Pakej Iklan

Thursday, February 6, 2020

PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEEWANGAN DARI SUDUT INDEX KLCI

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
(Klik gambar untuk imej yang lebih besar)
1) Perhatikan setiap zaman pemerintahan, dari zaman PM-4 hingga ke PM-7, bagaimanakah pola naik turun indeks Bursa Malaysia (sebelum: BSKL)? Seperti yang kita dapat lihat prestasi setiap zaman PM dan Menteri Keewangan (MOF) adalah berbeza. Indeks KLCI mencapai tahap tertinggi pada 1993 dan 1996 ketika DS Anwar menjadi Menteri Keewangan.

2) Krisis ekonomi pada 1997 dan 2008 menunjukkan kejatuhan mendadak indeks KLCI. Ketika Krisis Ekonomi Asia 1997, Menteri Keewangan adalah DS Anwar Ibrahim - dilihat tidak mampu untuk menghentikan kejatuhan indeks BSKL. Setelah beliau dipecat, index KLCI kembali membuat rebound.

3) Kenaikan semula indeks KLCI terus berlaku setelah belaku PRU10 pada tahun 1999, walaupun pada pilihanraya tersebut penuh dengan kontroversi akibat pemecatan DS Anwar. Walaupun pembangkang berjaya menawan Terengganu dan hampir-hampir menang di beberapa buah negeri, namun ia tidak menggugat kenaikan indeks KLCI.

4) Berlaku kemerosotan indeks KLCI pada 2002-2003 walaupun tanpa krisis besar ekonomi dunia, mengakibatkan Tun Mahathir - PM dan Menteri Keewangan - didesak meletakkan jawatan. Puas bersilat dan berdrama, akhirnya beliau akur meletakkan jawatan dengan persetujuan peralihan kuasa kepada Pak Lah.

5) Setelah bertukar PM kepada PM-5 Pak Lah, indeks KLCI mulai membuat rebound sekali lagi naik walaupun perlahan. Pak Lah menang besar dalam PRU11 pada 2004, berjaya merampas kembali Terengganu dan kebanyakan kerusi negeri. Kejayaan Pak Lah mencapai kemenangan besar membuatkan pentadbiran Pak Lah mempunya kuasa penuh untuk mengurus negara. Kenaikan indeks KLCI zaman Pak Lah mencapai puncak tertinggi dalam sejarah.

6) Sehinggalah datang krisis ekonomi 2008, indeks KLCI mulai jatuh merundum. PRU13 pada 2008 menunjukkan kemerosotan sokongan ke atas Pak Lah, walaupun BN menang. Beberapa negeri seperti Kedah dan Pulau Pinang jatuh ke tangan pembangkang. Indeks KLCI terus jatuh sehinggalah Pak Lah ditekan untuk meletakkan jawatan dan satu lagi peralihan kuasa berlaku.

7) DS Najib naik menggantikan Pak Lah sebagai PM-6. Seperti sebelumnya, pertukaran PM dan Menteri Keewangan memberi impak positif kepada indeks KLCI. Indeks KLCI membuat lantunan semula dan naik dengan kadar yang pantas setelah DS Najib menjadi PM-6. Walaupun pada 2013, pembangkang memenangi kerusi yang sangat banyak, indeks KLCI tidak menunjukkan tanda untuk jatuh.

8 ) Kehebatan DS Najib mengurus ekonomi negara menjadikan indeks KLCI naik sehingga mencecah paras tertinggi dalam sejarah, melebihi rekod zaman Pak Lah. Namun pada 2014-2015, kenaikan indeks KLCI mulai menunjukkan kejatuhan apabila isu 1MDB mulai berkumandang. Tekanan untuk DS Najib meletakkan jawatan semakin kuat membahang.

9) Menyedari kesilapan para pendahulunya, beliau tidak cepat melatah. Beliau terus mencari formula. Namun isu 1MDB semakin menjadi bom jangka yang akan memusnahkan dirinya, BN dan ekonomi negara. Indeks KLCI terus merosot. Jika beliau tidak melakukan apa-apa, ekonomi yang dibina sejak beliau menjadi PM akan senasib dengan ekonomi Pak Lah dan Ekonomi DS Anwar yang gagal menyekat kejatuhan indeks KLCI.

10) AKhirnya pentadbiran DS Najib membuat keputusan meng-classified-kan Laporan Audit 1MDB. Tiada siapa boleh akses maklumat Laporan Audit tersebut. Kesannya, indeks KLCI kembali naik sebelum terjatuh lebih teruk. Namun pembangkang terus memainkan isu Laporan Audit 1MDB yang dirahsiakan sebagai cubaan menyembunyikan fakta dan penyelewengan.

11) Kenaikan semula indeks KLCI tidak lama, kembali jatuh setelah PRU14 pada 2018. Perdana Menteri bertukar tangan kepada Tun Mahathir semula, sebagai PM-7. Tidak seperti pertukaran perdana menteri sebelumnya yang berjaya menaikkan indeks KLCI. Pertukaran PM-6 kepada PM-7 seiring dengan pertukaran kerajaan BN kepada kerajaan PH tidak menaikkan indeks KLCI.

12) Malahan indeks KLCI terus turun dengan pengumuman PM-7 men-declassified semula Laporan Audit 1MDB. Kejatuhan demi kejatuhan secara non-stop terus berlaku sejak PH mengambil alih. Samada ia berpunca daripada Tun Mahathir ataupun Lim Guan Eng sebagai Menteri Keewangan, kita sudah boleh agak - mungkin kedua-duanya.

13) Yang menghairankan, tiada tekanan untuk kedua-duanya meletakkan jawatan, melainkan hanya seruan peralihan kuasa PM-7 kepada PM-8 DS Anwar. Tekanan ini nampaknya tidak dibuat atas dasar ekonomi, tetapi lebih kepada janji peralihan kuasa sesama komponen PH. Apakah indeks KLCI akan naik setelah bertukar PM kepada PM-8? Dari segi rekod Lim Guan Eng masih gagal menahan kejatuhan indeks KLCI. Bahkan DS Anwar juga adalah figure yang gagal dalam usaha menahan kejatuhan BSKL.

14) Lalu apakah teori hanya DS Anwar sebagai PM-8 mampu pulihkan ekonomi negara itu benar? Apakah teori DS Najib adalah perompak yang merosakkan ekonomi negara itu benar? Apakah plot turun naik ekonomi negara ini sangat bergantung kepada spekulasi? Atau bergantung kepada kemampuan PM dan menteri Keewangan?

Sekian


Tuesday, February 4, 2020

PAKATAN NASIONAL HANYA AKAN MENGULANGI KESILAPAN PAKATAN HARAPAN

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Jika dibaca dari sudut pandang PH hari ini, menjemput Tun Mahathir bersama PH adalah kesilapan yang besar. Bahkan lebih teruk kesilapan itu apabila mengangkat Tun Mahathir menjadi PM. Sekarang hidup PH tidak menentu. Kucar-kacir dibuatnya.

2) Jalan paling cepat untuk selamatkan PH, adalah dengan undi tak perchaya kepada PM. Tetapi Majlis Presiden PH sendiri tak ada kekuatan. DS Anwar sendiri sudah tiada aura untuk menggerakkan undi tak perchaya dek kerana perpecahan dalaman PKR sendiri. Tapi semakin lama dibiarkan, semakin parah menanti.

3) Pakatan Nasional, nama yang dicadangkan kononnya apabila team Tun Mahathir bergabung dengan Muafakat Nasional dan Barisan Nasional membentuk kerajaan. Gerakan ini dikatakan sedang diusahakan secara sulit oleh MT UMNO - demi menyekat DS Anwar dan DAP 'merosakkan' negara.

4) Jika itu tujuannya, maka Pakatan Nasional ini hanya mengulangi skrip Pakatan Harapan yang sanggup bekerjasama dengan Tun Mahathir semata-mata untuk menjatuhkan DS Najib. Agenda menyekat DAP dan DS Anwar adalah agenda yang sama dengan agenda menjatuhkan DS Najib dari kutub yang berbeza.

5) Kita tidak mengharapkan Pakatan Nasional terbentuk dengan bertujuan menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan secara 'pintu belakang'. Adalah lebih baik mengembalikan mandat kepada rakyat dengan membubarkan parlimen. Masuk pilihanraya dengan kekuatan asli.

6) Andai terjadi juga pembentukan Pakatan Nasional ini, janganlah angkat Tun Mahathir menjadi ketua ataupun PM lagi. Jika masih lembik tengkuk dan still mahu angkat Tun Mahathir sebagai ketua, hayat Pakatan Nasional juga tidak lama. Bahkan Pakatan Rakyat akan refresh semula kekuatan untuk menumbangkan Pakatan Nasional.

7) Kata orang, hendak kalahkan UMNO, dia berpakat dengan DAP dan DS Anwar. Hendak buang DAP dan DS Anwar, dia datang cari UMNO balik.  Orang main chess, kena checkmate sekali saja. Takkan nak kena checkmate banyak kali baru nak sedar? Chess apa benda boleh checkmate banyak kali...

Sekian

Sunday, February 2, 2020

PAS PERLU GERAKKAN KEFAHAMAN PELABURAN SAHAM

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Pelaburan dalam saham di Bursa Malaysia masih lagi asing dalam masyarakat Melayu/Muslim terutama orang-orang kampung dan pekerja bidang non-professional. Bahkah mereka yang terlibat dalam bidang profesional pun masih majoritinya tidak tahu menahu tentang pelaburan saham.

2) Bagi memperbanyakkan pegangan equiti bumiputera dalam saham-saham Bursa Malaysia, pihak Bursa Malaysia mempergiatkan kempen dan seminar yang dianjur bersama dengan syarikat-syarikat broker saham serta pembimbing dan mentor yang berpengalaman.

3) Saya berpendapat, seminar-seminar yang dianjurkan oleh ramai mentor saham terkemuka dalam negara kita adalah amat baik untuk memberikan kefahaman dan kesedaran mengenai perlunya umat upgrade diri dan keluarga kepada ilmu pelaburan saham. Bahkan saya berpendapat, untuk mendapat effect yang lebih luas, ia perlu kepada endorsement parti politik.

4) Parti politik yang saya pernah terjumpa penganjuran ilmu pelaburan saham ini adalah daripada parti UMNO (bahagian), yang mengenakan bayaran kurang lebih RM60 untuk satu sentry seminar dari pagi hingga petang. Manakala pengajuran seminar oleh individu atau akademi ada yang mengenakan RM10, dan ada yang percuma. Tujuannya adalah untuk umat membuka minda mengenai pelaburan saham sebelum membuka langkah seterusnya.

5) Walaupun begitu, bahagian UMNO yang menganjur seinar tersebut tidaklah diketahui hasilnya dan objektif utama penganjuran. Tetapi saya nampak jika PAS membuat langkah memperkenalkan pelaburan saham kepada ahli dan penyokong, ia lebih efektif.

6) Kenapa PAS? Sebab PAS ada sistem usrah, tamrin, liqa', mukhayyam, jaulah dan sebagainya - semua ini boleh menjadi tools kepada pencerahan tentang ilmu pelaburan saham. Parti-parti lain saya kurang nampak. UMNO tak ada sistem penyampaian yang efektif lebih-lebih lagi sejak tidaklagi jadi kerajaan. PKR, AMANAH, dan PPBM masih sibuk dengan pergolakan dalaman yang semakin rancak dengan plot-plot yang bertambah menarik. Mana ada masa nak fikir hal ekonomi rakyat. Lagipun takkan nak ajar benda boleh bagi kantoi kelemahan diri.

7) Ilmu pelaburan saham saya kira adalah umpama memberi pukat kepada rakyat, bukan menyajikan ikan. Pukat yang sangat berguna untuk rakyat menjala keuntungan dari pasaran Bursa Malaysia. PAS perlu menjadi pioneer parti politik dalam penyebaran ilmu labur saham.

8 ) Apabila rakyat terutama ahli PAS yang sejuta lebih itu faham mengenai saham, index KLCI, sektor-sektor, catalyst, teknikal analysis, fundamental analysis, ROI, dan segala macam benda lagi dalam pelaburan saham, maka ahli-ahli PAS akan menjadi rakyat Malaysia yang paling cakna mengenai jatuh bangun ekonomi negara. Mudah nampak kerja buat kerajaan yang mana betul, yang mana kelentong.

9) Pihak PAS boleh anjur seminar dan kelas-kelas advance saham secara berkala, dan ada support team seperti mana team-team mentor saham yang sedia ada. Mulakan di peringkat negeri dan kawasan terlebih dahulu. Apabila sudah rancak dan stabil, perkenalkan di peringkat cawangan, Pemuda, Muslimat, ARC, Unit Amal dan sebagainya mengikut kesesuaian. Malahan Jemaah kampus juga boleh cuba. Paling kurang, at least... setiap ahli PAS sudah ada satu akaun CDS. Collaborate dengan bank-bank broker atau syarikat broker.

10) InsyaAllah, PAS akan jadi parti yang memiliki ahli-ahli yang celik ekonomi. Bersesuaian pula dengan salah satu manifesto PAS yang mahu gantikan GST dan SST kepada cukai keuntungan saham (CKS) mereka dicukaikan kelak, bukankah ahli PAS menjadi tax payer yang besar untuk pembangunan ekonomi negara? Bukankah juga dakwah itu mudah tersebar dengan dua cara, iaitu pendidikan, dan ekonomi? Mungkin idea ini sebagai input tambahan untuk pimpinan PAS, terutama Lujnah Ekonomi atau Pengkaderan atau Pendidikan atau buat Lujnah baru, Lujnah Pelaburan Saham.

Sekian