Pakej Iklan

Sunday, February 2, 2020

PAS PERLU GERAKKAN KEFAHAMAN PELABURAN SAHAM

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Pelaburan dalam saham di Bursa Malaysia masih lagi asing dalam masyarakat Melayu/Muslim terutama orang-orang kampung dan pekerja bidang non-professional. Bahkah mereka yang terlibat dalam bidang profesional pun masih majoritinya tidak tahu menahu tentang pelaburan saham.

2) Bagi memperbanyakkan pegangan equiti bumiputera dalam saham-saham Bursa Malaysia, pihak Bursa Malaysia mempergiatkan kempen dan seminar yang dianjur bersama dengan syarikat-syarikat broker saham serta pembimbing dan mentor yang berpengalaman.

3) Saya berpendapat, seminar-seminar yang dianjurkan oleh ramai mentor saham terkemuka dalam negara kita adalah amat baik untuk memberikan kefahaman dan kesedaran mengenai perlunya umat upgrade diri dan keluarga kepada ilmu pelaburan saham. Bahkan saya berpendapat, untuk mendapat effect yang lebih luas, ia perlu kepada endorsement parti politik.

4) Parti politik yang saya pernah terjumpa penganjuran ilmu pelaburan saham ini adalah daripada parti UMNO (bahagian), yang mengenakan bayaran kurang lebih RM60 untuk satu sentry seminar dari pagi hingga petang. Manakala pengajuran seminar oleh individu atau akademi ada yang mengenakan RM10, dan ada yang percuma. Tujuannya adalah untuk umat membuka minda mengenai pelaburan saham sebelum membuka langkah seterusnya.

5) Walaupun begitu, bahagian UMNO yang menganjur seinar tersebut tidaklah diketahui hasilnya dan objektif utama penganjuran. Tetapi saya nampak jika PAS membuat langkah memperkenalkan pelaburan saham kepada ahli dan penyokong, ia lebih efektif.

6) Kenapa PAS? Sebab PAS ada sistem usrah, tamrin, liqa', mukhayyam, jaulah dan sebagainya - semua ini boleh menjadi tools kepada pencerahan tentang ilmu pelaburan saham. Parti-parti lain saya kurang nampak. UMNO tak ada sistem penyampaian yang efektif lebih-lebih lagi sejak tidaklagi jadi kerajaan. PKR, AMANAH, dan PPBM masih sibuk dengan pergolakan dalaman yang semakin rancak dengan plot-plot yang bertambah menarik. Mana ada masa nak fikir hal ekonomi rakyat. Lagipun takkan nak ajar benda boleh bagi kantoi kelemahan diri.

7) Ilmu pelaburan saham saya kira adalah umpama memberi pukat kepada rakyat, bukan menyajikan ikan. Pukat yang sangat berguna untuk rakyat menjala keuntungan dari pasaran Bursa Malaysia. PAS perlu menjadi pioneer parti politik dalam penyebaran ilmu labur saham.

8 ) Apabila rakyat terutama ahli PAS yang sejuta lebih itu faham mengenai saham, index KLCI, sektor-sektor, catalyst, teknikal analysis, fundamental analysis, ROI, dan segala macam benda lagi dalam pelaburan saham, maka ahli-ahli PAS akan menjadi rakyat Malaysia yang paling cakna mengenai jatuh bangun ekonomi negara. Mudah nampak kerja buat kerajaan yang mana betul, yang mana kelentong.

9) Pihak PAS boleh anjur seminar dan kelas-kelas advance saham secara berkala, dan ada support team seperti mana team-team mentor saham yang sedia ada. Mulakan di peringkat negeri dan kawasan terlebih dahulu. Apabila sudah rancak dan stabil, perkenalkan di peringkat cawangan, Pemuda, Muslimat, ARC, Unit Amal dan sebagainya mengikut kesesuaian. Malahan Jemaah kampus juga boleh cuba. Paling kurang, at least... setiap ahli PAS sudah ada satu akaun CDS. Collaborate dengan bank-bank broker atau syarikat broker.

10) InsyaAllah, PAS akan jadi parti yang memiliki ahli-ahli yang celik ekonomi. Bersesuaian pula dengan salah satu manifesto PAS yang mahu gantikan GST dan SST kepada cukai keuntungan saham (CKS) mereka dicukaikan kelak, bukankah ahli PAS menjadi tax payer yang besar untuk pembangunan ekonomi negara? Bukankah juga dakwah itu mudah tersebar dengan dua cara, iaitu pendidikan, dan ekonomi? Mungkin idea ini sebagai input tambahan untuk pimpinan PAS, terutama Lujnah Ekonomi atau Pengkaderan atau Pendidikan atau buat Lujnah baru, Lujnah Pelaburan Saham.

Sekian


No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: Pihak Dr Tanaka Mustafa tidak bertanggungjawab atas komen-komen. Sila pastikan anda memberi komen yang baik dan tidak melanggar undang-undang negara dan tidak mencetuskan sentimen kaum dan agama.