Pakej Iklan

Monday, January 20, 2020

MALAYSIA: TERLEPAS MULUT HARIMAU MASUK MULUT BUAYA

Oleh: Dr Tanaka Mustafa



1) Bukan sahaja rakyat Malaysia, malahan dunia mulai melihat bagaimana Indonesia mulai bangkit dengan momentum yang kuat dari sudut politik dan ekonomi rantau Asia Tenggara. Manakala negara jirannya yakni Malaysia, semakin pelik dam merosot corak pentadbiran politik dan ekonominya.

2) Ekonomi rantau Asia Tenggara sebenarnya dikuasai oleh dua negeri kechil, yakni Singapura dan Brunei. Persaingan Singapura dan Brunei menguasai ekonomi Asia Tenggara sangat jauh meninggalkan negara-negara Asia Tenggara yang lain. Brunei dan Singapura bergilir-gilir tempat pertama dan kedua saban tahun sejak Singapura berjaya memintas Brunei yang selama ini kaya bersendirian.

3) Tempat ketiga adalah negara kita Malaysia, namun sangat jauh ketinggalan berbanding Singapura dan Brunei. Malaysia berlumba tempat ketiga dan keempat dengan Thailand. Manakala Indonesia juga jauh ketinggalan berbanding Malaysia dan Thailand, sebaris dengan Vietnam, Kemboja, Laos, dan Filipina.

4) Jika diikutkan, Indonesia adalah negara yang mempunyai potensi menguasai ekonomi Asia Tenggara lebih besar daripada Brunei dan Singapura, kerana memiliki sumber manusia, sumber alam, sumber tanah, dan sebagainya yang berpuluh kali ganda lebih besar daripada mana-mana negara Asia Tenggara. Disebabkan Indonesia diselubungi kemandoman politik perebutan kuasa, salahguna kuasa, korupsi dan sebagainya, Indonesia malap.

5) Dengan perubahan corak politik baru yang dibuat Presiden Jokowi - telah berjaya menyatukan rakyat Indonesia yang terdiri daripada pelbagai fahaman politik -  dengan mendirikan kerajaan perpaduan dengan pemimpin pembangkang, serta membentuk kerajaan teknokrat, yakni melantik menteri-menteri yang sesuai dengan kelayakan dan profesion yang betul. Apabila halangan 'perbalahan politik' berjaya dikesampingkan, baharulah idea-idea pembaharuan ekonomi dapat dilaksanakan.

6) Bagaimana kau nak bina prasarana untuk kebangkitan ekonomi jika pembangkang dan rakyat mencemuh idea kau walaupun kau bijak dan bagus, dek hanya kerana sentimen kebencian politik masih tersemai? Buatlah apa saja strategi, pasti akan kena kondem dan troll sampai lingkup. Inilah yang menghantui Indonesia sekian lama. Kalau di Malaysia kita hanya ada beberapa parti, tetapi Indonesia mempunyai puluhan parti-parti yang tidak kecil dan semuanya dahsyat-dahsyat juga.


6) Presiden Jokowi melantik anak-anak muda milenia menjadi penasihat Presiden, bukan penasihat-penashat tua seperti negara jirannya, melantik menteri pendidikan yang muda, inovatif, kreatif dan professional, melantik Prabowo (lawan politiknya) sebagai menteri pertahanan, dan banyak lagi. Walaupun Jokowi menerima tekanan dalam daripada pihak partainya sendiri (kerana melantik Probowo), Jokowi mahu membawa rakyatnya move on daripada perbalahan politik yang tidak menguntungkan.

7) Semua percaturan Jokowi ini adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jokowi tahu, perbalahan politik tidak akan berakhir sampai bila-bila jika beliau meneruskan cara lama - yakni melantik menteri-menteri dari kalangan partinya dan parti sekutunya yang menang sahaja. Pembangkang akan terus membuat tuduhan dan tekanan terhadap kerajaan atas isu-isu yang menggugat idea memajukan Indonesia. Dan Indonesia tidak akan move on jika hanya orang politik yang memenangi pilihanraya sahaja dilantik menjadi menteri. Kerana menteri orang politik lebih berminat memalkukan sesuatu untuk survival politiknya.

8 ) Langkah move on Jokowi dilihat mendatangkan hasil. Sebagai permulaan, langkah UAE dan Softbank masuk melabur untuk ibu negara baru Indonesia di Kalimantan dilihat bakal memangkin dan menarik lebih banyak pelabur gergasi dunia yang lain akan masuk. Pelabur akan selesa melabur dalam negara yang politiknya stabil dan pentadbirannya teknokrat serta professional. Bukan jadi menteri tapi tak ada pengalaman dan baru nak belajar.

9) Sebenarnya Malaysia sudah ada idea sehebat Jokowi sejak 10 tahun lebih dahulu, yakni kerajaan perpaduan. Kemudian ditambah baik lagi dengan idea kerajaan teknokrat yang diusahakan oleh PAS. Usaha serius PAS boleh dilihat dalam tawaran mereka semasa PRU14. Semua calon PAS adalah pakar dan professional dalam bidang masing-masing. PAS menawarkan paling ramai calon berkelulusan PhD, Doktor Perubatan, Professional Engineer, Agamawan, Pengamal undang-undang, ahli ekonomi dan sebagainya. Kelulusan calon-calon PAS adalah yang terbaik berbanding mana-mana parti yang bertanding.

10) Namun tawaran PAS, tidak dipandang oleh rakyat yang terpersona dengan tawaran PH. Rakyat lebih memilih pemimpin populis samada daripada BN atau PH, tanpa melihat apakah keutamaan untuk masa depan pertadbiran negara. Rakyat lebih terpengaruh dengan isu-isu bombastik, populis, serta kepartian, malahan lebih kepada terpengaruh untuk menaikkan satu-satu figure ke puncak kuasa.

11) Ibarat terlepas daripada mulut harimau, kini masuk ke mulut buaya. Itulah ibarat yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. Walaupun ada cara lain untuk selamat dan steady, rakyat memilih keindahan mulut buaya untuk lari daripada taring harimau. Kita terlepas peluang untuk mendapat pemimpin negara yang professional, berkelulusan, ahli teknokrat hanya kerana terpengaruh dengan propaganda "calon-calon PAS semuanya hanyalah lebai" dan "penunggang agama". Lalu rakyat hanya dimomokkan dengan hanya dua pilihan: Harapan Baru vs Kleptokrat.

12) Sekarang semuanya sudah terlambat. Kita tidak akan lagi dihidangkan dengan pilihan ketiga yang bagus seperti dalam PRU14 lalu, kerana selepas ini, kemungkinan besar kita hanya akan hadapi pertandingan dua penjuru semula. PAS yang pernah memberi tawaran hebat pada PRU14 sebagai pilihan ketiga, next PRU terpaksa bergandingan dengan harimau BN untuk menewaskan buaya PH, atas nama Muafakat Nasional.

Sekian




1 comment:

  1. waah .... hakikatnya sehingga kini msh sukar menjangkakan apakah bentuk pertembungan yg mungkin ada pd pru15, masih wujudkan PH dan PN ?.... masih wujudkan MN ? persefahaman plg stabil setakat ni ialah Pas dan Bersatu. Yg lain2 semuanya msh samar dn msh mencongak untung rugi dlm percaturan utk mengangkat parti masing2.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Pihak Dr Tanaka Mustafa tidak bertanggungjawab atas komen-komen. Sila pastikan anda memberi komen yang baik dan tidak melanggar undang-undang negara dan tidak mencetuskan sentimen kaum dan agama.