Pakej Iklan

Sunday, January 12, 2020

INDUSTRI SAWIT PERLU REVOLUSI PANTAS

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Harga besi mentah pada bulan ini adalah RM0.38 sekilogram. Manakala harga perak cecah RM2347.39 sekilogram. Andai kita eksport 10kg besi ke Jepun, kita akan eksport dengan harga lebih kurang RM400.00. Kemudian apabila kita beli semula besi tersebut, Jepun tentu jual balik kepada kita besi yang ditambah nilai dengan harga RM5,000 dalam bentuk bongkah enjin, kereta, spare part etc.
2) Jepun tiada bahan bentah. Tetapi mereka berupaya menukarkan bahan mentah menjadi produk atau produk separa untuk eksport mereka. Sama seperti Singapore yang membeli air mentah daripada kita. Kemudian menjual balik air yang ditambah nilai kepada kita dengan harga tinggi.
3) Negara kita mengeluarkan pelbagai bahan mentah. Jika kita fokus kepada sains dan teknologi untuk menambah nilai bahan mentah, kita akan mendapat untung lebih berbanding hanya mengeksport bahan mentah.
4) Contohnya, minyak sawit. Kita proses siap-siap menjadi produk separa, atau produk berkualiti tinggi untuk dipasarkan dengan harga yang lebih tinggi. Bahkan minyak sawit juga boleh diproses tukar menjadi minyak biodiesel.
5) Laburkan duit ke dalam bidang penyelidikan sawit, biodiesel dan penghasilan produk-produk baru yang berimpak tinggi kepada pasaran global. Supaya jika orang boikot sawit kita pun tak akan menjejaskan permintaan terhadap sawit. Harga sawit akan stabil. Idea ini rasanya lebih baik daripada idea minum sesudu sawit setiap hari.
6) Jika kita tidak menggerakkan usaha ini, dalam masa setahun dua lagi, Indonesia akan ambil alih sepenuhnya penguasaan ekonomi berasaskan sawit. Indonesia mampu bangkit dengan cepat dalam pelbagai bidang termasuk bidang sawit.
7) Indonesia di bawah Jokowi sepertinya mahu bangkit persis kebangkitan China untuk menguasai ekonomi global. Langkah pertamanya adalah menyatukan rakyat Indonesia dan permohonan menukar ibu negara dari Jakarta ke Kalimantan.
8 ) Seterus menguasai laut China Selatan dengan mobilize kekuatan tentera ke Pulau Natuna yang sering 'diganggu' China. Hal ini memberi gambaran, Indonesia sedang mengumumkan kebangkitan kepada dunia. Pulau ini sangat strategik untuk kuasa ketenteraan dan kuasa ekonomi dalam beberapa tahun akan datang.
9) Indonesia sedang memulih. Bukan sahaja mereka sudah berupaya membikin industri membina kapal terbang, bahkan mereka sedang mengatur langkah menguasai ekonomi, yang mana industri sawit Indonesia menjadi salah satu triggernya.
10) Keluasan bidang tanahnya sahaja sudah jauh meninggalkan kita. Penghasilan sawit tentu akan berganda berbanding kita. Mereka hanya perlu bijak mengurus dan menghasilkan teknologi sendiri untuk pemprosesan sawit, piawaian sawit dan sebagainya. Apabila tiba masanya, dunia akan pandang sawit Indonesia. Sawit kita?
Sekian

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: Pihak Dr Tanaka Mustafa tidak bertanggungjawab atas komen-komen. Sila pastikan anda memberi komen yang baik dan tidak melanggar undang-undang negara dan tidak mencetuskan sentimen kaum dan agama.