Pakej Iklan

Wednesday, August 28, 2019

AMATUR VS PROFESSIONAL



Oleh: Dr Tanaka Mustafa



1) Gabungan atau kerjasama PAS dan UMNO adalah strategi. Membentuk kerjasama dengan Gagasan Sejahtera, MCA, dan MIC juga adalah taktikal. Bermain isu juga adalah taktikal. Bab taktikal rasanya para strategist setiap parti ada idea-idea yang unik dan bernas. Tapi adakah strategi sahaja boleh berjaya?

2) Sedangkan pihak lain sedang menggerakkan logistik. Menggandakan sumber manusia untuk mengundi. Daftar undi secara besar-besaran adalah salah satu cara menggandakan undian. Memindahkan alamat pengundi ke satu-satu kawasan target juga adalah bab logistik.

3) Paling fishy, bab kemasukan warga China berpuluh ribu dalam satu-satu masa. Masuk tapi tak balik ke negara asal. Mungkin sudah dapat MyKad biru? Sudah tersedia penempatan untuk mereka? Papan-papan tanda sudah ditambah dengan tulisan Cina? Ini juga adalah bab logistik.

4) Seperti yang saya sebut dalam posting lepas, amatur bincang bab strategi dan taktikal. Professional tumpu bab logistik. Sekarang siapa amatur, siapa professional? Mohon para strategist parti-parti politik tidak syok sendiri dengan berstrategi semata-mata. Mengharapkan kemenangan dengan taktikal bermain isu berkemungkinan besar kalah teruk apabila berdepan dengan lawan yang ada logistik besar.

5) Bab yang fishy, kita harapkan ada tindakan daripada pihak berkuasa, bahkan jika ada risikan tentera, sila bertindak. Bab ini agak serius kerana melibatkan kedaulatan negara. Nak PRU15 ada 4 tahun lagi. Dalam masa 4 tahun, berapa ratus ribu orang lagi boleh masuk?

6) “You will not find it difficult to prove that battles, campaigns, and even wars have been won or lost primarily because of logistics.” – General Dwight D. Eisenhower. Kamu tidak akan susah nak buktikan bahawa punca utama menang atau kalah dalam peperangan adalah logistik.

Sekian

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: Pihak Dr Tanaka Mustafa tidak bertanggungjawab atas komen-komen. Sila pastikan anda memberi komen yang baik dan tidak melanggar undang-undang negara dan tidak mencetuskan sentimen kaum dan agama.