Pakej Iklan

Friday, January 31, 2020

CLARA GRIMONIA LIM YANG RASIS?

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Satu demi satu, seolah-olah ada gerakan terancang untuk memburukkan imej Melayu-Muslim sebagai rasis. Salah satunya adalah, membuat misleading article menganggap umat Melayu-Muslim sebagai rasis kerana mahukan "All Chinese Visitors banned". 

2) Negara-negara lain sudah ban kemasukan warga China ke negara  masing-masing, tidak pula mereka dianggap rasis. Tiba-tiba apabila Melayu-Muslim mahukan kerajaan membuat tindakan yang sama pula dilabel rasis, perkauman.

3) Penulis adalah berbangsa Cina jika dilihat pada namanya Clara Grimonia Lim, berasa begitu offended terhadap kemahuan supaya warga China dihalang masuk negara kita. Tidakkan Clara tahu virus yang melanda ini adalah berjangkit dan berbahaya? Tentulah kita kena lebih "being cautious".

4) Bagi saya, orang-orang yang offended seperti Clara ini adalah orang yang tidak reti bezakan antara sentimen perkauman dan keselamatan rakyat negara ini. Menuduh orang Melayu-Muslim sebagai rasis, padahal kamu lah yang rasis kerana mengheret isu keselamatan/kesihatan kepada perbincangan rasisme.

5) Yang kedua, Clara ini adalah seperti sebahagian besar manusia yang tak reti beza antara orang Cina dan orang China, sama seperti Dato' Mahfuz Omar. Orang Cina adalah orang berbangsa Cina samada Cina Malaysia, atau Cina dari mana-mana pelusuk dunia. Itu bangsa Cina, dalam bahasa Inggeris disebut Chinese.

6) Manakala orang China adalah warga negara tanah besar China, rakyat China - yang padanya boleh jadi wujud bermacam-macam etnik di sana. Orang berkulit hitam beketurunan Afrika, atau berketurunan Arab, atau Yahudi, atau Melayu, jika dia ada kerakyatan China, menjadi rakyat China, kita akan panggil dia warga China atau dalam bahasa Inggeris juga disebut Chinese. Mereka juga termasuk dalam halangan masuk ke negara kita. Rasis?

7) Kena reti beza antara Chinese (race) dan Chinese (citizen). Sama lah macam Indian (race) dan Indian (citizen). Dah nama negara serupa dengan nama bangsa, nak buat macama. Kenalah pergi study sikit kalau level kepandaian tu rendah.

8 ) Kesimpulannya, orang Melayu-Muslim mahu warga China (Chinese-citizen) dihalang masuk. Bukannya menghalang orang Cina (Chinese-race) masuk jika mereka bukan dari negara-negara yang dijangkiti virus n-CoV itu. Jika anda menganggap ia bersifat rasis, sebenarnya andalah yang sebenarnya rasis. Noob!

Sekian



Tuesday, January 21, 2020

WAWASAN 2020: TUN BUAT U-TURN

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Disebabkan terpaksa menghabiskan USD12 bilion untuk import makanan, kerajaan Tun Mahathir sedang consider untuk memperbaharui fokus kepada bidang pertanian - untuk meningkatkan penghasilan makanan dan food security.

2) Bermakna, food security atau food storage negara kita sangat kritikal. Semasa zaman BN dahulu, saya pernah menulis mengenai kepetingan fokus kerajaan kepada food storage atau food security. 

3) Bukan sahaja bimbang jika terjadi apa-apa bencana alam, peperangan atau kena sekatan ekonomi ka apa, tetapi pertambahan bilangan rakyat juga melebihi food security untuk jangka masa tertentu.

4) Fokus kerajaan PM4 dahulu adalah industri dan teknologi, ke arah negara industri, kurang fokus kepada agriculture. Sehingga dicanangnya Wawasan 2020 adalah keajuan dari sudut teknologi dan sebagainya, melupakan asas kepada ekonomi negara - yakni pertanian. 

5) Hari ini PM7 adalah orang yang sama, pada tahun 2020 mahu kembali fokus kepada pertanian. Walaupun agak ketinggalan 20 tahun dibelakang Thailand dalam pertanian, ia adalah langkah yang baik. Tugas berat ini akan digalas oleh YB Salahudin Ayub. 

6) Dan YB Salahudin perlu fokus bagaimana untuk meningkatkan food security melalui pertanian. Usah habisi masa dengan berpolitik sangat. Tak ada masa untuk YB takut atau seram dengan ura-ura PAS nak join kerajaan PH.

7) Untuk kefokusan yang lebih dalam bidang pertanian, inisiatif kerajaan perlu dilebihkan kepada pertanian. YB Salahudin kena kawtim dengan YB LGE untuk melebihkan dana kepada bidang pertanian. 

8 ) Sebolehnya, dalam setahun dua YB masih jadi menteri, wujudkan pressure dan environment untuk rakyat berlumba bercucuk tanam, berkebun dan berladang. Biar rakyat terutama anak-anak muda berminat menjadi petani yang educated. Nak masuk IPT pun akan minat kursus pertanian.

9) Jadikan petani sebagai profesion yang dibanggai sepertimana profesion doktor, peguam dan jurutera. Ubah mentaliti umat yang memandang rendah kepada profesion petani, penternak dan sebagainya. Tugas besar ni.

Sekian

Monday, January 20, 2020

MALAYSIA: TERLEPAS MULUT HARIMAU MASUK MULUT BUAYA

Oleh: Dr Tanaka Mustafa



1) Bukan sahaja rakyat Malaysia, malahan dunia mulai melihat bagaimana Indonesia mulai bangkit dengan momentum yang kuat dari sudut politik dan ekonomi rantau Asia Tenggara. Manakala negara jirannya yakni Malaysia, semakin pelik dam merosot corak pentadbiran politik dan ekonominya.

2) Ekonomi rantau Asia Tenggara sebenarnya dikuasai oleh dua negeri kechil, yakni Singapura dan Brunei. Persaingan Singapura dan Brunei menguasai ekonomi Asia Tenggara sangat jauh meninggalkan negara-negara Asia Tenggara yang lain. Brunei dan Singapura bergilir-gilir tempat pertama dan kedua saban tahun sejak Singapura berjaya memintas Brunei yang selama ini kaya bersendirian.

3) Tempat ketiga adalah negara kita Malaysia, namun sangat jauh ketinggalan berbanding Singapura dan Brunei. Malaysia berlumba tempat ketiga dan keempat dengan Thailand. Manakala Indonesia juga jauh ketinggalan berbanding Malaysia dan Thailand, sebaris dengan Vietnam, Kemboja, Laos, dan Filipina.

4) Jika diikutkan, Indonesia adalah negara yang mempunyai potensi menguasai ekonomi Asia Tenggara lebih besar daripada Brunei dan Singapura, kerana memiliki sumber manusia, sumber alam, sumber tanah, dan sebagainya yang berpuluh kali ganda lebih besar daripada mana-mana negara Asia Tenggara. Disebabkan Indonesia diselubungi kemandoman politik perebutan kuasa, salahguna kuasa, korupsi dan sebagainya, Indonesia malap.

5) Dengan perubahan corak politik baru yang dibuat Presiden Jokowi - telah berjaya menyatukan rakyat Indonesia yang terdiri daripada pelbagai fahaman politik -  dengan mendirikan kerajaan perpaduan dengan pemimpin pembangkang, serta membentuk kerajaan teknokrat, yakni melantik menteri-menteri yang sesuai dengan kelayakan dan profesion yang betul. Apabila halangan 'perbalahan politik' berjaya dikesampingkan, baharulah idea-idea pembaharuan ekonomi dapat dilaksanakan.

6) Bagaimana kau nak bina prasarana untuk kebangkitan ekonomi jika pembangkang dan rakyat mencemuh idea kau walaupun kau bijak dan bagus, dek hanya kerana sentimen kebencian politik masih tersemai? Buatlah apa saja strategi, pasti akan kena kondem dan troll sampai lingkup. Inilah yang menghantui Indonesia sekian lama. Kalau di Malaysia kita hanya ada beberapa parti, tetapi Indonesia mempunyai puluhan parti-parti yang tidak kecil dan semuanya dahsyat-dahsyat juga.


6) Presiden Jokowi melantik anak-anak muda milenia menjadi penasihat Presiden, bukan penasihat-penashat tua seperti negara jirannya, melantik menteri pendidikan yang muda, inovatif, kreatif dan professional, melantik Prabowo (lawan politiknya) sebagai menteri pertahanan, dan banyak lagi. Walaupun Jokowi menerima tekanan dalam daripada pihak partainya sendiri (kerana melantik Probowo), Jokowi mahu membawa rakyatnya move on daripada perbalahan politik yang tidak menguntungkan.

7) Semua percaturan Jokowi ini adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jokowi tahu, perbalahan politik tidak akan berakhir sampai bila-bila jika beliau meneruskan cara lama - yakni melantik menteri-menteri dari kalangan partinya dan parti sekutunya yang menang sahaja. Pembangkang akan terus membuat tuduhan dan tekanan terhadap kerajaan atas isu-isu yang menggugat idea memajukan Indonesia. Dan Indonesia tidak akan move on jika hanya orang politik yang memenangi pilihanraya sahaja dilantik menjadi menteri. Kerana menteri orang politik lebih berminat memalkukan sesuatu untuk survival politiknya.

8 ) Langkah move on Jokowi dilihat mendatangkan hasil. Sebagai permulaan, langkah UAE dan Softbank masuk melabur untuk ibu negara baru Indonesia di Kalimantan dilihat bakal memangkin dan menarik lebih banyak pelabur gergasi dunia yang lain akan masuk. Pelabur akan selesa melabur dalam negara yang politiknya stabil dan pentadbirannya teknokrat serta professional. Bukan jadi menteri tapi tak ada pengalaman dan baru nak belajar.

9) Sebenarnya Malaysia sudah ada idea sehebat Jokowi sejak 10 tahun lebih dahulu, yakni kerajaan perpaduan. Kemudian ditambah baik lagi dengan idea kerajaan teknokrat yang diusahakan oleh PAS. Usaha serius PAS boleh dilihat dalam tawaran mereka semasa PRU14. Semua calon PAS adalah pakar dan professional dalam bidang masing-masing. PAS menawarkan paling ramai calon berkelulusan PhD, Doktor Perubatan, Professional Engineer, Agamawan, Pengamal undang-undang, ahli ekonomi dan sebagainya. Kelulusan calon-calon PAS adalah yang terbaik berbanding mana-mana parti yang bertanding.

10) Namun tawaran PAS, tidak dipandang oleh rakyat yang terpersona dengan tawaran PH. Rakyat lebih memilih pemimpin populis samada daripada BN atau PH, tanpa melihat apakah keutamaan untuk masa depan pertadbiran negara. Rakyat lebih terpengaruh dengan isu-isu bombastik, populis, serta kepartian, malahan lebih kepada terpengaruh untuk menaikkan satu-satu figure ke puncak kuasa.

11) Ibarat terlepas daripada mulut harimau, kini masuk ke mulut buaya. Itulah ibarat yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. Walaupun ada cara lain untuk selamat dan steady, rakyat memilih keindahan mulut buaya untuk lari daripada taring harimau. Kita terlepas peluang untuk mendapat pemimpin negara yang professional, berkelulusan, ahli teknokrat hanya kerana terpengaruh dengan propaganda "calon-calon PAS semuanya hanyalah lebai" dan "penunggang agama". Lalu rakyat hanya dimomokkan dengan hanya dua pilihan: Harapan Baru vs Kleptokrat.

12) Sekarang semuanya sudah terlambat. Kita tidak akan lagi dihidangkan dengan pilihan ketiga yang bagus seperti dalam PRU14 lalu, kerana selepas ini, kemungkinan besar kita hanya akan hadapi pertandingan dua penjuru semula. PAS yang pernah memberi tawaran hebat pada PRU14 sebagai pilihan ketiga, next PRU terpaksa bergandingan dengan harimau BN untuk menewaskan buaya PH, atas nama Muafakat Nasional.

Sekian




Wednesday, January 15, 2020

BERSYUKUR DENGAN PEMBERIAN RM30 E-WALLET

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Kira-kira 15 juta rakyat Malaysia yang layak boleh menuntut wang RM30 pemberian kerajaan daripada mana-mana tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost, dan Touch 'n Go, mulai 8.00 pagi esok (hari ini).

2) 15 juta rakyat Malaysia perlu bersyukur walaupun ada yang sindir RM30 itu jumlah yang sangat sedikit, tak cukup untuk hidup setahun. Alah, bukan setahun, RM30 tu sehari saja untuk makan minum sekeluarga. Bersyukurlah, nescaya Tuhan akan tambah lagi nikmat kepada anda semua. Tapi benarkah pemberian tunai melalui e-wallet ini boleh diguna untuk membeli makanan?

3) Sebenarnya, selain 15 juta rakyat yang perlu bersyukur, tiga syarikat pengendali e-wallet inilah yang mesti lebih banyak bersyukur. RM30 darab 15 juta, berjumlah RM450 juta ini tidak masuk secara terus ke dalam poket 15 rakyat itu. Ia masuk ke dalam e-wallet milik tiga syarikat tersebut, Grab, Boost, dan Touch 'n Go. (Perlu diingat, syarikat-syarikat ini tak boleh guna duit e-wallet untuk melabur apa-apa, melainkan jika ada akad tertentu dan diluluskan oleh kerajaan).

4) Tujuan kerajaan beri tunai melalui e-wallet ini adalah untuk merancakkan ekonomi digital dalam negara. Pihak peniaga boleh upgrade teknologi pembayaran secara atas talian yang lebih mudah. Mungkin hari ini permulaan RM30, next time selepas dapat balik duit 1MDB atau selepas Jho Low ditangkap, kerajaan akan umumkan pemberian e-wallet yang lebih besar sebesar BR1M atau Bantuan Sara Hidup.

5) Kepada yang nak troll tu, troll sikit-sikit sudahlah. Sebab manfaat e-wallet ini masih boleh di-explore dan diambil manfaat oleh rakyat juga. Para peniaga nasik lemak tepi jalan pun boleh cuba belajar terima payment melalui servis e-wallet kelak. Untuk pengetahuan, Touch 'n Go dimiliki bersama oleh CIMB Group Holdings Berhad, MTD Equity Sdn. Bhd. and PLUS Malaysia Berhad.

6) Bersyukurlah dengan pemberian e-wallet RM30 ini, nescaya kelak Tuhan akan tambahkan lagi nikmat ke atas kita. Bukankah dulu-dulu kita tidak bersyukur dengan pemberian BR1M, maka Tuhan letakkan kita di bawah kerajaan PH? Jika kita tak mahu bersyukur dengan RM30 ini, dibimbangi kita akan mendapat sesuatu yang lebih buruk.

7) Jika kita bersyukur dengan RM30 ini, maybe next time kita akan dapat berganda sebagaimana Tuhan janjikan. Samada nikmat berganda itu dikurniakan oleh Tuhan melalui kerajaan PH yang insaf dan berjaya, ataupun nikmat itu adalah dengan takdir Tuhan akan kejatuhan PH diganti dengan kerajaan yang lebih baik.

Sekian



Tuesday, January 14, 2020

JOKOWI MELAKSANAKAN "IDEA MALAYSIA"

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Saya fikir, Presiden Jokowi ambil idea DS Najib dan TG Haji Hadi untuk memajukan Indonesia. Selepas menang Pilihanraya Presiden haritu, dia bikin kerajaan perpaduan dan kerajaan teknokrat sekaligus sebagaimana Presiden PAS pernah cadangkan.

2) Kerajaan perpaduan terjadi apabila Jokowi melantik beberapa pemimpin pembangkang, termasuk calon yang kalah menentangnya dalam pilihanraya Presiden menjadi menteri kanan. Sekaligus menyatukan rakyat Indonesia yang berpecah akibat kempen pilihanraya.

3) Kerajaan teknokrat pula terjadi apabila Jokowi melantik anak-anak muda dalam pelbagai bidang untuk menerajui kementerian berdasarkan kepakaran masing-masing. Hasilnya mulai kelihatan, seiring dengan cita-cita Indonesia mahu bangkit menjadi kuasa besar 2050.

4) Idea DS Najib membina lebuhraya PAN Borneo dilihat sebagai satu idea yang baik untuk merancakkan ekonomi kepulauan Borneo. Jokowi membuat permohonan untuk menukarkan ibu negara Jakarta ke Kalimantan yang berada di kepulauan Borneo.

5) Idea DS Najib berhubung baik dengan Putera Mahkota Abu Dhabi dilihat satu idea yang baik untuk membawa pelaburan besar ke dalam negara kita. Namun sikap tidak cermat kita telah mengalihkan perhatian UAE untuk melabur di Indonesia. Jokowi tidak melepaskan peluang ini. 

6) Malahan UAE juga akan terlbat membantu untuk membangunkan ibu negara Indonesia. Jokowi sendiri meminta Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammad bin Zayed untuk menjadi seorang daripada ahli jawatankuasa ibu negara baharu Indonesia yang terletak di Kutai Kartanegara, Timur Kalimantan. Lihat bagaimana Jokowi curi idea DS Najib yang berbaik-baik dengan pak Arab.

7) Kerancakan ekonomi berasaskan sawit pula semakin berkembang di Indonesia. bahkan Indonesia semakin terkenal dengan eksport sawit dan bakal menenggelamkan nama Malaysia dalam bidang ini. Jokowi pasti belajar bagaimana sawit boleh menjana ekonomi negara kita dan pasti Jokowi akan mobilize sumber negaranya yang luas untuk indistri sawit.

8 ) Jokowi show off force di Pulau Natuna untuk beri mesej kedaulatan Pulau Natuna kepada China. Menguasai Pulau Natuna boleh menjadikan Indonesia menjadi pusat kuasa ketenteraan dan ekonomi Asia Tenggara, mengembalikan keagungan empayar maritim Kerajaan Majapahit suatu ketika dahulu.

9) Langkah-langkah bernas Jokowi ini sepatutnya direnungi oleh kerajaan kita. Apabila Indonesia menjadi kuasa besar dunia kelak, jangan kita pual menjadi seperti Mexico yang ketinggalan walaupun Amerika maju menguasai dunia. Jadilah seperti Kanada yang turut mendapat untung dengan kemajuan Amerika.

10) Segala idea hebat ini bukanlah datang daripada Jokowi seorang diri, tetapi tentulah keputusan kolektif daripada kabinetnya yang terdiri daripada kehebatan pemimpin pembangkang serta keinovatifan pemimpin muda yang profesional dan teknokrat.

Sekian

INDONESIA TERUS AMBIL PELUANG

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Presiden Indonesia Joko Widodo dan Putera Mahkota UAE Syeikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan. Disambut dengan rasmi dan penuh terhormat. Pertemuan ini berjaya membawa balik pelaburan bernilai USD 93.5 bilion ke bumi Indonesia. 


2) Jokowi yang pernah berjanji untuk mendapatkan dana sebesar USD400 bilion dalam masa 5 tahun bagi memajukan Indonesia dalam bidang infrastruktur dan tenaga. Jokowi mengambil peluang keemasan atas kesilapan negara jirannya yang membuat langkah sumbang mendedahkan perbualan telefon yang mengaitkan figure besar negara Teluk tersebut. Sudahlah dengan India pun ada problem, dicarinya pula problem dengan UAE pula.



3) Nampaknya laluan untuk Jokowi membawa Indonesia menjadi kuasa besar dunia dalam bidang ekonomi bagi menyaingi China dan Amerika semakin cerah. Kita sudah sebut beberapa kali dalam post-post terdahulu (dalam Facebook) mengenai perkembangan politik Indonesia selepas Pilihanraya Presiden. Tindakan pantas dan unik Jokowi meneutralkan pembangkang dan menutup pintu perpecahan antara rakyatnya dengan melantik ketua pembangkang serta professional dan teknokrat ke dalam kabinetnya mula membuahkan hasil.

4) Satu persatu kejayaan Indonesia membuat langkah ke hadapan. Manakala negara jirannya Malaysia banyak pula membuat langkah terkebelakang sejak bertukar kerajaan. 

Sekian

MATTER DAN ANTIMATTER

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Penyelidikan dalam bidang material, to optimize the potential of current material and to find new materials memang sedang rancak dalam dunia penyelidikan. Ia sedang berkembang di seluruh dunia. Bahkan negara-negara membangun juga tidak ketinggalan dalam perlumbaan ini. 2) Namun tidak ramai yang mengetahui mengenai bahan 'antimatter' atau bahasa kampungnya antimaterial. Antimatter adalah 'bahan' yang 'memusnahkan' bahan (matter). Antimatter bertindak secara reverse berbanding matter. 3) Antimatter adalah molecules yang terbina daripada struktur atoms yang terdiri daripada antiprotons, antineutrons, and positrons.Antimatter yang stabil tidak pernah wujud dalam alam semesta ini. Tetapi sudah ada kejayaan pertama menghasilan antimatter yang pertama, anti-hydrogen. 4) Antihydrogen ( H. ) adalah antimatter counterpart untuk hydrogen. Biasanya hydrogen atom terdiri daripada elektron and proton, manakala antihydrogen atom terbina daripada positron and antiproton. 5) Antimatter tidak stabil dan boleh memusnahkan matter pada equivalent amount. Jadi 'bahan' antimatter tak boleh disimpan dalam mana-mana storage biasa yang digunakan untuk menyimpan bahan-bahan matter yang kita ketahui. Kerana bahan untuk membuat storage adalah 'matter'. Antimatter akan memusnahkannya. Antimatter hanya boleh disimpan dalam storage yang dilindungi kuasa medan magnetik yang kuat. Ah, macam cherita Pendekar Laut pulak. 6) Antimatter yang pernah berjaya dihasilkan adalah berjumlah yang sangat kecil. Lebih kecil daripada miligram. Satu gram antimatter diperchayai boleh menyebabkan kemusnahan sebesar letupan nuklear jika tidak dikawal oleh medan magnetik yang lengkap.. 7) Untuk menghasilkan 10 gram antimatter, lebih USD 200 trilion kos diperlukan. Jadi buat masa sekarang antimatter hanyalah menjadi bahan termahal dalam dunia yang berada pada level khayalan. Belum ada teknologi yang mampu menghasilkannya secara massive. Mungkin lab ALPHA boleh berikan kepada China untuk massive production dengan kos murah, LoL. Of course teknologi penghasilan antimatter tidak akan dibiar jatuh kepada China. 8 ) Dengan begitu mahal dan begitu berbahaya, kenapa kajian ini still diteruskan? Kerana para saintis yakin ada potensi yang lebih besar menanti jika antimatter dieksplore dan dieksploit sepenuhnya. Salah satunya mereka perchaya, antimatter adalah jawapan kepada penghasilan bahan anti-gravity. 9) Jika antimatter dijadikan sandaran, tidak mustahil antimatter ini bakal menjadi asbab berlakunya kiamat yang memusnahkan segala matter dan antimatter. Sebab sains hari ini masih beriman dengan prinsip keabadian tenaga. 10) Saintis yang tidak beriman mempertikai konsep kiamat dan kemusnahannya dan mempersoalkan keimanan bahawa hanya Allah sahaja yang kekal, yang lain musnah lenyap. Sedangkan jika kiamat itu memusnahkan segalanya, ia tidak memusnahkan tenaga, hanya mengubah tenaga itu kepada bentuk lain. 11) Antimatter boleh memecahkan doktrin prinsip keabadian tenaga. Tapi untuk calculation dalam sains, still kena guna juga prinsip ni, sebab antimatter entah bila nak established. Teori antimatter ini dibuat hasil daripada kajian ke atas letupan BigBang, bagaimana BigBang meletup daripada titik tanpa matter boleh menghasilkan alam semesta yang terdiri daripada matter. 12) Jadi timbullah teori bahawa letupan BigBang bukan sahaja menghasilkan matter, bahkan menghasilkan antimatter yang equivalent. Jika masa direverse balik kepada BigBang, matter dan antimatter ini akan kembali bersatu dan memusnahkan antara satu sama lain sehingga menjadi titik tanpa matter dan antimatter. 13) Titik permulaan matter dan antimatter sebelum BigBang ini lah yang dikatakan makhluk itu ada permulaan dan kiamat yang memusnahkan matter dan antimatter itu pula adalah pengakhiran kepada makhluk. Inilah logika sains untuk mencheritakan sains pasal kiamat. Teori semata. Sedangkan Allah tidak memerlukan matter atau antimatter untuk menciptakan alam seemsta ini mahupun memusnahkannya. Sekian

Sunday, January 12, 2020

INDUSTRI SAWIT PERLU REVOLUSI PANTAS

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Harga besi mentah pada bulan ini adalah RM0.38 sekilogram. Manakala harga perak cecah RM2347.39 sekilogram. Andai kita eksport 10kg besi ke Jepun, kita akan eksport dengan harga lebih kurang RM400.00. Kemudian apabila kita beli semula besi tersebut, Jepun tentu jual balik kepada kita besi yang ditambah nilai dengan harga RM5,000 dalam bentuk bongkah enjin, kereta, spare part etc.
2) Jepun tiada bahan bentah. Tetapi mereka berupaya menukarkan bahan mentah menjadi produk atau produk separa untuk eksport mereka. Sama seperti Singapore yang membeli air mentah daripada kita. Kemudian menjual balik air yang ditambah nilai kepada kita dengan harga tinggi.
3) Negara kita mengeluarkan pelbagai bahan mentah. Jika kita fokus kepada sains dan teknologi untuk menambah nilai bahan mentah, kita akan mendapat untung lebih berbanding hanya mengeksport bahan mentah.
4) Contohnya, minyak sawit. Kita proses siap-siap menjadi produk separa, atau produk berkualiti tinggi untuk dipasarkan dengan harga yang lebih tinggi. Bahkan minyak sawit juga boleh diproses tukar menjadi minyak biodiesel.
5) Laburkan duit ke dalam bidang penyelidikan sawit, biodiesel dan penghasilan produk-produk baru yang berimpak tinggi kepada pasaran global. Supaya jika orang boikot sawit kita pun tak akan menjejaskan permintaan terhadap sawit. Harga sawit akan stabil. Idea ini rasanya lebih baik daripada idea minum sesudu sawit setiap hari.
6) Jika kita tidak menggerakkan usaha ini, dalam masa setahun dua lagi, Indonesia akan ambil alih sepenuhnya penguasaan ekonomi berasaskan sawit. Indonesia mampu bangkit dengan cepat dalam pelbagai bidang termasuk bidang sawit.
7) Indonesia di bawah Jokowi sepertinya mahu bangkit persis kebangkitan China untuk menguasai ekonomi global. Langkah pertamanya adalah menyatukan rakyat Indonesia dan permohonan menukar ibu negara dari Jakarta ke Kalimantan.
8 ) Seterus menguasai laut China Selatan dengan mobilize kekuatan tentera ke Pulau Natuna yang sering 'diganggu' China. Hal ini memberi gambaran, Indonesia sedang mengumumkan kebangkitan kepada dunia. Pulau ini sangat strategik untuk kuasa ketenteraan dan kuasa ekonomi dalam beberapa tahun akan datang.
9) Indonesia sedang memulih. Bukan sahaja mereka sudah berupaya membikin industri membina kapal terbang, bahkan mereka sedang mengatur langkah menguasai ekonomi, yang mana industri sawit Indonesia menjadi salah satu triggernya.
10) Keluasan bidang tanahnya sahaja sudah jauh meninggalkan kita. Penghasilan sawit tentu akan berganda berbanding kita. Mereka hanya perlu bijak mengurus dan menghasilkan teknologi sendiri untuk pemprosesan sawit, piawaian sawit dan sebagainya. Apabila tiba masanya, dunia akan pandang sawit Indonesia. Sawit kita?
Sekian

Saturday, January 11, 2020

ISU DI SEBALIK HIASAN SEKOLAH

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Dengan adanya berita Malaysiakini ini, makin meraban lah mereka memaki hamun UMNO dan PAS sebagai simbolik menghamun orang Melayu - sebagai rasis. Polis pun akan dimaki sebagai menyebelahi atau tunduk kepada desakan orang Melayu bagai.
2) Decoration tu sebenarnya bukan isu pun.
3) Isu yang sebenar adalah protes terhadap situasi yang berlaku. Ada pihak yang merasakan hak-hak mereka digugat dengan isu-isu panas kebelakangan ini. Ada pihak lain pula merasakan mereka berhak buat itu dan ini sebagai rakyat Malaysia.
4) Tak perlu hurai panjang. Kita simpulkan, sikap curiga mencurigai sudah lama tersemai dan terpendam. Cuma hari ini semakin terserlah. Lebih-lebih lagi pihak tertentu merasakan mereka sudah mula mendapat kuasa dan kemenangan. Why not buat apa yang sudah lama terpendam nak buat?
5) Jadi, setiap tindakan yang dibuat, akan dipandang sebagai provokasi oleh pihak satu lagi. Setiap provokasi, akan dibalas provokasi. Isu tulisan Jawi dipandang sebagai perjuangan menjaga kaum tertentu daripada tercemar dengan Islamisasi. Pihak satu lagi memandang isu tulisan Jawi sebagai provokasi ego pihak yang baru rasa mendapat kuasa dan bersikap anti-nasional.
6) Lalu dibalas dengan 'provokasi' - dengan membuat laporan polis terhadap decoration. Walhal decoration tu bukan kali pertama pun. Tetapi ia adalah 'provokasi' balas - untuk melihat respon anti-nasional pihak yang menolak tulisan Jawi.
7) Perkara provokasi demi provokasi ini akan terus terjadi. Kerana kita memiliki Menteri Perpaduan yang lemah, dan tak buat kerja. Harap gaji dan elaun sahaja besar, tetapi gagal. Tidak ada usaha untuk keharmonian masyarakat.
8 ) Bukan sahaja Menteri Perpaduan tak reti buat kerja. Perdana Menteri pun tak reti nak pecat Menteri Perpaduan. Kalau tak nak pecat pun, berilah dia nasihat supaya memulangkan semula jawatan tersebut kepada Perdana Menteri.
9) Barah-barah kecurigaan sesama rakyat dan kaum ini jika tidak ditangani dengan baik, pasti akan membuatkan PM-8 sukar untuk memulihkannya. Ulanglah berapa kali 'saya ulang...' pun, tidak akan mengubah apa-apa. Bertindaklah sekarang, pecat Menteri Perpaduan. Supaya PM-8 kelak mudah nak buat kerja.
Sekian

IRAN VS AMERIKA: PERANG MINYAK

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Walaupun Iran mengaku tertembak pesawat penumpang Ukraine, US dan President Trump Donald mesti dipersalahkan. Iran tersalah tembak kerana tersalah anggap pesawat itu adalah pesawat US kerana terbang berhampiran pangkalan tentera.
2) Perang US-Iran adalah perang merebut minyak. Negara-negara Teluk adalah negara-negara pengeluar utama minyak dunia. Laluan utama minyak dunia diangkut keluar dari Teluk adalah melalui Selat Homuz, betul-betul selatan Iran, berkongsi dengan Oman di seberangnya.
3) Sejak zaman Bush lagi perang Iran dan US terjadi di Teluk tersebut. US menggunakan proksi-proksinya untuk menyerang Iran, termasuk berpakat dengan Saddam Hussein menggulingkan kerajaan Iraq dan menjadi Presiden Iraq lalu menggerakkan tentera menceroboh Iran.
4) Gerakan menceroboh Iran disalut dengan propaganda Sunni vs Syiah bagi merancakkan perang antara Iraq dan Iran. Propaganda Sunni vs Syiah berlarutan sehingga menjadi iktiqad dan darah daging pentaksub perang sektarian. Ya, ia menjadi realiti walaupun pada asalnya ia propaganda musuh luar Teluk sebenarnya.
5) Perang Iraq dan Iran berakhir apabila Iraq menceroboh Kuwait. Iran berjaya bertahan. Pencerobohan Iraq ke atas Kuwait menyebabkan US marah dan mengalih perhatiannya kepada Iraq dan Saddam.
6) Kemudian Iran membangunkan program nuklearnya tanpa mempedulikan amaran US. Pentadbiran Amerika menggunakan PBB untuk membuat sekatan ekonomi ke atas Iran dan jumlah eksport minyak Iran jatuh mendadak.
7) Sekatan ke atas Iran ditamatkan pada waktu pemerintahan Presiden Obama yang berjaya berdiplomasi dengan Iran dengan kesepatakan Iran menghentikan program Nuklear, sekatan ekonomi ke atas Iran ditamatkan. Dengan tamatnya sekatan ekonomi, eksport minyak Iran meningkat mendadak dan mengembalikan kekuatan ekonomi Iran semula.
8 ) Namun keselesaan itu berakhir apabile Presiden Trump Donald mengumumkan pembatalan perjanjian dengan Iran yang akhirnya membawa kepada sekatan ekonomi semula ke atas Iran. Alasannya, perjanjian yang dibuat Obama adalah perjanjian sebelah pihak yang tidak patut diterima oleh Amerika.
9) Perkembangan seterusnya adalah pembunuhan General Qassem Suleimani, yang hari ini orang masih berspekulasi walaupun Trump tidak membayangkan perang ke atas Iran. Iran masih diselubungi duka kehilangan General yang berwibawa dan berjasa sejak Revolusi.
10) Manakala pentaksub sektarian masih berpolemik dengan isu Sunni vs Syiah yang sudah terpasak dalam hati sanubari mereka. Ada yang mengaitkan dengan pilihanraya Iran, yang mana Qassem Suleimani mempunyai pengaruh besar dan berpotensi menjatuhkan Ayatollah. Lalu dikatakan geng Ayatollah berpakat dengan US dan Trump untuk membunuh Qassem. Konon buktinya, Iran tidak jadi berperang pun dengan US.
11) Sebenarnya Iran akan rugi besar jika berperang dengan pihak yang datang dari benua lain di Iran. Taktikal dan logistik tidak akan menyebelahi Iran, walaupun ada ura-ura Turki dan Russia mungkin membantu. Jika berlaku, US juga akan heret kroni. Akan terjadi perang dunia seperti yang dikhayalkan sebahagian orang.
12) Tetapi Iran tidak akan ambil risiko itu dalam masa terdekat. Trump juga tidak akan akan mengambil risiko perang yang akan membuatkan rakyatnya dan dunia menekannya akibat harga minyak yang melambung kelak. Ironinya, sentimen perang dengan Iran telak melonjakkan saham-saham berkaitan senjata dan pertahanan ketenteraan di Amerika.
13) Kesimpulannya, apa yang terjadi selepas pembunuhan Qassem, adalah salah Trump Donald. Namun Trump Donald bukanlah bodoh dan buat kerja ikut suka. Memang media Amerika menganggap Trump sebagai bodoh dan tak waras, kerana media Amerika dikawal oleh musuh politik Trump di US.
14) Saya perchaya, tindakan Trump adalah well calculated oleh dirinya sendiri tanpa perlu berbincang dengan kongres atau sesiapa. Dia orang bisnes yang berpengaruh dan membuat keputusan atas dasar bisnes. Membunuh Qassem adalah taktikal bisnesnya untuk menguasai minyak di Teluk, walaupun ia dianggap sebagai 'overkill'.
Sekian

KERAJAAN KENA TROLL DENGAN BUZZE

1) Kan saya dah kata, dia nak troll saja buat report pasal hiasan tanglung. Bukannya dia nak rasis ka apa. Dia pun tau dah lama sekolah tu duk hias macam tu. Dia saja Troll sampai segerombolan menteri turun nak membela.
2) Kenapa dia nak troll? Hanya untuk bukti kan tuduhan dan persepsi umum umat Melayu bahawa kerajaan PH lemah dan 'mengikut telunjuk' kaum tertentu adalah benar.
3) Selama ini orang kata kerajaan lembik, tunduk kepada tekanan minoriti dan mengabaikan sentimen majoriti. Tapi kerajaan nafi. Orang kata kerajaan meremehkan orang Melayu, mengutamakan orang Cina, kerajaan nafi.
4) Nafi punya nafi, sekali kena cucuk, segerombolan menteri turun membela. Orang Melayu akan compare dengan isu tulisan Jawi, yang mana persepsi mereka mengatakan kerajaan tak peduli pun apa bala yang kena pada orang Melayu. Sorang menteri pun tak backup. Yang kena letak jawatan ada lah. Walhal Dong Zhong bukan troll. Dong Zhong ni lawan betol betol, bukan a cobaan.
5) Saya nampak menteri dan Timbalan Perdana menteri sudah kena game.
Sekian.
Dr Tanaka Mustafa
(Shanghai, Penang)

Friday, January 10, 2020

RAKAMAN SUARA: PERCATURAN PH ATAU PERCATURAN MAHAFIRAUN?


Oleh: Dr Tanaka Mustafa



1) Isu 1MDB macam lambat lagi DS Najib akan didapati bersalah. Isu SRC pun macam duk pusing sana sini tak jumpa kena kilas dengan peguam bela. Bikin recycle isu Altantuya, kantoi tak reti jawab siapa tulis SD Azilah.
2) Dapat idea baru, rakaman suara perbualan suami isteri kononnya suara DS Najib dan DS Rosmah. Bagi saya, suara dalam rakaman itu 99% adalah suara DS Najib dan DS Rosmah.
3) Gaya dan nada cool menjawab 'asakan' soalan sang isteri yang garang itu, saya yakin itu gaya DS Najib. 1% lagi saya reserve kepada kemungkinan silap mata yang dibuat oleh musuh politik beliau.
4) Soal suara siapa, tulen atau tidak rakaman itu semua tidaklah perlu diulas. Yang kita kena baca adalah step-step untuk 'membunuh' karier politik DS Najib dibuat dengan terancang. Gagal plan A, proceed plan B. Gagal plan V proceed plan C. Objektifnya adalah mahu DS Najib ke penjara dengan seberapa segera.
5) Saya tidak membela DS Najib atau nak kata DS Najib tak bersalah. Tak minat langsung untuk membela. Biarlah pihak berkuasa buat kerja. Nak pakai rakaman ke apa ke itu hangpa punya pasal. Kita nak sembang bab spekulasi, kenapa mahu DS Najib didapati bersalah seberapa segera?
6) Satunya kerana kebebasan DS Najib membahayakan politik Pakatan Harapan. DS Najib bersikap melawan kerajaan PH dengan fakta dan cara yang halus membuatkan rakyat terfikir. Memang itu cara yang tuntas untuk counter attack senjata persepsi politik Pakatan Harapan. Jadi, DS Najib mesti dipenjarakan sebelum PRU15.
7) Keduanya, ia adalah usaha terdesak Mahafiraun untuk memenjarakan DS Najib. Mahafiraun lebih terdesak untuk melihat DS Najib dipenjarakan berbanding keterdasakan Pakatan Harapan. Kalau PH terdesak kerana masa PRU15 tinggal tiga tahun lebih sahaja lagi, Mahafiraun terdesak dengan tarikh Mei 2020. Ya, peralihan kuasa!
8 ) Apa kaitan terdesak dengan peralihan kuasa dengan memenjarakan DS Najib? Tidak sukar untuk membaca. Apabila DS Najib merengkok dalam penjara, UMNO akan mengalami kelompangan kuasa (power vacuum). UMNO akan hilang leader yang popular dan bagus.
9) Kelompangan kuasa akan membuka peluang Mahafiraun menjayakan projek 'menggabungkan' UMNO dan Bersatu. Tidak susah pun untuk UMNO dan Bersatu bergabung. Trigger utama adalah DAP sebagai punching bag. Sure penyatuan semula dengan lelehan air mata, memohon maaf berpeluk-peluk akan berlaku.
10) Jadi DS Najib mesti dipenjarakan. DS Zahid Hamidi bukan masalah besar kepada Mahafiraun. Jentik sahaja setel. DS Zahid Hamidi memerlukan dahan untuk bergayut kerana kes-kes mahkamahnya yang lebih banyak berbanding DS Najib. Lihatlah setiap kali ceramah Muafakat Nasional atau ceramah UMNO sekalipun, beliau tidak menyerang PH dari sudut ekonomi, kepincangan tadbir urus dan seumpamanya. Beliau lebih kepada isu kesatuan Melayu, Melayu, Melayu.
11) Mahafiraun sudah menyusun buah catur dengan lengkap dan menanti masa untuk bertindak. Halangan utama hanyalah DS Najib. DS Najib mesti dibuang daripada papan catur. Tanpa UMNO, Bersatu tidak akan dapat survive setelah peralihan kuasa. Bersatu tidak survive, MB Kedah juga tidak akan survive. UMNO adalah talian hayat Mahafiraun.
12) DS Najib akan ada satu dua pertuduhan yang mungkin didapati bersalah. Tetapi tak tahu bila. Sebab itu timbul isu Altantuya, untuk segera di penjarakan. Gagal. Datang pula isu rakaman yang didedahkan oleh Ketua SPRM.
13) Jadi, para penyokong DS Anwar, jangan terlalu seronok dengan rakaman suara suami isteri itu. Memang seronok kalau 'penyamun' dipenjarakan. Tapi Mahafiraun akan membuatkan kita terpaksa buat Reformasi sekali agi selepas lebih 20 tahun. Malas dah weiyyh!
Sekian
DISCLAIMER: Tulisan di atas bersifat spekulasi semata-mata.

Thursday, January 9, 2020

KESAN SERANG BALAS IRAN TERHADAP MARKET SAHAM DUNIA



1) Hari ini, hampir semua market saham seluruh dunia jatuh. Sama sepertu dua hari lepas, market jatuh disebabkan sentimen yang berlaku akibat pembunuhan General Qassem Suleimani. Kemudian keesokan harinya, market kelihatan tenang dan seakan membuat recovery.
2) Tetapi setelah Iran melancarkan serangan membalas dendam malam tadi, market dunia jatuh. Dan kesannya turut terkena pada Bursa Malaysia. Semua sektor mengalami kejatuhan kecuali saham-saham berkaitan dengan minyak oil and gas.
3) Keadaan pasaran menjadi tidak menentu. Lebih-lebih lagi spekulasi-spekulasi bakal terjadinya perang dunia ketiga WW3. Walaupun ada yang menjangka tidak akan berlaku perang antara Iran dan US dalam skala besar, Iran pasti akan membalas dendam ke atas kepentingan ekonomi Amerika.
4) Para pedagang dan pelabur sentiasa berjaga-jaga dengan situasi yang sedang berlaku di Asia Barat. Apa sahaja boleh berlaku. Serangan yang dibuat oleh Trump adalah serangan yang tidak dijangka, bahkan kongres Amerika pun tidak dimaklumkan.
5) Respon Iran malam tadi adalah respon pertama. Manakala Trump telah memberi amaran, jika kepentingan Amerika diserang, dia akan arahkan serangan yang lebih dahsyat ke atas Iran.
6) Perang dunia tidak akan terjadi sehinggalah ia mengheret sekutu masing-masing ke kancah perang. Turki mungkin, Russia mungkin, akan berpihak kepada Iran. Tetapi China belum tentu. China masih dalam cita-citanya untuk menjadi kuasa besar ekonomi dunia tidak akan mengambil risiko perang yang boleh menjejaskan perkembangan ekonominya.
7) Manakala US pula akan merekrut seukutunya daripada NATO, Saudi dan beberapa lagi negara untuk menghabiskan Iran jika WW3 tercetus. Harga minyak akan melambung tinggi untuk beberapa ketika.
8 ) Iran mungkin akan menggunakan senjata minyak untuk menyerang ekonomi Amerika - dengan mengeluarkan tong-tong minyak untuk pasaran gelap - seterusnya menjatuhkan harga minyak. Syarikat-syarikat minyak Amerika akan memberi tekanan kepada kerajaan US untuk menghentikan peperangan. Pilihanraya Presiden akan menentukan kedudukan Trump.
Sekian
Dr Tanaka Mustafa
(Tehran, Kedah)

Tuesday, January 7, 2020

ORANG SYIAH CONFIRM JAHAT KAH?

Oleh:Dr Tanaka Mustafa
1) Kalau orang tuduh kita jahat, ganas, sesat, hawau, jilake, pembunuh, perogol, mat dadah,mat rempit, tahi ganja, tahik ketum dan segala macam tuduhan buruk disebabkan beberapa orang Sunni yang suka buat semua amalan buruk tersebut, adakah kita tak sakit hati?
2) Kita jalan-jalan kat satu tempat, orang tanya kita Sunni ka Syiah. Kita jawab Sunni. Dia pun maki kita dengan gelaran-gelaran tersebut. Rasanya apa respon kita? Tentu sakit hati, bukan?
Begitu juga keadaannya orang Syiah yang kita hentam dia sebagai pemaki isteri Nabi, pemaki sahabat, dan sebagainya. Mereka tentu sakit hati, kerana mereka pun tak buat. Mereka Syiah belum tentu mereka beramal dengan Ajaran Syiah. Mesti mereka sakit hati dengan makian orang terhadap mereka walhal mereka tidak buat.
3) Justeru, kita tak payah generalize semua orang Syiah sebagai pemaki sahabat dan sebagainya. Sesat atau tidak sesat, bukan isu ya jika kita nak berkawan dengan orang awam sekalipun Syiah, ataupun Yahudi sekalipun. Selagi mereka tak cross the line, ok saja nak berkawan. Bukan nak suruh kita redha dengan akidah mereka. Kuncinya adalah mereka orang awam.
4) Sama macam orang awam non Muslim lain lah dalam negara kita. Kalau kita nak relatekan akidah dengan hubungan muamalat harian, kita takkan dapat berkawan dengan orang bukan Islam. Akidah bukan Islam adalah kafir, musyrik. Orang musyrik membunuh para sahabat dalam perang badar. Jadi, kalau ikut idea extreme, berkawan dengan non Muslim adalah berkawan dengan pembunuh para Sahabat Nabi.
5) Orang awak kita yang hidup biasa, yang tak reti apa-apa pun pasal agama, tetapi kita kata mereka Sunni. Mat rempit kita pun Sunni. Kalau tanya diorang apa itu Sunni, konfirm tak tahu. Tapi Sunni lah. Kalau mereka tak tahu apa itu Sunni, adakah mereka Sunni? Ya, kita letak mereka sebagai Sunni juga lah sebab tak ada Tanda-tanda mereka Syiah.
6) Sama lah juga kebanyakan orang awak di Iran, walaupun mereka anggap diri mereka Syiah kerana suasana dan environment mereka Syiah, mereka ramai yang tak tahu pun Syiah tu apa benda. Sekadar term sahaja. Yang mengaji sikit mungkin tahu. Itu pun sekadar tahu tapi tak terlibat pun dengan amalan Syiah.
7) Jadi, kalau kita berkawan dengan orang Syiah seperti itu, tak boleh kah kita puji dia sbg orang baik kerana sikap ya yang baik, berbudi bahasa, cakap elok, suka menolong? Kena reti beza lah dengan Syiah yang bersifat fikrah dan siyasah, dan Syiah yang bersifat term awam. Jangan ekstreme sangat sampai semua benda kita nak hawau kan. Syiah level awam ni ada chance besar untuk kita berdakwah kepadanya.
Sekian

Monday, January 6, 2020

PENJUALAN AIR ZAMZAM DISEKAT

Saya bersetuju dengan kerajaan sekat penjualan air Zam Zam. Tak perlu kaitkan dengan penjualan arak. Itu benda yang dah berakar umbi yang kita memang kena lawan. Cuma air Zam Zam ini bukan isunya seperti arak. Arak kita berjuang lawan dalam kerangka lain. Tak boleh letak sama dengan kerangka sekatan penjualan air Zam Zam.
Penjualan air Zam Zam jika dibenarkan berleluasa, ia akan membuka ruang kepada scammers air Zam Zam. Sekatan itu bersifat undang-undang supaya kelak scammers boleh didakwa. Kalau tak ada sekatan, mangsa scammer tak boleh nak dakwa nanti. Sekadar pandangan saya.
Dr Tanaka Mustafa
5/1/2020

Sunday, January 5, 2020

KENALI MUSUH DAN KAWAN DALAM POLITIK

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Geng ultra-liberal (saya main letak saja label ni, generalize) dalam negara kita ni semakin kuat dari hari ke hari. Golongan ini paling anti sangat dengan Islamisasi. Tak kiralah mereka itu Muslim atau pun non-Muslim, mereka memang bengkak hati terhadap Islam dan simbol serta syiar Islam. Apatah lagi jika syariat Islam dilaksana, bernanah lah hati.
2) Mereka dahulunya menyokong kuat kerajaan semasa BN memerintah. Sebab pembangkang yang kuat dahulunya adalah PAS, yang mereka anggap membawa Islamisasi yang menggugat agenda ultra liberal. Mereka memperalat kuasa yang ada pada kerajaan untuk survive dalam NGO-NGO seperti Sister in Islam, Majlis peguamm dan sebagainya.
3) Apabila kerajaan BN dilihat semakin lemah untuk mengekang kemaraan PAS dan Islamisasi yang berpihak kepada Pakatan Rakyat, mereka mencari peluang dalam Pakatan Rakyat pula. Mereka umpama virus yang menjangkiti. Akibatnya, Pakatan Rakyat terpecah lebur kerana PAS memiliki antibody yang kuat ke atas agenda ultra-liberal.
4) Geng ultra-liberal mengukuhkan kedudukan dalam Pakatan Harapan, lebih-lebih lagi apabila melihat PAS mula mendampingi kerajaan konservatif UMNO/BN. Mereka pergunakan segala kepala otak liebral yang ada dalam Pakatan Harapan untuk menumpaskan BN dan PAS. Mereka mesti tewaskan PAS kerana Islamisasi. Mereka mesti tewaskan UMNO kerana sifat konservatism UMNO bangkit semula.
5) Hasilnya mereka menang menumbangkan BN, tetapi gagal menewaskan PAS di Kelantan. Bahkan PAS melebarkan penguasaan di Terengganu dan Kedah. Mereka berpuas hati kerana langkah pertama mereka berjaya. Mereka berpuas hati kerana Pakatan Harapan yang mereka rasa boleh diharapkan untuk meneruskan agenda mereka berjaya.
6) Mereka memperalatkan kepala otak neo-liberal Tun Mahathir untuk menyusun figure-figure penting mereka dalam pentadbiran kerajaan. Mereka bukan parti politik, jadi mereka tak mampu untuk melobi jadi menteri. Mereka mencengkam kerusi Peguam Negara sebagai langkah untuk mengukuh kedudukan.
7) Namun mereka mulai kecewa dengan Tun Mahathir yang tidak memihak kepada mereka untuk mengusir Dr Zakir Naik, isu tulisan Jawi dan seumpamanya. Mereka mulai mengecam Tun Mahathir, dan mengambil posisi menyebelahi kem pro-DS Anwar. Selain geng pro-reformasi 1998, geng ultra-liberal juga giat mahukan peralihan kuasa kepada PM8. Tetapi Tun Mahathir bukan calang-calang orang yang mudah ditundukkan. DS Anwar sendiri sangat berhati-hati.
8 ) Dr Maszlee adalah mangsa geng ultra-liberal yang terang dan jelas kita dapat lihat. Walaupun Dr Maszlee dianggap berfikrah liberal oleh golongan Islamist, tetapi bagi geng ultra-liberal, Dr Maszlee adalah Islamist yang licik. Sejak perlantikan beliau sebagai Menteri Pendidikan, geng ultra-liberal sudah membantah. Isu tulisan Jawi adalah menjadi isu untuk serang sampai tumbang. Kenapa 'liberal' Dr Maszlee tidak diiktiraf oleh ultra-liberal? Karena jiwa beliau masih Muslim yang ada agenda untuk ummah.
9) Seterusnya, kita cuba lihat kepada figure idola kita yang terhebat, yakni DS Anwar Ibrahim. Saya fikir wataknya hampir sama dengan Dr Maszlee dari sudut fikrahnya. Bahkan ke'liberal'an nya mungkin 10 kali ganda Dr Maszlee. Geng ultra-liberal tahu kekuatan dan kelemahan DS Anwar. Mereka mahu pergunakannya untuk agenda mereka seterusnya apabila menjad PM8 kelak. Jadi kerja mereka sekarang adalah bantu menekan Tun Mahathir berundur.
10) Apakah DS Anwar akan menjadi puppet mereka kelak? Tidak. DS Anwar juga bersifat seperti Tun Mahathir, bahkan lebih licik. Dengan jiwa separuh Islamis separuh 'liberal', one day tindakannya juga pasti akan membuatkan geng ultra-liberal tak puas hati terhadap beliau. Hari ini pun mereka sudah berhati-hati dengan DS Anwar dengan slogan "semua jenis Islamis tak boleh dipercayai". Mereka akan hanya perguna DS Anwar untuk undurkan Tun Mahathir. Selagi DS Anwar belum tunjuk belang Islamisasi, mereka akan bergayut padanya.
11) Sebagai pemimpin hebat dan paling power, DS Anwar pun tahu kewujudan golongan ultra-liberal ini yang kelak one day akan turn against him. Tetapi geng ultra-liberal ini masih boleh dipergunakan untuk usaha perlaihan kuasa. Aaah.. saling perguna rupanya. Akan tiba masanya kekal, team DS Anwar akan berdepan dengan serangan ultra-liberal yang sudah menjangkiti rakan-rakannya yang lain dalam PH.
12) Apabila waktu itu tiba waktu itu, mungkin PAS dan UMNO akan bangkit mempertahankan DS Anwar, atas alasan mudarat yang lebih kecil berbanding geng-liberal yang mudaratnya lebih besar ke atas Islamisasi dan nasionalisme. Corak politik negara akan berubah sekali lagi, tanpa sesiapa pun dapat predict. Orang akan ulang ayat yang sama, tiada rakan yang kekal dalam politik, tiada musuh yang selamanya musuh dalam politik.
Sekian
p/s: Bacalah dengan memakai kacamata, bukan dengan pembaris ataupun protaktor

PEMBUNUHAN QASSEM SULEIMANI

1) Orang yang faham geopolitik antarabangsa, pasti sependapat dengan Minda Presiden PAS tentang pembunuhan Suleimani oleh US walaupun dalam politik negara kita mereka menentang beliau.
2) Orang tak faham geopolitik antarabangsa, pasti akan terpengaruh dengan propaganda Sunni vs Shiah tak habis-habis, walaupun mereka orang PAS. Bahkan sehingga ada yang burthurt apabila Presiden PAS mendoakan Sulaimeni.
3) Tapi kita kena admit, golongan yang faham konflik ini sebagai sectarian war akan tetap wujud, lebih-lebih lagi ada golongan cendikiawan yang turut menggilap isu ini sebagai isu Shiah vs Sunni. Tak pelik mereka bergembira dengan pembunuhan Suleimani dengan slogan 'biarlah... pengganas Syiah dibunuh oleh pengganas US'.
Dr Tanaka Mustafa
5/1/2019

HIKAYAT DONG ZHONG VS DR MASZLEE

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Ada kawan-kawan kita kata, Dr Maszlee seorang tokoh akademik yang hebat, tapi tersalah langkah memperkenalkan tulisan Jawi dalam silibus bla bla. Lebih baik beliau perkenalkan dan perkasakan matapelajaran Sains, Matematik, Ekonomi etc yang lebih memberi manfaat kepada kemajuan negara berbanding tulisan Jawi.
2) Sebenarnya bagi saya, Dr Maszlee memang mampu dan memang akan ada perancangan terhadap kemajuan matapelajaran Sains, Matematik, Ekonomi etc tersebut. Tetapi usahanya tergendala disebabkan kebodohan orang yang membantah tulisan Jawi yang hanya 3 mukasurat.
3) Jika masyarakat atau Dong Zhong sendiri bertoleransi, terima saja 3 muka surat tersebut tanpa banyak karenah, Dr Maszlee akan boleh fokus kepada isu lain yang lebih penting. Tetapi malangnya beliau terpaksa berhempas pulas mempertahankan pengajaran tulisan Jawi yang hanya dua tiga perkataan tersebut kerana maruah dan jatidiri bangsa Melayu dan warisan negara supaya tidak luput. Terpaksa membuang masa, menebal muka, menanggung stress dan akhirnya 'dipaksa' meletakkan jawatan.
4) Isu Jawi yang berbulan-bulan berlanjutan ini sudah tentu membuatkan agenda-agenda lain kementerian pendidikan terganggu. Siapa yang buat ia tertangguh? Samada Dr Maszlee atau Dong Zhong lah yang buat ia tertangguh. Sudah tentu Dr Maszlee tidak bersalah. Yang bersalah adalah Dong Zhong yang bersikap degil angkuh tak bertempat. Macamlah belajar dua tiga perkataan Jawi boleh meruntuhkan ekonomi negara.
5) Hasilnya, hari ini agenda kementerian masih tertangguh, kerana menanti pengganti Dr Maszlee. Campurtangan DAP dalam perlantikan Menteri pengganti Dr Maszlee akan membuatkan ia terus tertangguh. Semua orang mesti salahkan Dong Zhong. Manakala Dong Zhong akan terus play victim dan puak chauvinis akan bersimpati kepada Dong Zhong.
6) Dr Maszlee 'tewas' dalam pertembungan dengan Dong Zhong adalah disebabkan tiada support yang tegas daripada kabinet, menteri-menteri dan ahli-ahli parlimen kerajaan sendiri. Bahkan ada yang turut sealiran dengan Dong Zhong menghentam Dr Maszlee.
7) Mereka berkawan dengan Dr Maszlee sebab nak menang pilihanraya. Lepas menang, Dr Maszlee dalam kesusahan, tak ada siapa nak tolong. Pembangkang pula melawan Dr Maszlee sehinggalah nampak Dr Maszlee dibantai golongan chauvinis tanpa dibantu oleh rakan-rakan beliau ketika senang. Lalu pembangkang cuba pertahan Dr Maszlee atas isu Jawi, tetapi agak terlambat.
8 ) Ok dah lah merepek pasal Dr Maszlee. Mungkin beliau kena kafarah juga atas kesilapan dia selama ini. Macam kerajaan Baghdad yang lalai dan leka dengan dunia, Allah hantar tentera Mongol serang mereka. Tidak bermakna Mongol itu bagus. Sama lah Dr Maszlee, mungkin Allah nak kafarahkan kesalahan beliau, lalu dihantar Dong Zhong menyerangnya. Muhasabah lah.
Sekian
p/s: Mohon Tun Mahathir lantik Ustaz Zamihan jadi Menteri Pendidikan, untuk lawan Dong Zhong. Dia cengei sikit. Bwahahaha...

Saturday, January 4, 2020

MASIH MARAHKAN 5.5% ASB?

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Melaburlah dalam saham. Kita boleh dapat atleast 10% setiap bulan daripada modal pelaburan kita jika kiat tahu caranya. Kita akan lebih berpuas hati daripada merungut tentang setahun 5.5%.
2) Bagaimana caranya? Kenalah belajar. Ramai pakar-pakar pelaburan saham yang berpengalam boleh ajar. Kunci utamanya adalah belajar, keep learning. Tanpa belajar, ia akan jadi peleburan.
3) Melabur pasti akan ada risiko rugi. Confirm. Tetapi dengan belajar, kita akan dapat minimakan risiko kerugian dan gandakan keuntungan.
4) Melabur dalam ASB atau TH atau mana-mana unit trust yang memberikan keuntungan secara dividen 6% setahun adalah cara yang paling mudah. Tetapi setahun 6% sebenarnya adalah pulangan yang rendah jika dibandingkan dengan keuntungan total ASB, TH dan unit trust.
5) Contoh yang saya tunjuk dalam gambar adalah carta saham FRONTKN dari April hingga Disember 2019. Purata keuntungan 10% setiap bulan lebih kurang. 10% setiap bulan, bukan 10% setahun. Jika purata 10% sebulan, bermakna setahun 120% untung.
6) Bayangkan ASB atau TH atau unit-unit trust melabur dalam FRONTKN tersebut, memperoleh keuntungan setahun 120%, tetapi para peserta dan pencarumnya hanya akan menikmati agihan 6% sahaja. Apatah lagi jika hanya dapat 2% atau hanya 5.5% sahaja?
7) Mana pergi lagi 114% keuntungan? Ya, pihak merekalah yang dapat, samada mengagih sesama mereka dalam bentuk bonus, elun, gaji, atau pusing modal (spekulasi sahaja). Sedangkan, jika anda belajar melabur sendiri, akan akan dapat solid 120% keuntungan tersebut.
8 ) Bezanya, jika pelaburan rugi, mereka akan tanggung kerugian tersebut. Mereka tak akan kacau modal anda. Apabila untung besar, mereka hanya beri 6% sahaja. Tetapi jika melabur sendiri, risikonya modal anda boleh lebur andai saham yang anda miliki jatuh teruk. Namun seperti yang kita sebut tadi, dengan ada ilmu yang betul, risiko kerugian dapat diminimakan.
9) Tahun 2020 yang canggih ini telah 3 hari bermula. Market saham Bursa Malaysia dan bursa-bursa luar negara untuk 2020 menanti kita. Cycle baru untuk carta saham 2020 telah mula bergerak. Siapa yang lambat, akan terlepas. Siapa yang enggan belajar, hanya akan dapat lihat sahaja keuntungan orang lain.
10) Minda 2020 mestilah bebas daripada fikiran saham itu susah, saham itu hanya untuk orang kaya, saham untuk orang tak ada kerja, saham tak halal, saham boleh rugi dn sebagainya. Itu semua minda orang yang enggan belajar.
Sekian
=============================
p/s: Ulang step nak mula labur saham:
1) Buka akaun CDS dengan broker yang betul (bukan scammer). Carilah bank-bank Investment atau securities.
2) Belajar dengan guru dan circle yang betul. Saya cadangkan belajar dengan: Haji Mohd AsriCHEF SAHAMDato Dr. Nazri KhanMaster Yus, dan banyak lagi. Ustaz Mohammad Yaakub Yusra dan Kokom pun reti ajar.
3) Sediakan modal serendah RM500. Nak bermodal RM10 pun dah boleh labur saham, tapi untung 10% sebulan tu hanya RM1 sebulan laa.
4) Gunakan modal serendah RM500 dulu untuk belajar labur. Fokus betul-betul belajar sampai boleh maintain dapat 10% setiap bulan, baru yakin nak masukkan modal RM10k, RM100k etc.
5) Guna modal besar untuk beli at least lima atau enam kaunter saham. Don't put all eggs into the same basket orang kata. Supaya kaunter untung boleh cover kaunter rugi.
6) Tahukah anda, setaikali ceramah pasal ganjaran pahal di akhirat, ustaz-ustaz selalu sebut term saham akhirat. Kenapa ganjaran pahal direlatekan dengan saham? Sebab saham sebenarnya menguntungkan.
7) Semoga orang-orang yang Share ilmu pemaburan saham ini mendapat ganjaran pahala yang besar dan bertingkat-tingkat, kerana membantu ekonomi ummah - supaya ibadah zakat, haji, umrah, sedekah dan sebagainya dapat dilaksanakan.
8 ) Mudah-mudahan kita yang bukan pengajar ilmu saham juga diberikan pahala kerana menyebarkan tulisan ini sebagai kesedaran kepada ummah untuk melabur pada jalan yang betul. Say no to Scammer.
Sekian untuk kali kedua.