Pakej Iklan

Saturday, January 11, 2020

IRAN VS AMERIKA: PERANG MINYAK

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Walaupun Iran mengaku tertembak pesawat penumpang Ukraine, US dan President Trump Donald mesti dipersalahkan. Iran tersalah tembak kerana tersalah anggap pesawat itu adalah pesawat US kerana terbang berhampiran pangkalan tentera.
2) Perang US-Iran adalah perang merebut minyak. Negara-negara Teluk adalah negara-negara pengeluar utama minyak dunia. Laluan utama minyak dunia diangkut keluar dari Teluk adalah melalui Selat Homuz, betul-betul selatan Iran, berkongsi dengan Oman di seberangnya.
3) Sejak zaman Bush lagi perang Iran dan US terjadi di Teluk tersebut. US menggunakan proksi-proksinya untuk menyerang Iran, termasuk berpakat dengan Saddam Hussein menggulingkan kerajaan Iraq dan menjadi Presiden Iraq lalu menggerakkan tentera menceroboh Iran.
4) Gerakan menceroboh Iran disalut dengan propaganda Sunni vs Syiah bagi merancakkan perang antara Iraq dan Iran. Propaganda Sunni vs Syiah berlarutan sehingga menjadi iktiqad dan darah daging pentaksub perang sektarian. Ya, ia menjadi realiti walaupun pada asalnya ia propaganda musuh luar Teluk sebenarnya.
5) Perang Iraq dan Iran berakhir apabila Iraq menceroboh Kuwait. Iran berjaya bertahan. Pencerobohan Iraq ke atas Kuwait menyebabkan US marah dan mengalih perhatiannya kepada Iraq dan Saddam.
6) Kemudian Iran membangunkan program nuklearnya tanpa mempedulikan amaran US. Pentadbiran Amerika menggunakan PBB untuk membuat sekatan ekonomi ke atas Iran dan jumlah eksport minyak Iran jatuh mendadak.
7) Sekatan ke atas Iran ditamatkan pada waktu pemerintahan Presiden Obama yang berjaya berdiplomasi dengan Iran dengan kesepatakan Iran menghentikan program Nuklear, sekatan ekonomi ke atas Iran ditamatkan. Dengan tamatnya sekatan ekonomi, eksport minyak Iran meningkat mendadak dan mengembalikan kekuatan ekonomi Iran semula.
8 ) Namun keselesaan itu berakhir apabile Presiden Trump Donald mengumumkan pembatalan perjanjian dengan Iran yang akhirnya membawa kepada sekatan ekonomi semula ke atas Iran. Alasannya, perjanjian yang dibuat Obama adalah perjanjian sebelah pihak yang tidak patut diterima oleh Amerika.
9) Perkembangan seterusnya adalah pembunuhan General Qassem Suleimani, yang hari ini orang masih berspekulasi walaupun Trump tidak membayangkan perang ke atas Iran. Iran masih diselubungi duka kehilangan General yang berwibawa dan berjasa sejak Revolusi.
10) Manakala pentaksub sektarian masih berpolemik dengan isu Sunni vs Syiah yang sudah terpasak dalam hati sanubari mereka. Ada yang mengaitkan dengan pilihanraya Iran, yang mana Qassem Suleimani mempunyai pengaruh besar dan berpotensi menjatuhkan Ayatollah. Lalu dikatakan geng Ayatollah berpakat dengan US dan Trump untuk membunuh Qassem. Konon buktinya, Iran tidak jadi berperang pun dengan US.
11) Sebenarnya Iran akan rugi besar jika berperang dengan pihak yang datang dari benua lain di Iran. Taktikal dan logistik tidak akan menyebelahi Iran, walaupun ada ura-ura Turki dan Russia mungkin membantu. Jika berlaku, US juga akan heret kroni. Akan terjadi perang dunia seperti yang dikhayalkan sebahagian orang.
12) Tetapi Iran tidak akan ambil risiko itu dalam masa terdekat. Trump juga tidak akan akan mengambil risiko perang yang akan membuatkan rakyatnya dan dunia menekannya akibat harga minyak yang melambung kelak. Ironinya, sentimen perang dengan Iran telak melonjakkan saham-saham berkaitan senjata dan pertahanan ketenteraan di Amerika.
13) Kesimpulannya, apa yang terjadi selepas pembunuhan Qassem, adalah salah Trump Donald. Namun Trump Donald bukanlah bodoh dan buat kerja ikut suka. Memang media Amerika menganggap Trump sebagai bodoh dan tak waras, kerana media Amerika dikawal oleh musuh politik Trump di US.
14) Saya perchaya, tindakan Trump adalah well calculated oleh dirinya sendiri tanpa perlu berbincang dengan kongres atau sesiapa. Dia orang bisnes yang berpengaruh dan membuat keputusan atas dasar bisnes. Membunuh Qassem adalah taktikal bisnesnya untuk menguasai minyak di Teluk, walaupun ia dianggap sebagai 'overkill'.
Sekian

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: Pihak Dr Tanaka Mustafa tidak bertanggungjawab atas komen-komen. Sila pastikan anda memberi komen yang baik dan tidak melanggar undang-undang negara dan tidak mencetuskan sentimen kaum dan agama.