Pakej Iklan

Friday, August 30, 2019

ASAL USUL ORANG CINA MALAYSIA


Oleh: Dr Tanaka Mustafa



1) Orang Cina di Malaysia (Han Chinese) adalah orang Cina yang berhijrah ke Malaysia atau yang dilahirkan di Malaysia. Kebanyakan orang Cina ini adalah keturunan daripada selatan China yang tiba pada awal abad ke-19 hingga pertengahan abad ke-20.

2) Dalam statistik bilangan orang Cina 'Huaqioa' yakni Cina yang berada di luar China (juga disebut Overseas Chinese oleh orang China), bilangan orang Cina Malaysia adalah kedua tertinggi selepas Cina Thailand. Manakala di Malaysia pula, kaum Cina menjadi kaum kedua terbesar selepas kaum Melayu yang menjadi majoriti.

3) Di Malaysia, selalunya mereka dipanggil 'orang Cina' oleh orang Melayu, 'Sina' oleh orang Borneo, 'Cīṉar' dalam Tamil, 'Huaren' oleh sesama orang Cina, dan 'Huaqiao' oleh orang Cina di China.

4) Orang Cina di Malaysia sebenarnya ada banyak keturunan yang berbeza dengan dialek yang berbeza antara satu sama lain. Perbezaan bahasalah yang paling ketara, kerana ia menyukarkan komunikasi.

5) Kebanyakan Cina Malaysia adalah daripada keturunan Min (dialek Hokkein), Yue (dialek Cantonese), Hakka dan Teochew. Masing-masing mendominasi pekan-pekan dan bandar-bandar yang berbeza.

6) Orang Cina di Kuala Lumpur kebanyakannya menggunakan dialek Cantonese, Hokkein di Georgetown dan Kuching, Hakka di Kota Kinabalu, Teochew di Johor Bahru, Foochow di Sibu, manakala Hainanese di Kuala Terengganu.

7) Perbezaan dialek antara clan-clan Cina ini sememangnya menyukarkan mereka untuk berkomunikasi. Perbezaan dialek mereka lebih besar daripada perbezaan antara dialek-dialek orang Melayu. Anda tentu pernah terjumpa orang Cina sesama Cina berkomunikasi dalam bahasa Melayu atau berbahasa Inggeris. Kerana mungkin mereka berbeza dialek dan tak mahir bahasa Mandarin. Ataupun... mereka ini sangat patriotik .

8 ) Maka apabila berkomunikasi, mereka akan menggunakan bahasa Mandarin yang kini dianggap sebagai working language. Requirement Mandarin only - Apabila disebut sebagai working language, bukan sahaja orang Melayu atau India sahaja yang ditapis, bahkan orang-orang Cina yang tak reti bahasa Mandarin juga tertapis sebenarnya bagi tidak berlaku konflik dialek. Tapi bilangan generasi baru orang Cina dalam negara kita yang tidak tahu berbahasa Mandarin sangatlah sedikit.

9) Secara kebudayaan dan bahasa, orang-orang Cina ini sangat mementingkan penjagaan budaya, keturunan dan dialek mereka, walaupun nenek-moyang mereka telah lama tiba pada abad 19 terdahulu. Mereka masih mahu mengekalkan aspek-aspek keCinaan mereka dan tidak mahu berasimilasi.

10) Berbeza dengan orang-orang Cina yang datang pada zaman kesultanan Melayu Melaka suatu masa dahulu, mereka berasimilasi dengan penduduk tempatan, sehingga wujudnya sub-etnik yang dipanggil Baba dan Nyonya (Melaka/Penang), Cina Peranakan (Kelantan/Terengganu) dan Cina-pribumi(Sabah).

11) Sebenarnya, orang-orang Cina Huaqiao (Cina Oversea) di negara-negera lain di seluruh dunia sudah pun berasimilasi dengan penduduk tempatan. Cina di Amerika sudah pun berasimilasi dengan orang Amerika. Cina di Thailand, Indonesia, Eropah dan sebagainya, sudah lama berasimilasi kebudayaan dan bahasa dengan penduduk asal negara-negara tersebut.

12) Hanya di Malaysia, orang-orang Cina yang datang semasa pentadbiran British Malaya enggan berasimilasi. Disebabkan keengganan berasimilasi, mereka mahukan dibina sekolah-sekolah vernakular khusus untuk mereka ajarkan bahasa dan budaya asal-usul keturunan mereka. Silibus-silibus pendidikannya kebanyakanannya datang dari China dan Taiwan. Mereka enggan menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan yang dikelola oleh kementerian pendidikan Malaysia (bukan semua).

13) Atas toleransi orang-orang Melayu dan kerajaan Malaysia, sekolah-sekolah vernakular ini masih dibenarkan sampai hari ini, walaupun dikaitkan dengan pelbagai kontroversi yang sering berlaku dalam isu-isu patriotisme dan perpaduan kaum.

14) Statistik daripada World Bank (2010) mendapati, Populasi orang Cina di Malaysia berkurangan secara konsisten, disebabkan oleh kadar kelahiran yang rendah dan penghijrahan generasi muda Cina ke luar negara untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik. Keberkurangan ini dikhuatiri menyebabkan 'brain drain' kepada Malaysia, kerana kononnya yang keluar dari negara adalah bijak pandai dan highly educated.

15) Walaubagaimanapun, disebalik keberkurangan tenaga muda dan highly educated Chinese, gelombang pertambahan orang-orang Cina berlaku dengan penghijrahan masuk orang-orang China yang bertutur dalam dialek Mandarin dari utara dan timur China, dan orang Cina kacukan Vietnam serta lelaki-lelaki Cina dalam negara kita berkahwin dengan wanita Cina dari China dan Vietnam.

Sekian

Wednesday, August 28, 2019

AMATUR VS PROFESSIONAL



Oleh: Dr Tanaka Mustafa



1) Gabungan atau kerjasama PAS dan UMNO adalah strategi. Membentuk kerjasama dengan Gagasan Sejahtera, MCA, dan MIC juga adalah taktikal. Bermain isu juga adalah taktikal. Bab taktikal rasanya para strategist setiap parti ada idea-idea yang unik dan bernas. Tapi adakah strategi sahaja boleh berjaya?

2) Sedangkan pihak lain sedang menggerakkan logistik. Menggandakan sumber manusia untuk mengundi. Daftar undi secara besar-besaran adalah salah satu cara menggandakan undian. Memindahkan alamat pengundi ke satu-satu kawasan target juga adalah bab logistik.

3) Paling fishy, bab kemasukan warga China berpuluh ribu dalam satu-satu masa. Masuk tapi tak balik ke negara asal. Mungkin sudah dapat MyKad biru? Sudah tersedia penempatan untuk mereka? Papan-papan tanda sudah ditambah dengan tulisan Cina? Ini juga adalah bab logistik.

4) Seperti yang saya sebut dalam posting lepas, amatur bincang bab strategi dan taktikal. Professional tumpu bab logistik. Sekarang siapa amatur, siapa professional? Mohon para strategist parti-parti politik tidak syok sendiri dengan berstrategi semata-mata. Mengharapkan kemenangan dengan taktikal bermain isu berkemungkinan besar kalah teruk apabila berdepan dengan lawan yang ada logistik besar.

5) Bab yang fishy, kita harapkan ada tindakan daripada pihak berkuasa, bahkan jika ada risikan tentera, sila bertindak. Bab ini agak serius kerana melibatkan kedaulatan negara. Nak PRU15 ada 4 tahun lagi. Dalam masa 4 tahun, berapa ratus ribu orang lagi boleh masuk?

6) “You will not find it difficult to prove that battles, campaigns, and even wars have been won or lost primarily because of logistics.” – General Dwight D. Eisenhower. Kamu tidak akan susah nak buktikan bahawa punca utama menang atau kalah dalam peperangan adalah logistik.

Sekian

Wednesday, August 21, 2019

SAYANGI MALAYSIAKU



“Peace cannot be kept by force; it can only be achieved by understanding.”

Dr Tanaka Mustafa
August, 2019

Tuesday, August 20, 2019

BENARKAH DR ZAKIR NAIK BERPOLITIK, SAMPAI MEMECAHBELAH KAUM?

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Sebenarnya Dr Zakir Naik dah lama dapat PR, zaman Najib lagi. Tapi takda lah bising sampai panas isu perkauman pun. Tiba-tiba sekarang ni jadi panas, sebabnya ia diasak oleh pemimpin DAP dan Hindraf. Kita kena accept fakta ni.

2) Sebelum PH menang, kumpulan Hindraf dan liberal memang duk asak Dr Zakir Naik. Tapi asakan tak kuat sebab kerajaan BN Najib tak layan. Yang duk 'protect' Dr Zakir Naik ni geng Firdaus Wong, geng DrMAZA dan suku-sakat 'wahabi' saja. PAS tak usik pun isu Dr Zakir Naik.

3) Selepas PH berkuasa, tekanan untuk halau Dr Zakir Naik bagai mendapat vitamin dan ubat kuat secara tiba-tiba. Dengan kuasa menteri-menteri kabinet yang ada, mereka asak PM untuk halau Dr Zakir Naik. Team DrMAZA, Firdaus Wong dan seangkatannya hampir-hampir tidak menang tangan menangani asakan daripada parti politik dan menteri kabinet.

4) Asakan daripada menteri dan parti politik DAP serta sekutunya menjadikan isu Dr Zakir Naik terjebak kepada isu politik. Sememangnya ia trigger PAS untuk campurtangan - lalu menganjurkan Tour kat Kelantan sebagai tanda sokongan kepada pendakwah itu. Sokongan parti politik PAS sedikit-sebanyak melegakan team DrMAZA dan team Firdaus Wong.

5) Tekanan parti politik tidak akan dapat dilawan oleh sokongan kecil team-team tertentu. Ia perlu disokong oleh sokongan parti politik juga. Maka tindakan PAS menyokong Dr Zakir Naik adalah response kepada tekanan politik dari pihak DAP, Hindraf, Liberal dan sebagainya, yang juga menggunakan kuasa politik menteri kabinet.

6) Ucapan Dr Zakir Naik tidaklah bersifat politik pun, cuma di-spin media sebagai kenyataan politik. Beliau hanya menyebut beberapa ayat untuk menjawab 'tekanan dan pengusiran' ke atas beliau oleh parti politik. Inilah yang sebenarnya spin berlaku sehingga beliau dituduh bermain politik.

7) Kesimpulannya, Dr Zakir Naik tidak ada masalah pun pada awalnya. Yang mengheret beliau ke kancah politik adalah parti politik DAP dan Hindraf, kemudian di-response oleh parti politik PAS, UMNO dan seangkatannya. Mujurlah AMANAH diam saja, tidak terlibat samada menekan atau menyokong. Inilah rahmatan-lil'alamin.

Sekian

Thursday, August 8, 2019

PESANAN DR NIK TANAKA



Halluu adik kakok. Ado sapo-sapo teringat dop kepada gapo hok Dr Nik kito royak?
Kalu ingat, baguih la. Terbaeekk.
Cenggini 💪💪💪👏

Thursday, August 1, 2019

LION KING 2019

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Ada sorang kawan lama ajak layan Lion King. Lama tak jumpa punya pasal, saya ikut. Dulu-dulu dia pernah ajak tengok cherita The Hobbits. Saya tolak. Sebab dia ni hawau kuat UMNO. Sebab lama tak jumpa, saya tak tau dia ni UMNO lagi ka, dah jadi Bunga ka, dah jadi DAP ka. So saya ikut dia layan Lion King sambil sembang-sembang.

2) Tengok cherita Lion King 2019 ni menyebabkan saya mula meragui channel NatGeo Wild. Grafik punyalah power. Bezanya haiwan dalam Lion King ni bulih bercakap saja.

3) Lion King nak cherita pasal perebutan kuasa antara singa-singa duk ada. Singa yang jahat tu singa tua, Scar - Pak Menakan Simba. Singa tua tu korup, gila kuasa. Sanggup bunuh adiknya Mufasa, bapak Simba.

4) Simba yang tak ketahuan apa pasal kelicikan Pak Menakan dia, terpaksa lari dan survive bersama-sama kawan-kawannya yang berupa Kera dan Babi serta seekor aweknya. Akhirnya Simba dapat balik takhta yang ditinggalkan bapanya daripada Pak Menakannya.

6) Lepas habis tengok cherita Lion King, kawan saya bagi kesimpulan: "Kau tengok laa, nak menang lawan kezaliman, kena berpakat dengan Kera dan Babi".

Gila kasaq punya kesimpulan.

Sekian