Pakej Iklan

Wednesday, September 1, 2021

PAS, UMNO DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) PAS sebenarnya bukanlah serpihan UMNO sepenuhnya. PAS ditubuhkan oleh dua kumpulan Islamis yang berbeza ideologi politik. Satu kumpulan Islamis berhaluan kiri, dan satu lagi Islamis berhaluan kanan.
2) Kumpulan berhaluan kiri datang daripada bekas-bekas ahli dan pemimpin parti Hizbul Muslimin yang diharamkan oleh pemerintahan British ketika itu. Hizbul Muslimin adalah parti setahun lebih awal berusaha untuk kemerdekaan Tanah Melayu daripada British.
3) Akibat rasa terancam dengan gerakan kemerdekaan Hizbul Muslimin, British mengharamkan kumpulan tersebut. Namun disebabkan kempen-kempen kemerdekaan yang telah menjadi viral atas usaha Hizbul Muslimin, British terpaksa memandang ke arah memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
4) British memilih untuk memberi kemerdekaan melalui UMNO yang dianggotai oleh bangsawan Melayu dan juga tokoh-tokoh agama. Dengan usaha diplomatik pemimpin-pemimpin UMNO, British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Ulamak tersohor dalam UMNO memilih tarikh untuk diisytiharkan Medeka.
5) Beberapa tahun setelah penubuhan UMNO, ulamak-ulamak dalam UMNO tidak senang dengan gaya hidup para pemimpin UMNO yang sangat sosial dan jauh daripada ajaran Islam serta budaya Melayu. Tidak hairan kerana kebanyakan pemimpin-pemimpin UMNO waktu itu adalah hasil pendidikan Barat.
6) Setelah teguran dan nasihat tidak makan saman, para ulamak UMNO nekad keluar daripada UMNO. Keluarnya mereka daripada UMNO disambut oleh Islamis berhaluan kiri yang terdiri daripada bekas-bekas pemimpin Hizbul Muslimin yang diharamkan. Mereka telah lama memikirkan cara untuk menghidupkan semula parti yang membawa idea Hizbul Muslimin.
7) Setelah berbincang, mereka bersepakat untuk menubuhkan persatuan ulamak se-Malaya, kemudian diupgrade kepada Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS). Dari situlah PAS bermula. Hasil daripada gabungan Islamis kiri dan kanan. Jawatan Yang diPertua PAS yang pertama diberikan kepada ex-UMNO. Persepsi yang mengatakan PAS adalah serpihan UMNO adalah berpunca daripada YDP PAS yang pertama adalah datang daripada bekas orang UMNO.
8 ) Kemudian berlaku krisis dalam PAS setelah itu kerana YDP PAS tersebut seolah-olah mahu menjadikan PAS seolah-olah UMNO ke-dua (ideologi UMNO, tetapi lebih Islamik). Jiwa keUMNOan nya menyebabkan beliau tidak sehaluan dengan PAS dan beliau meletakkan jawatan YDP - kemudian beliau menyertai Parti Negara yang ditubuh Dato Onn.
9) Sejak itulah PAS bergerak sebagai sebuah parti politik Islam, hasil daripada gabungan Islamis kiri dan kanan - dengan agenda dakwah dan politik. Walaupun dari sudut tarikh, PAS lebih lewat didaftarkan berbanding UMNO, hakikatnya perjuangan PAS adalah se-awal perjuangan Hizbul Muslimin - berjuang menuntut kemerdekaan melalui jalan politik dan diplomasi.
10) Jadi, untuk totally claim kemerdekaan adalah hasil kebijaksanaan UMNO yang berjaya mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah adalah tidak sepenuhnya benar. Untuk menidakkan usaha UMNO pula sama sekali tidak benar. Masing-masing ada jasa dan common interest.
11) Parti-parti yang tiada jasa dalam usaha kemerdekaan tentu sekali PKR, AMANAH, PPBM, DAP, serta WARISAN. Sebab itu, walaupun parti-parti ini sembang dan tunjuk hero dalam bab sambutan kemerdekaan, sebenarnya mereka tidak menghayati hakikat sebenar kerangka bernegara yang diasaskan semasa berjuang untuk kemerdekaan. Tidak hairan mereka boleh selamba saja biar kerangka asas bernegara dirombak - atas nama reformasi, pembaharuan, dan sebagainya.
Sekian

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: Pihak Dr Tanaka Mustafa tidak bertanggungjawab atas komen-komen. Sila pastikan anda memberi komen yang baik dan tidak melanggar undang-undang negara dan tidak mencetuskan sentimen kaum dan agama.