Pakej Iklan

Monday, August 30, 2021

UNIVERSITI UNISHAMS BOLEH JADI PEMANGKIN KEPADA KEDAH RUBBER CITY

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Selain projek mega Lapangan Terbang Kulim, Kedah juga sedang meneruskan projek Kedah Rubber City (KRC) yang telah dirancang semasa pentadbiran MB Mukhriz.
2) Projek itu terus menarik minat pelabur-pelabur sektor berkenaan, termasuk syarikat gergasi pembuatan glove terkenal - Hartalega Holding Bhd yang mengumumkan untuk membina 16 kilang gloves di KRC pada Mac 2020.
3) Selain Hartalega, pelbagai syarikat yang menghasilkan produk getah termaju dan kejuruteraan turut terlibat dalam pembangunan KRC yang dijangka membuka puluhan ribu peluang pekerjaan.
4) Kerajaan pimpinan MB Mukhriz dan MB Sanusi telah berjaya meyakinkan pelabur untuk datang melabur dalam projek KRC, seterusnya akan membuka landskap baru kerancakan ekonomi di wilayah utara Semenanjung Malaysia.
5) Untuk kelestarian tenaga kerja dan kepakaran dalam sektor industri getah dan perkara berkaitan dalam pembangunan KRC, maka kerajaan perlu memperkemas pengajian-pengajian dalam bidang berkaitan untuk menghasilkan graduan dan tenaga kerja yang mampu menyumbang kepada kemajuan KRC.
6) Biarlah tenaga kerja dan kepakaran itu datang daripada anak bangsa dan penduduk Malaysia amnya, dan rakyat Kedah khususnya. Bidang-bidang seperti kejuruteraan polimer, kejuruteraan getah, kejuruteraan bahan plastik, rubber processing, sektor penanaman getah dan sebagainya perlu diperkemas dan ditambah nilai.
7) Bahkan untuk negeri Kedah, UniSHAMS juga boleh merisik untuk membuka pengajian dalam bidang-bidang tersebutkan. UniSHAMS yang asalnya adalah sebuah kolej universiti Insaniah (KUIN) telah pun berjaya melangkah menjadi Universiti penuh yang diusahakan oleh MB Ustaz Azizan suatu ketika dahulu - dengan memperbanyakkan kursus-kursus professional di UniSHAMS.
8 ) Maka, menambah bidang khusus untuk melahirkan tenaga dankepakaran dalam bidang yang akan 'meletup' di Kedah adalah satu peluang untuk UniSHAMS ambil. UniSHAMS sudah ada beberapa bidang kejuruteraan, maka tidak sukar untuk menambah beberapa bidang professional lain untuk anak-anak Kedah ceburi.
9) Malah anak-anak Kedah yang ada kepakaran dalam bidang kejuruteraan dan teknikal berkaitan getah juga sangat ramai. Kebanyakan yang bekerja di Kulim Hi-Tech, di Perak dan Kuala Lumpur, serta professor, pensyarah dan penyelidik di IPTA-IPTA yang merupakan anak-anak Kedah boleh dipanggil balik menjadi tenaga pengajar, merangka program, membuat kerjasama secara terus dengan KRC dan sebagainya.
10) Jadikan projek KRC bukan sahaja untuk manfaat ekonomi dan peluang pekerjaan, malah mengembangkan sektor pendidikan, kejuruteraan dan seumpamanya. Pelaburan yang lebih utama adalah pelaburan pendidikan, ia akan melestarikan pelaburan-pelaburan sedia ada pada masa depan. InshaAllah.
Sekian

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: Pihak Dr Tanaka Mustafa tidak bertanggungjawab atas komen-komen. Sila pastikan anda memberi komen yang baik dan tidak melanggar undang-undang negara dan tidak mencetuskan sentimen kaum dan agama.