Pakej Iklan

Tuesday, October 12, 2021

KRISIS UMNO-PPBM TIADA APA YANG PAS MAMPU BUAT DALAM MASA TERDEKAT

Oleh: Dr Tanaka Mustafa



1) UMNO dan PPBM adalah dua parti yang pernah berkuasa. Bahkan para pemimpin UMNO dan PPBM pernah ada dalam kabinet PM4, PM5, PM6, PM7, PM8 dan PM9 samada ketika masih UMNO atau sudah lompat masuk PPBM. 2) Jadi, kedua-dua pimpinan dan ahi UMNO dan PPBM sebenarnya telah lama memiliki keegoan kuasa. Tak ada kuasa, maka susah untuk survive walaupun duit banyak. Nak masuk pilihanraya tanpa ada kuasa, adalah sebuah kecacatan besar bagi kedua-duanya. 3) Maka atas asbab itu, PPBM mahu terus kekal memegang kuasa, dan UMNO berusaha keras untuk merebut kuasa. Dengan kuasa, aliran dana untuk PRU15 kelak akan lebih lancar. Kita tidak sembang pasal unsur rasuah atau penggubahan wang haram. Itu cherita lain. Kita sembang pasal bagaimana aliran dana yang halal dan sah yang akan membiayai jentera kempen PRU15.
4) Inilah yang UMNO dan PPBM sangat faham, dan mereka sanggup melanggar apa sahaja untuk mendapat kuasa. Scheme of thing PPBM adalah usaha untuk mengekalkan kuasa. G15 move daripada UMNO adalah untuk merampas kuasa daripada PPBM. Lihat bagaimana PPBM walaupun 'kecundang' dek movement G15 UMNO, namun masih cuba berpaut kuasa pada Majlis Pemulihan Negara.

5) Parti-parti lain bagaimana? Ya. DAP, PKR, AMANAH dan sebagainya juga memerlukan kuasa untuk absorb dana bagi mendepani PRU15 dengan lebih gah. Malangnya mereka gagal bertahan di tengah jalan. Tetapi kehilangan kuasa di peringkat pusat tidaklah menggoyahkan jentera mereka, kerana sudah puluhan tahun bergerak tanpa ada kuasa dalam setiap pilihanraya umum.

6) PAS pula tidak pernah masuk pilihanraya sebagai parti kerajaan. PAS juga sama seperti parti pembangkang lain, tidak mengapa jika tidak ada kuasa caretaker goverment pun untuk masuk pilihanraya, sebab sudah biasa. PAS tidaklah mabuk untuk merebut kuasa walaupun musuh politik berusaha bermain persepsi seolah PAS kemaruk kuasa - sanggup buat apa saja untuk kekal berkuasa. Jika ada seorang dua pemimpin PAS kemaruk dengan jawatan kerajaan pun, ia tidak menggambarkan PAS gila nak berkuasa.

7) Akan tetapi, ketidak-gilaan PAS untuk berkuasa - pada masa yang sama mahu menjadi orang tengah untuk mendamaikan dua pihak yang ego mahu mendominasi kuasa antara UMNO dan PPBM - akan menentukan halatuju PAS selepas ini.
8 ) Kekuatan ego mahu dominan antara UMNO dan PPBM adalah sama kuat. UMNO ego kuat dan memiliki support akar umbi yang kuat. PPBM pula ego kuat, tetapi tanpa akar umbi yang kuat. PAS tidak akan mampu menundukkan ego kedua-duanya, dan semestinya PAS akan terpaksa memilih side pada akhirnya. Bahkan tindakan PAS memilih untuk menyertai PN dilihat oleh UMNO sebagai telah memilih side PPBM.

9) Bermakna, ego besar UMNO untuk dominan akan merekrut segala akar umbi UMNO untuk bekerja dan masuk PRU15 dengan nama BN dan nama kerajaan BN. Manakala ego besar PPBM untuk dominan pasti akan terpaksa manipulasi sokongan PAS untuk support ego mereka bertanding melawan UMNO/BN.

10) Muafakat Nasional mungkin hanya akan laku di Selangor dan beberapa lokasi di Perak. Di kebanyakan negeri lain, pasti akan ada pertembungan antara PAS dan UMNO tiga penjuru dengan wakil PH. Kemungkinan untuk dilihat pertembungan yang obvious, PAS akan guna lambang PN untuk bertiga-penjuru dengan UMNO/BN dan PH. Manakala kerusi yang tiada pertembungan dengan UMNO, lambang bulan akan berkibar. Mungkin PRN Melaka akan memberikan suatu pengajaran yang lebih baik kepada UMNO, PAS dan PPBM.

Sekian

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: Pihak Dr Tanaka Mustafa tidak bertanggungjawab atas komen-komen. Sila pastikan anda memberi komen yang baik dan tidak melanggar undang-undang negara dan tidak mencetuskan sentimen kaum dan agama.