Pakej Iklan

Wednesday, January 1, 2020

PENGECUALIAN VISA KEPADA WARGA CHINA

1) Orang bimbang pengecualian Visa bakal gugat keselamatan negara bukanlah bermaksud imigresen akan jadi lemah disebabkan pengecualian Visa tu. Orang bimbang, dengan pengecualian Visa - lagi banyak warga China masuk dan tak mahu keluar. Dulu ada Visa pun depa masuk tak mau keluar. Ini bukan masalah imigresen cekap atau tidak.
2) Keselamatan negara itu maksudnya, apa yang akan terjadi kepada kedaulatan negara apabila beratus ribu warga China masuk samada dengan Visa atau tidak, tidak mahu keluar dari negara, mereka tiada rekod keluar. Ditambah pula dengan kebimbangan berlakunya pemberian MyKad kepada warga asing ini membolehkan mereka mendapat akses sebagai rakyat Malaysia dengan mudah.
3) Tak bolehlah apabila orang kata "kerajaan kena batalkan pengecualian Visa demi keselamatan negara", kita pergi jawab "Imigresen akan tapis seperti biasa walaupun Visa dikecualikan, keselamatan tetap diutamakan". Fahami konteks kebimbangan rakyat, bukan jawab ikut rasa best kita nak jawab.
(Dr Tanaka Mustafa)
01/01/2020

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: Pihak Dr Tanaka Mustafa tidak bertanggungjawab atas komen-komen. Sila pastikan anda memberi komen yang baik dan tidak melanggar undang-undang negara dan tidak mencetuskan sentimen kaum dan agama.