Pakej Iklan

Sunday, January 5, 2020

KENALI MUSUH DAN KAWAN DALAM POLITIK

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Geng ultra-liberal (saya main letak saja label ni, generalize) dalam negara kita ni semakin kuat dari hari ke hari. Golongan ini paling anti sangat dengan Islamisasi. Tak kiralah mereka itu Muslim atau pun non-Muslim, mereka memang bengkak hati terhadap Islam dan simbol serta syiar Islam. Apatah lagi jika syariat Islam dilaksana, bernanah lah hati.
2) Mereka dahulunya menyokong kuat kerajaan semasa BN memerintah. Sebab pembangkang yang kuat dahulunya adalah PAS, yang mereka anggap membawa Islamisasi yang menggugat agenda ultra liberal. Mereka memperalat kuasa yang ada pada kerajaan untuk survive dalam NGO-NGO seperti Sister in Islam, Majlis peguamm dan sebagainya.
3) Apabila kerajaan BN dilihat semakin lemah untuk mengekang kemaraan PAS dan Islamisasi yang berpihak kepada Pakatan Rakyat, mereka mencari peluang dalam Pakatan Rakyat pula. Mereka umpama virus yang menjangkiti. Akibatnya, Pakatan Rakyat terpecah lebur kerana PAS memiliki antibody yang kuat ke atas agenda ultra-liberal.
4) Geng ultra-liberal mengukuhkan kedudukan dalam Pakatan Harapan, lebih-lebih lagi apabila melihat PAS mula mendampingi kerajaan konservatif UMNO/BN. Mereka pergunakan segala kepala otak liebral yang ada dalam Pakatan Harapan untuk menumpaskan BN dan PAS. Mereka mesti tewaskan PAS kerana Islamisasi. Mereka mesti tewaskan UMNO kerana sifat konservatism UMNO bangkit semula.
5) Hasilnya mereka menang menumbangkan BN, tetapi gagal menewaskan PAS di Kelantan. Bahkan PAS melebarkan penguasaan di Terengganu dan Kedah. Mereka berpuas hati kerana langkah pertama mereka berjaya. Mereka berpuas hati kerana Pakatan Harapan yang mereka rasa boleh diharapkan untuk meneruskan agenda mereka berjaya.
6) Mereka memperalatkan kepala otak neo-liberal Tun Mahathir untuk menyusun figure-figure penting mereka dalam pentadbiran kerajaan. Mereka bukan parti politik, jadi mereka tak mampu untuk melobi jadi menteri. Mereka mencengkam kerusi Peguam Negara sebagai langkah untuk mengukuh kedudukan.
7) Namun mereka mulai kecewa dengan Tun Mahathir yang tidak memihak kepada mereka untuk mengusir Dr Zakir Naik, isu tulisan Jawi dan seumpamanya. Mereka mulai mengecam Tun Mahathir, dan mengambil posisi menyebelahi kem pro-DS Anwar. Selain geng pro-reformasi 1998, geng ultra-liberal juga giat mahukan peralihan kuasa kepada PM8. Tetapi Tun Mahathir bukan calang-calang orang yang mudah ditundukkan. DS Anwar sendiri sangat berhati-hati.
8 ) Dr Maszlee adalah mangsa geng ultra-liberal yang terang dan jelas kita dapat lihat. Walaupun Dr Maszlee dianggap berfikrah liberal oleh golongan Islamist, tetapi bagi geng ultra-liberal, Dr Maszlee adalah Islamist yang licik. Sejak perlantikan beliau sebagai Menteri Pendidikan, geng ultra-liberal sudah membantah. Isu tulisan Jawi adalah menjadi isu untuk serang sampai tumbang. Kenapa 'liberal' Dr Maszlee tidak diiktiraf oleh ultra-liberal? Karena jiwa beliau masih Muslim yang ada agenda untuk ummah.
9) Seterusnya, kita cuba lihat kepada figure idola kita yang terhebat, yakni DS Anwar Ibrahim. Saya fikir wataknya hampir sama dengan Dr Maszlee dari sudut fikrahnya. Bahkan ke'liberal'an nya mungkin 10 kali ganda Dr Maszlee. Geng ultra-liberal tahu kekuatan dan kelemahan DS Anwar. Mereka mahu pergunakannya untuk agenda mereka seterusnya apabila menjad PM8 kelak. Jadi kerja mereka sekarang adalah bantu menekan Tun Mahathir berundur.
10) Apakah DS Anwar akan menjadi puppet mereka kelak? Tidak. DS Anwar juga bersifat seperti Tun Mahathir, bahkan lebih licik. Dengan jiwa separuh Islamis separuh 'liberal', one day tindakannya juga pasti akan membuatkan geng ultra-liberal tak puas hati terhadap beliau. Hari ini pun mereka sudah berhati-hati dengan DS Anwar dengan slogan "semua jenis Islamis tak boleh dipercayai". Mereka akan hanya perguna DS Anwar untuk undurkan Tun Mahathir. Selagi DS Anwar belum tunjuk belang Islamisasi, mereka akan bergayut padanya.
11) Sebagai pemimpin hebat dan paling power, DS Anwar pun tahu kewujudan golongan ultra-liberal ini yang kelak one day akan turn against him. Tetapi geng ultra-liberal ini masih boleh dipergunakan untuk usaha perlaihan kuasa. Aaah.. saling perguna rupanya. Akan tiba masanya kekal, team DS Anwar akan berdepan dengan serangan ultra-liberal yang sudah menjangkiti rakan-rakannya yang lain dalam PH.
12) Apabila waktu itu tiba waktu itu, mungkin PAS dan UMNO akan bangkit mempertahankan DS Anwar, atas alasan mudarat yang lebih kecil berbanding geng-liberal yang mudaratnya lebih besar ke atas Islamisasi dan nasionalisme. Corak politik negara akan berubah sekali lagi, tanpa sesiapa pun dapat predict. Orang akan ulang ayat yang sama, tiada rakan yang kekal dalam politik, tiada musuh yang selamanya musuh dalam politik.
Sekian
p/s: Bacalah dengan memakai kacamata, bukan dengan pembaris ataupun protaktor

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: Pihak Dr Tanaka Mustafa tidak bertanggungjawab atas komen-komen. Sila pastikan anda memberi komen yang baik dan tidak melanggar undang-undang negara dan tidak mencetuskan sentimen kaum dan agama.