Pakej Iklan

Wednesday, January 15, 2020

BERSYUKUR DENGAN PEMBERIAN RM30 E-WALLET

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Kira-kira 15 juta rakyat Malaysia yang layak boleh menuntut wang RM30 pemberian kerajaan daripada mana-mana tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost, dan Touch 'n Go, mulai 8.00 pagi esok (hari ini).

2) 15 juta rakyat Malaysia perlu bersyukur walaupun ada yang sindir RM30 itu jumlah yang sangat sedikit, tak cukup untuk hidup setahun. Alah, bukan setahun, RM30 tu sehari saja untuk makan minum sekeluarga. Bersyukurlah, nescaya Tuhan akan tambah lagi nikmat kepada anda semua. Tapi benarkah pemberian tunai melalui e-wallet ini boleh diguna untuk membeli makanan?

3) Sebenarnya, selain 15 juta rakyat yang perlu bersyukur, tiga syarikat pengendali e-wallet inilah yang mesti lebih banyak bersyukur. RM30 darab 15 juta, berjumlah RM450 juta ini tidak masuk secara terus ke dalam poket 15 rakyat itu. Ia masuk ke dalam e-wallet milik tiga syarikat tersebut, Grab, Boost, dan Touch 'n Go. (Perlu diingat, syarikat-syarikat ini tak boleh guna duit e-wallet untuk melabur apa-apa, melainkan jika ada akad tertentu dan diluluskan oleh kerajaan).

4) Tujuan kerajaan beri tunai melalui e-wallet ini adalah untuk merancakkan ekonomi digital dalam negara. Pihak peniaga boleh upgrade teknologi pembayaran secara atas talian yang lebih mudah. Mungkin hari ini permulaan RM30, next time selepas dapat balik duit 1MDB atau selepas Jho Low ditangkap, kerajaan akan umumkan pemberian e-wallet yang lebih besar sebesar BR1M atau Bantuan Sara Hidup.

5) Kepada yang nak troll tu, troll sikit-sikit sudahlah. Sebab manfaat e-wallet ini masih boleh di-explore dan diambil manfaat oleh rakyat juga. Para peniaga nasik lemak tepi jalan pun boleh cuba belajar terima payment melalui servis e-wallet kelak. Untuk pengetahuan, Touch 'n Go dimiliki bersama oleh CIMB Group Holdings Berhad, MTD Equity Sdn. Bhd. and PLUS Malaysia Berhad.

6) Bersyukurlah dengan pemberian e-wallet RM30 ini, nescaya kelak Tuhan akan tambahkan lagi nikmat ke atas kita. Bukankah dulu-dulu kita tidak bersyukur dengan pemberian BR1M, maka Tuhan letakkan kita di bawah kerajaan PH? Jika kita tak mahu bersyukur dengan RM30 ini, dibimbangi kita akan mendapat sesuatu yang lebih buruk.

7) Jika kita bersyukur dengan RM30 ini, maybe next time kita akan dapat berganda sebagaimana Tuhan janjikan. Samada nikmat berganda itu dikurniakan oleh Tuhan melalui kerajaan PH yang insaf dan berjaya, ataupun nikmat itu adalah dengan takdir Tuhan akan kejatuhan PH diganti dengan kerajaan yang lebih baik.

Sekian



No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: Pihak Dr Tanaka Mustafa tidak bertanggungjawab atas komen-komen. Sila pastikan anda memberi komen yang baik dan tidak melanggar undang-undang negara dan tidak mencetuskan sentimen kaum dan agama.