Pakej Iklan

Tuesday, October 12, 2021

KRISIS UMNO-PPBM TIADA APA YANG PAS MAMPU BUAT DALAM MASA TERDEKAT

Oleh: Dr Tanaka Mustafa



1) UMNO dan PPBM adalah dua parti yang pernah berkuasa. Bahkan para pemimpin UMNO dan PPBM pernah ada dalam kabinet PM4, PM5, PM6, PM7, PM8 dan PM9 samada ketika masih UMNO atau sudah lompat masuk PPBM. 2) Jadi, kedua-dua pimpinan dan ahi UMNO dan PPBM sebenarnya telah lama memiliki keegoan kuasa. Tak ada kuasa, maka susah untuk survive walaupun duit banyak. Nak masuk pilihanraya tanpa ada kuasa, adalah sebuah kecacatan besar bagi kedua-duanya. 3) Maka atas asbab itu, PPBM mahu terus kekal memegang kuasa, dan UMNO berusaha keras untuk merebut kuasa. Dengan kuasa, aliran dana untuk PRU15 kelak akan lebih lancar. Kita tidak sembang pasal unsur rasuah atau penggubahan wang haram. Itu cherita lain. Kita sembang pasal bagaimana aliran dana yang halal dan sah yang akan membiayai jentera kempen PRU15.
4) Inilah yang UMNO dan PPBM sangat faham, dan mereka sanggup melanggar apa sahaja untuk mendapat kuasa. Scheme of thing PPBM adalah usaha untuk mengekalkan kuasa. G15 move daripada UMNO adalah untuk merampas kuasa daripada PPBM. Lihat bagaimana PPBM walaupun 'kecundang' dek movement G15 UMNO, namun masih cuba berpaut kuasa pada Majlis Pemulihan Negara.

5) Parti-parti lain bagaimana? Ya. DAP, PKR, AMANAH dan sebagainya juga memerlukan kuasa untuk absorb dana bagi mendepani PRU15 dengan lebih gah. Malangnya mereka gagal bertahan di tengah jalan. Tetapi kehilangan kuasa di peringkat pusat tidaklah menggoyahkan jentera mereka, kerana sudah puluhan tahun bergerak tanpa ada kuasa dalam setiap pilihanraya umum.

6) PAS pula tidak pernah masuk pilihanraya sebagai parti kerajaan. PAS juga sama seperti parti pembangkang lain, tidak mengapa jika tidak ada kuasa caretaker goverment pun untuk masuk pilihanraya, sebab sudah biasa. PAS tidaklah mabuk untuk merebut kuasa walaupun musuh politik berusaha bermain persepsi seolah PAS kemaruk kuasa - sanggup buat apa saja untuk kekal berkuasa. Jika ada seorang dua pemimpin PAS kemaruk dengan jawatan kerajaan pun, ia tidak menggambarkan PAS gila nak berkuasa.

7) Akan tetapi, ketidak-gilaan PAS untuk berkuasa - pada masa yang sama mahu menjadi orang tengah untuk mendamaikan dua pihak yang ego mahu mendominasi kuasa antara UMNO dan PPBM - akan menentukan halatuju PAS selepas ini.
8 ) Kekuatan ego mahu dominan antara UMNO dan PPBM adalah sama kuat. UMNO ego kuat dan memiliki support akar umbi yang kuat. PPBM pula ego kuat, tetapi tanpa akar umbi yang kuat. PAS tidak akan mampu menundukkan ego kedua-duanya, dan semestinya PAS akan terpaksa memilih side pada akhirnya. Bahkan tindakan PAS memilih untuk menyertai PN dilihat oleh UMNO sebagai telah memilih side PPBM.

9) Bermakna, ego besar UMNO untuk dominan akan merekrut segala akar umbi UMNO untuk bekerja dan masuk PRU15 dengan nama BN dan nama kerajaan BN. Manakala ego besar PPBM untuk dominan pasti akan terpaksa manipulasi sokongan PAS untuk support ego mereka bertanding melawan UMNO/BN.

10) Muafakat Nasional mungkin hanya akan laku di Selangor dan beberapa lokasi di Perak. Di kebanyakan negeri lain, pasti akan ada pertembungan antara PAS dan UMNO tiga penjuru dengan wakil PH. Kemungkinan untuk dilihat pertembungan yang obvious, PAS akan guna lambang PN untuk bertiga-penjuru dengan UMNO/BN dan PH. Manakala kerusi yang tiada pertembungan dengan UMNO, lambang bulan akan berkibar. Mungkin PRN Melaka akan memberikan suatu pengajaran yang lebih baik kepada UMNO, PAS dan PPBM.

Sekian

Monday, October 4, 2021

MENYOKONG PROJEK PULAU BUATAN DI PULAU PINANG

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Uploading: 1437494 of 1437494 bytes uploaded.

1) Rancangan untuk membina pulau buatan (PSR) di Pulau Pinang secara umumnya terhalang oleh dua faktor utama, iaitu faktor Alam Sekitar, dan faktor punca pendapatan nelayan. Jika dua faktor ini berjaya diselesaikan, projek mega tersebut boleh diteruskan.
2) Faktor alam sekitar termasuklah faktor kesan penambakan laut dan segala proses untuk membina pulau buatan tersebut. Ia pasti mengganggu ekosistem hidupan laut di kawasan berdekatan, malahan kawasan daratan juga akan mendepani masalah alam sekitar.
3) Tetapi, kesan ke atas alam sekitar ini adalah perkara kebiasaan yang berlaku kepada mana-mana projek besar. Pasti akan ada sesuatu yang berharga untuk dikorbankan - untuk mendapatkan hasil akhir yang menguntungkan. Ia adalah cara kapitalis berfikir, dan tidak semestinya cara berfikir kapitalis itu totally salah.
4) Alam sekitar mungkin terganggu dan terdedah kepada bahaya. Tetapi setelah projek siap sepenuhnya, alam sekitar yang terjejas boleh diusahakan untuk pulih semula dengan bantuan teknologi semasa. Jika pemaju atau kerajaan negeri tetap mahukan projek ini berjalan, mesti ada satu perjanjian bahawa selepas projek tersebut siap, alam sekitar yang terjejas akan dipulihkan dalam tempoh satu atau dua tahun. Jika gagal, pulau-pulau buatan tersebut akan menjadi milik Kedah (contoh). Bermakna, kerajaan negeri kena allocates dana untuk pemulihan ekosistem laut dan darat yang terjejas.
5) Kemudian, masalah kedua adalah punca pendapatan nelayan. Kawasan perairan tersebut adalah lubuk masyarakat nelayan mencai rezeki. Kapitalis tidak peduli semua ini. Kapitalis akan suruh nelayan cari kerja lain, atau pergi pindah cari kawasan perairan lain untuk cari rezeki. Ini kapitalis jahat.
6) Tetapi kapitalis boleh menjadi kapitalis yang baik dengan cara menyelesaikan masalah punca rezeki nelayan. Kapitalis atau kerajaan negeri perlu allocates dana yang besar untuk buka peluang-peluang ekonomi baharu kepada masyarakat nelayan di kawasan tersebut. Beri mereka kursus, latihan dan dana untuk mereka menjana pendapatan yang lebih baik daripada menangkap ikan. Dengan cara itu, nelayan tidak akan menentang projek PSR tersebut.
7) Jika kedua-dua faktor utama ini diselesaikan, projek PSR ini hanya akan ditentang oleh orang politik yang mencari populariti sahaja. Sedangkan alam sekitar sudah mendapat jaminan kerajaan negeri untuk dipulihkan kelak berdasarkan perjanjian atau cagaran tertentu, dan masyarakat nelayan pun boleh terima pembukaan peluang-peluang ekonomi baharu yang di bawa oleh kerajaan negeri. Syaratnya, allocation untuk pemulihan alam sekitar dan masyarakat nelayan perlu at least 1/3 daripada kos keseluruhan projek PSR.
Sekian