap rokok daun tersebut. Tiba-tiba saat dia menghembus nafas, asap rokok keluar berkepul-kepul. Para pentaksubnya hairan. Bagaimana merokok tapi api tidak dinyalakan? Dari mana datangnya asap?
"Kamu tau tak apa maksudnya?" tanya Dr Tanaka Mustafa kepada pentaksubnya.
"Silap mata?" ada yang cuba meneka.
"Inilah yang dikatakan masuk angin, keluar asap," jawab Dr Tanaka Mustafa, teghang dan jelas.
-Tamat-

Wednesday, August 18, 2021

TALIBAN 2.0: KITA JANGAN EXCITED SEBELUM MASANYA

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Media-media pro-Liberal akan memainkan isu ini sebagai PAS menyokong ektremis, pengganas Taliban. Ia mungkin tidak berbekas kepada ahli PAS. Tetapi ia meninggalkan satu prasangka terhadap PAS dalam kalangan non-Muslim, dan menguatkan keyakinan mereka yang sudah anggap PAS sama seperti Taliban.
2) PAS kena berhati-hati buat kenyataan. Jangan terlalu excited, kerana kita pun tidak tahu apa yang Taliban akan buat. Pemerintahan Taliban sebelum ini telah dipotrait sebagai pemerintahan ektremis, tidak bertamadun dan sebagainya. Sememangnya kita gembira Amerika yang jahat itu telah keluar.
3) Kita mengharapkan Taliban 2.0 ini lebih baik dan mengotakan janji yang baru diungkapkan dalam sidang media terbaru mereka - bahawa mereka akan lebih terbuka dan tidak mahu mewjudkan permusuhan dengan pihak luar dan dalaman.
4) Pihak PAS boleh menawarkan khidmat dan 'kepakaran' untuk 'mengajar' Taliban mentadbir secara muwajjah silmiyah, tanpa senjata dan kekerasan. Ramai ustaz-ustaz PAS yang pernah belajar di kawasan India dan Pakistan mungkin boleh jadi jambatan untuk sama-sama membantu Taliban 2.0 mengubah persepsi dunia terhadap Islam, especially Taliban.
4) Nak excited apa pun, ia terlalu awal. Kita tak mahu Amerika, tetapi kita juga tak mahu tindakan keras Taliban akan memburukkan imej Islam dan umat Islam. Ia memerlukan tunjuk ajar dan diplomasi. Bangsa Melayu yang bijak bab diplomasi boleh guide Bangsa Pashtun yang sudah lama terjebak dalam perang. Umat Islam itu bersaudara, walaupun dibenci oleh musuh-musuhnya.
Sekian

HENTIKAN TROLL BAB LIWAT

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Saya kurang gemar kepada troll-troll ke atas DS Anwar Ibrahim yang berupa tuduhan Liwat. Biarlah mahkamah sudah buat keputusan ataupun YDPA sudah beri keampunan apa pun, anda tak perlu laa duk main isu keaiban tersebut. No need.
2) Ia bukan sahaja menunjukkan anda ketandusan isu untuk diskredit beliau. Setakat troll dia tak dapat jadi PM dan kesungguhan beliau untuk jadi PM kita OK lah. Tak perlu masuk bab liwat. Kalau anda dah meluat sangat pun terhadap beliau pun, ingatlah beliau ada anak cucu yang ramai. Kasihanilah perasaan anak cucu beliau yang tidak terkait dengan politik anda semua pun.

3) Lebih-lebih lagi jika anda mengaku ahli atau penyokong parti Islam. Betul atau tidak isu tersebut bukan hal anda untuk kalut. Anda bukannya saksi atau mangsa, bukan juga pendakwa dan peguam bela, dan bukan juga hakim. Tak perlu untuk anda kalut. Banyak lagi benda lain boleh dibangkitkan untuk kritik beliau.
4) Bukan apa. Takut-takut anda jadi pesalah Qazaf, kerana anda tuduh tanpa bukti atau anda tidak dapat bawa empat saksi pun. Never. Sebab anda hanya ulas cherita di media. Anda tidak directly wujud pun dalam isu. Walaupun mahkamah dah putuskan hukuman bersalah, ia bukan tiket untuk kita menuduh sesiapa sebagai penzina atau peliwat.
5) Tutuplah aib sudara kamu, maka Allah akan menutupi aib kamu di akhirat kelak. Keaiban kita banyak. Bukan baik mana pun. Kalau Allah tidak tutup, baru ketahuan langit tinggi atau rendah. Orang nampak kita baik kerana aib kita Allah tutup. Allah Maha Melihat apa yang kita semua lakukan.
Sekian