Pakej Iklan

Friday, July 17, 2020

BERIMAN DENGAN QADHA' DAN QADAR DARI PERSPEKTIF COMPUTER PROGRAMMERS, AI SCRIPT WRITERS DAN GAMERS

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Beriman kepada Qadha' dan Qadar adalah rukun iman ke enam, yang wajib diperchayai dan diimani oleh umat Islam. Ia bukanlah sekadar konsep sebagaimana konsep karma, bahkan ia adalah suatu ketetapan yang sangat kompleks dan sangat tersusun, yang diwujudkan oleh Allah, Tuhan Alam Semesta.

2) Secara umumnya, kita sudah tahu Qadha' dan Qadar adalah ketetapan yang telah ada, dengan definisi yang selalu disebut, Qadha' sebagai takdir yang boleh berubah dengan usaha dan doa, manakala Qadar adalah keteapan yang tetap akan terjadi tanpa boleh diubah dengan usaha ataupun doa.

3) Contohnya Qadha' adalah seseorang itu ditakdirkan untuk menjadi bodoh tertipu dengan manifesto pilihanraya (contoh). Kebodohan itu boleh diubah dengan berusaha membaca dan mencari maklumat dari sumber yang sahih dan memohon doa supaya Allah bantu beri pengetahuan dan maklumat sebenar. Dengan itu takdir tersebut boleh berubah daripada terus bodoh menjadi cherdik.

4) Contoh Qadar adalah takdir seseorang itu meninggal dunia. Tidak akan ada apa yang akan berubah walaupun berdoa atau berusaha. Apabila telah tiba ajalnya seperti yang ditetapkan, ia tidak akan dapat dilambatkan ataupun diawalkan walau sesaat. Yang boleh berubah mungkin asbab kematian (atas usaha dan doa), tetapi tarikh dan waktu mati, tidak akan berubah.

5) Dari mana datangnya takdir dan di manakah terletaknya takdir? Takdir adalah ketetapan yang tertulis di Lauh Mahfuz (lembaran yang terpelihara). Maha Suci Allah yang telah menciptakan Qalam dan memerintahkannya untuk menulis dalam Lauhul Mahfudz segala sesuatu yang terjadi dan akan terjadi sampai hari Kiamat, sebagaimana dalam firman-Nya:

مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي أَنفُسِكُمْ إِلاَّ فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَآ إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ – الحديد ﴿٢٢

“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri, melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah”. – Al Hadid, 22

6) Sebelum Allah menciptakan semua makhluk (termasuk Qalam dan Lauh Mahfuzh), Allah sudah mengetahui apa yang akan dilakukan oleh setiap makhluk. Kemudian pada masa 50.000 tahun sebelum Allah menciptakan langit dan bumi Allah mencitakan Qalam, lalu diperintahkannya Qalam untuk menulis semua takdir. Hal ini dapat kita pahami dari kedua hadist berikut ini:

عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه : كتب الله مقادير الخلائق قبل أن يخلق السماوات والأرض بخمسين ألف سنة قال : وعرشه على الماء ( رواه مسلم و الترمذي

“Allah menulis takdir pada mahkluk 50.000 tahun sebelum diciptakanya semua langit dan bumi. Ia berkata: dan Arsy Allah berada diatas air “(H.R.Muslim dari Abdullah bin ‘Amru bin ‘Ash).

(Ada perbahasan lain mengatakan Nur atau Cahaya Nabi Muhammad terlebih dahulu dicipta)

7) Sering terjadi dalam hidup kita Sesuatu yang tak disangka... Seringkali mendatangi kita, Itukah suratan dalam kehidupan... atau sekadar satu kebetulan...Kita asyik membicarakan Persoalan hidup dan pilihan Serta kejujuran semakin berkurang Masih tiada bertemu jawapan.

8 ) Sebenarnya, kita boleh memahami bahawa apa yang ditulis oleh Qalam dalam lembaran yang terpelihara itu ada satu set script programming yang almighty. Allah memerintahkan Qalam menulis takdir terhadap seluruh makhluk yang akan dicipta, termasuklah script takdir para malaikat, iblis, jin, manusia, planet, galaksi, bulan, matahari, alam semesta, masa, dimensi, hukum-hukum fizik, hukum-hukum kimia, ilmu-ilmu dan segalanya yang didapati dalam kehidupan dan luar kehidupan manusia.

9) Setiap makhluk, ada script yang telah ditulis di Lauh Mahfuz untuknya. Script-script itulah yang sedang execute apa yang kita telah buat, sedang buat dan akan buat. Script itu juga yang memberikan kita beribu kebarangkalian respon yang akan kita terima terhadap satu-satu tindakan yang kita buat. Script itu mengandungi 'eventListener' yang akan response terhadap tindakan orang lain terhadap kita dan juga tindakan alam terhadap kita.

10) Maha Suci Allah yang Maha Memprogramkan Pentadbiran alam semesta dengan script yang Maha Genius. Jika manusia hebat dalam membikin Artificial Intelligence (AI), script yang ditulis oleh al-Qalam di Lauh Mahfuz adalah Almighty Intelligence. Lauh bermaksud lembaran, tempat untuk ditulis sesuatu, papan, atau tablet. Mahfuz bermaksud disimpan. Saved. Jika dianologi dengan zaman gadget ini, Lauh mahfuz adalah Saved Tablet. yang mana dalam Tablet itu disimpan script programming alam semesta.

11) Contoh AI yang manusia bikin yang boleh dijadikan anologi adalah AI "OK Google" atau "Siri" dalam smartfon Android dan iPhone. Kedua-duanya adalah AI ringkas, hanya menjawab apa yang ditanya oleh pengguna. Apa saja soalan yang ditanya, akan diusahakan jawab dan excute oleh OK Google dan Siri. Sudah tentu suara OK Google dan Siri itu adalah suara robot, dan bukan manusia yang menjawab setiap pertanyaan kita. Lalu apakah kita dapat agak AI Script yang tertulis di belakang OK Google dan Siri tersebut? Itu contoh AI sehala.

12) Contoh AI yang lebih kompleks, yang menjadi anologi yang hampir kepada AI Lauh Mahfuz, adalah permainan Game komputer, contohnya Dota 2. Dalam permainan Dota 2, setiap Hero dikawal oleh pemain, kecekapan pemain dan kehendak pemain. Jadi, ia merujuk kepada "free-will" untuk Hero tersebut bertindak.

13) Kemudian, watak Hero tersebut akan mengumpul experience bagi menambah 'level' untuk menjadi lebih kuat. Script di belakang Dota 2 sudah pun tertulis dengan pelbagai 'takdir' yang bakal dihadapi oleh watak Hero tersebut. Watak yang lemah dan under level, boleh diubah takdir tersebut dengan berusaha 'farming dalam hutan'. Jika diteruskan tanpa 'farming', watak itu akan terus lemah dan mudah 'dikalahkan' oleh Hero lawan.

14) Bahkan script untuk pemain itu menang atau kalah, kedua-duanya telah ditulis oleh Valve dan Icefrog (programmer) yang membikin game Dota 2 tersebut. Script jika dibuat begitu dan begini, akan menang. Jika tidak dibuat begitu atau begini, akan kalah. Bermula dengan Hero level 1 dan berakhir pada level 30, pergerakan 'creep', repon 'tower', respon Roshan, masa siang malam, dan sebaginya - semua telah ada dalam script writing back-end Dota 2.

15) Dalam kehidupan kita di dunia ini, semua makhluk ada script takdir yang 'menggerakkanya'. Singa mempunya script khusus untuknya memburu haiwan lain untuk dimakan. Rusa mempunyai script khusus untuknya lari sebagai respon dikejar harimau. Umpama 'natural creep' dalam Dota 2 apabila diganggu oleh Hero yang dikawal pemain, ada script khusus untuk natural creep itu menyerang. Natural creep tak ada "free-will" untuk merayau merata-rata.

16) Dari sudut script alam, air ada script khusus untuk ia berubah daripada bentuk cecair kepada gas ataupun pepejal. Ia adalah scrpit yang tertulis dalam Lauh Mahfuz sebenarnya. Pergerakan molekul-molekul air yang bergetar akibat tenaga haba - juga ada scriptnya. Bahkan tenaga haba itu sendiri ada scriptnya. Maka ilmu sains itu sebenarnya hanyalah susunan takdir yang telah pun ditetapkan dalam Lauh Mahfuz. Saintis hanya manusia yang bermain dengan ungkapan "penemuan baru".

17) Script takdir juga tertulis akan sifat sifat sesuatu. Misalnya, sifat api -panas, gula-manis, garam-masin, cahaya - cerah, malam-gelap, dan sebagainya. Script ini tidak akan berubah, kecuali Allah menghendaki-Nya. Api yang membakar Nabi Ibrahim scriptnya diubah oleh Allah supaya menjadi sejuk untuk Nabi Ibrahim.

int sifatApi(panas) {
if(subject=Ibrahim);
panas.bakarSampaiRentung(false)
else{
panas.bakarSampaiRentung(true)
}
}

(Contoh anologi sahaja. Defenitely bukan begitu script di Lauh Mahfuz)

18) Semua makhluk ada 'script' nya, maka tidak terkecualilah manusia. Setiap manusia telah tertulis script khusus untuknya - script umur, rezeki, jodoh, syurga atau neraka. Beza script manusia dengan script makhluk lain adalah, script manusia diberikan satu perkara yang istimewa, iaitu "free-will". Free will inilah yang akan membuat pilihan ke atas script-script takdir yang banyak dan bercabang-cabang. Atas free-will inilah sebenarnya, kita akan dipersoal di akhirat kelak.

19) Persoalan, apa yang "free will"-nya kalau awal-awal lagi sudah ditetapkan akan ke syurga atau ke neraka? Ya, free-will adalah untuk kita memilih jalan ke syurga atau ke neraka. Yang ditetapkan kepada kita adalah jalan menuju ke sana. Seperti Dota 2, sejak awal permainan lagi, sudah ada script kita akan menang, siap dengan animasi meraikan kemenangan. Pada masa yang sama, script kita akan kalah juga telah siap ada dengan animasi kekalahan. What to do? Berusahalah cari jalan untuk menang.

20) Computer Programmer yang pakar dan AI Script Writer yang sangat expert, sangat mengetahui dan memahami script-script yang ditulisnya, walaupun beratus ribu code - mereka tetap ingat apa yang mereka tulis, apa yang mereka rencanakan. Hatta jika ada 'bugs' atau 'error' semasa game atau software digunakan, mereka boleh tahu di mana kemungkinan code itu rosak. Maka tidak pelik lah jika Allah Maha Mengetahui setiap apa yang ada dan yang berlaku dalam Alam Semesta, kerana Dia-lah yang empunya Script.

21) Maha Suci Allah yang mencipta 'Almighty Intelligence' script dengan perantaraan Qalam. Allah berfirman, “Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya Allah mengetahuinya apa saja yang ada dilangit dan dibumi. Bahwasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah kitab (Lauh Mahfuzh). Sesungguhya yang demikian itu amat mudah bagi Allah.”(Q.S.al-Hajj:70).

Sekian