Pakej Iklan

Friday, January 10, 2020

RAKAMAN SUARA: PERCATURAN PH ATAU PERCATURAN MAHAFIRAUN?


Oleh: Dr Tanaka Mustafa



1) Isu 1MDB macam lambat lagi DS Najib akan didapati bersalah. Isu SRC pun macam duk pusing sana sini tak jumpa kena kilas dengan peguam bela. Bikin recycle isu Altantuya, kantoi tak reti jawab siapa tulis SD Azilah.
2) Dapat idea baru, rakaman suara perbualan suami isteri kononnya suara DS Najib dan DS Rosmah. Bagi saya, suara dalam rakaman itu 99% adalah suara DS Najib dan DS Rosmah.
3) Gaya dan nada cool menjawab 'asakan' soalan sang isteri yang garang itu, saya yakin itu gaya DS Najib. 1% lagi saya reserve kepada kemungkinan silap mata yang dibuat oleh musuh politik beliau.
4) Soal suara siapa, tulen atau tidak rakaman itu semua tidaklah perlu diulas. Yang kita kena baca adalah step-step untuk 'membunuh' karier politik DS Najib dibuat dengan terancang. Gagal plan A, proceed plan B. Gagal plan V proceed plan C. Objektifnya adalah mahu DS Najib ke penjara dengan seberapa segera.
5) Saya tidak membela DS Najib atau nak kata DS Najib tak bersalah. Tak minat langsung untuk membela. Biarlah pihak berkuasa buat kerja. Nak pakai rakaman ke apa ke itu hangpa punya pasal. Kita nak sembang bab spekulasi, kenapa mahu DS Najib didapati bersalah seberapa segera?
6) Satunya kerana kebebasan DS Najib membahayakan politik Pakatan Harapan. DS Najib bersikap melawan kerajaan PH dengan fakta dan cara yang halus membuatkan rakyat terfikir. Memang itu cara yang tuntas untuk counter attack senjata persepsi politik Pakatan Harapan. Jadi, DS Najib mesti dipenjarakan sebelum PRU15.
7) Keduanya, ia adalah usaha terdesak Mahafiraun untuk memenjarakan DS Najib. Mahafiraun lebih terdesak untuk melihat DS Najib dipenjarakan berbanding keterdasakan Pakatan Harapan. Kalau PH terdesak kerana masa PRU15 tinggal tiga tahun lebih sahaja lagi, Mahafiraun terdesak dengan tarikh Mei 2020. Ya, peralihan kuasa!
8 ) Apa kaitan terdesak dengan peralihan kuasa dengan memenjarakan DS Najib? Tidak sukar untuk membaca. Apabila DS Najib merengkok dalam penjara, UMNO akan mengalami kelompangan kuasa (power vacuum). UMNO akan hilang leader yang popular dan bagus.
9) Kelompangan kuasa akan membuka peluang Mahafiraun menjayakan projek 'menggabungkan' UMNO dan Bersatu. Tidak susah pun untuk UMNO dan Bersatu bergabung. Trigger utama adalah DAP sebagai punching bag. Sure penyatuan semula dengan lelehan air mata, memohon maaf berpeluk-peluk akan berlaku.
10) Jadi DS Najib mesti dipenjarakan. DS Zahid Hamidi bukan masalah besar kepada Mahafiraun. Jentik sahaja setel. DS Zahid Hamidi memerlukan dahan untuk bergayut kerana kes-kes mahkamahnya yang lebih banyak berbanding DS Najib. Lihatlah setiap kali ceramah Muafakat Nasional atau ceramah UMNO sekalipun, beliau tidak menyerang PH dari sudut ekonomi, kepincangan tadbir urus dan seumpamanya. Beliau lebih kepada isu kesatuan Melayu, Melayu, Melayu.
11) Mahafiraun sudah menyusun buah catur dengan lengkap dan menanti masa untuk bertindak. Halangan utama hanyalah DS Najib. DS Najib mesti dibuang daripada papan catur. Tanpa UMNO, Bersatu tidak akan dapat survive setelah peralihan kuasa. Bersatu tidak survive, MB Kedah juga tidak akan survive. UMNO adalah talian hayat Mahafiraun.
12) DS Najib akan ada satu dua pertuduhan yang mungkin didapati bersalah. Tetapi tak tahu bila. Sebab itu timbul isu Altantuya, untuk segera di penjarakan. Gagal. Datang pula isu rakaman yang didedahkan oleh Ketua SPRM.
13) Jadi, para penyokong DS Anwar, jangan terlalu seronok dengan rakaman suara suami isteri itu. Memang seronok kalau 'penyamun' dipenjarakan. Tapi Mahafiraun akan membuatkan kita terpaksa buat Reformasi sekali agi selepas lebih 20 tahun. Malas dah weiyyh!
Sekian
DISCLAIMER: Tulisan di atas bersifat spekulasi semata-mata.

1 comment:

  1. slps lebih setahun, spekulasi ini ternyata tersasar la kan .... Bersatu seperti tak mungkin bercantum semula dgn UMNO, bahkan mungkin UMNO kawin kontrak dgn PKR .

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Pihak Dr Tanaka Mustafa tidak bertanggungjawab atas komen-komen. Sila pastikan anda memberi komen yang baik dan tidak melanggar undang-undang negara dan tidak mencetuskan sentimen kaum dan agama.