Pakej Iklan

Wednesday, September 1, 2021

VAKSIN BUKANLAH HANYA SATU-SATUNYA JALAN PENYELESAIAN

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Apa solusi antivax untuk mengurangkan jumlah kematian harian, andaikata antivax dilantik menjadi Menteri Kesihatan? Cer bagi cadangan untuk KKM review. Kalau scientifically logik dan waras, apa salahnya KKM cuba.
2) Vaksin ni umpama pemakaian helmet ketika meunggang motorsikal. Technically proven secara amnya, bahawa helmet boleh mengurangkan risiko kematian penunggang atau pembonceng jika berlaku kemalangan motorsikal. Tidak bermaksud helmet mampu mencegah kematian akibat kemalangan tersebut. Bahkan ada yang mati akibat tercekik dek tali helmet. Tapi orang tak buat propaganda anti-helmet pun.
3) Samalah juga vaksin. Bukan boleh cegah kematian. Vaksin hanyalah salah satu usaha dan ikhtiar untuk mengurangkan kematian akibat coronavirus yang menyerang. Sama seperti vaksin-vaksin lain yang telah dicucuk sewaktu para antivax masih kechil. Mujur mak ayah antivax bukan jenis antivax.
4) Bukan kita nak mengagungkan vaksin. Vaksin pun bukan efficient 100%. Setiap orang ada fisiologi tubuh yang berbeza. Ada yang sihat, ada yang ada penyakit lain yang boleh berteindakbalas secara negatif terhadap vaksin yang diterima. Tetapi kajian sains setakat ini menemukan vaksin yang bersesuaian dengan majoriti puluhan juta manusia.
5) Step preliminary keberkesanan vaksin diuji pada tikus makmal dan primat. Jika lulus, baharulah dibawa kepada step pertama kajian ke atas manusia. Ia seterusnya melalui step kedua dan step ketiga secara ketat, baharulah diuji kepada ratusan ribu manusia. Data-data kesan vaksin terus diambil daripada setiap kes komplikasi yang dilaporkan. Kajian akan terus dilaksanakan untuk memperbaiki efficiency dan efficacy vaksin.
6) Jika ada tuduhan kita akan jadi tikus makmal kerana vaksin ini masih pada tahap ujian, tidak mengapa. Anggaplah ia sebagai satu jihad untuk menyelesaikan krisis pandemik, kerana dengan contribution kita menjadi data penting untuk para saintis terus berusaha mencari penyelesaian.
7) Paling kena yakin, mati itu bukan terletak pada vaksin. Ilmu vaksin dan pemvaksinan adalah ilmu daripada Allah jua - kepada manusia yang rajin mengkaji dan memahami setiap ciptaan Allah. Covid19 adalah ciptaan Allah yang perlu dikaji dan difahami. Dengan ilmu kajian yang betul, kita akan dapat cari jalan penyelesaian.
8 ) Tanpa kajian, manusia tidak tahu daripada datangnya deman denggi dan bagaimana ia boleh berjangkit. Apabila ada ilmu mengenainya, manusia dapat tahu nyamuk adalah merupakan agent penyebaran demam denggi. Maka kaedah menghapuskan nyamuk dan pembiakan nyamuk menjadi SOP yang utama untuk menghalang penyebaran denggi. Tauke air kelapa pun tak boleh cari makan sangat dengan petua minum air kelapa untuk cegah denggi.
9) Vaksin adalah salah satu cara, bukan absolute cara. Jika anda ada cara lain yang menurut kajian anda lebih berkesan berbanding vaksin, silalah cadangkan kepada KKM atau pihak berkuasa. Bentangkan secara professional, infografik, bukti kajian supaya KKM yang dikatakan follow WHO semata-mata boleh buka mata terhadap kajian anda.
10) Kes kematian harian majoritinya daripada orang yang belum divaksin. Ia adalah data umum yang dilapor di seluruh dunia. Kematian akibat suntukan vaksin jauh lebih kechil berbanding yang mati tanpa vaksin. Malah puluhan juta manusia yang telah siap lengkap disuntik vaksin masih sihat elok, aktif, tidak menjadi zombie dan tidak pula dikawal satelit.
11) Kematian akibat vaksin still dalam kajian, kerana komplikasinya adalah berbeza pada orang-orang yang ada penyakit berbeza. Yang tiada penyakit pun sebenarnya ada penyakit, cuma tidak pernah diperiksa sebelumnya keran tiada simptom.
12) Contohnya, orang yang mengalami kerosakan buah pinggang pada tahap yang kurang kritikal, dia tidak mengalami sebarang simptom sakit apa-apa. Masih steady. tetapi sebenarnya fisiologi tubuhnya sedang berubah kepada sakit.
13) Buah pinggang yang 'bocor', tidak mampu menapis secara efisyen segala bahan yang akan masuk ke dalam darah. Walaupun nampak sihat, tetapi dalam darah orang yang mengalami 'kebocoran buah pinggang' telah terkumpul bahan-bahan yang kemungkinan overdose, bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh badan dan sebagainya.
14) Contohnya, jika buah pinggang gagal menapis kuantiti potassium untuk masuk ke dalam darah, seseorang itu boleh mati mengejut kerana potassium berlebihan boleh menghentikan degupan jantung. Bukan heart attack, tetapi cardiac arrest. Heart attack disebabkan kolestrol yang membuat salur darah tersumbat. Tetapi cardiac arrest adalah disebabkan oleh 'electrical pulse' yang mengawal degupan jantung - terhenti.
15) Orang yang kronik sakit buah pinggang tidak akan digalakaan makan makanan berpotassium tinggi seperti pisang dan durian. Boleh mati mengejut. Potassium tinggi dalam darah tidak akan menunjukkan sebarang simptom. Seseorang itu akan anggap dirinya masih sihat dan rasa tiada apa-apa penyakit.
16) Bukan potassium saja. Kuantiti air berlebihan yang gagal ditapis buah pinggang juga boleh menyebabkan penyakit. Tetapi tidak ada simptom. Ia boleh mengakibatkan paru-paru berair dan seterusnya jangkitan kuman. Rasa macam tak ada penyakit, tapi sebenarnya ada.
17) Maka kemungkin kes-kes rasa macam tak ada penyakit, tetapi sebenarnya ada - menyebabkan ada kes kematian berlaku disebabkan komplikasi dengan suntikan vaksin yang diterima. Sebab secara saintifik kajian vaksin, saintis sudah uji keberkesanannya kepada orang yang sihat. Bukan 100-200 orang, bahkan ratusan ribu hingga jutaan orang telah disuntik - tiada kesan sampingan yang teruk pun.
18) Demikianlah usaha dan kajian yang dilakukan oleh sesetengah orang yang ada ilmu vaksin dan pemvaksinan. Yang ada cara lain, boleh lah kongsi dengan KKM. Bukan merepek dengan teori-teori bodoh dan menakut-nakutkan orang dengan propaganda yang berkisar dengan teori konspirasi.
19) Jika anda tetap berdegil dengan cara anda, samada antivax atau orang yang kata mereka bukan ativax tetapi jenis terlalu berhati-hati nak tengok dulu kesan-kesannya - itu hak anda. Tiada masalah. Namun, disebabkan anda tidak mahu kongsi cara yang anda rasa lebih selamat dan efficient untuk mendepani masalah Covid19 ini, anda lah yang patut dipersalahkan apabila orang tak dapat keluar berniaga, hilang pekerjaan, tak boleh solat Jumaat dan sebagainya.
Sekian
Dr Tanaka Mustafa
(Pro Air Kelapa)

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: Pihak Dr Tanaka Mustafa tidak bertanggungjawab atas komen-komen. Sila pastikan anda memberi komen yang baik dan tidak melanggar undang-undang negara dan tidak mencetuskan sentimen kaum dan agama.