Pakej Iklan

Monday, September 27, 2021

SIDANG DUN KEDAH TOKSIK

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Dalam cherita yang DUN Kedah dalam forum ini, saya suka ulasan YB Dato Johari Abdul. Beliau ada vision yang baik dan berkelayakan untuk jadi MB Kedah. Cara dia sembang terbaik (y), ada sebahagian idea untuk kemajuan Kedah yang dia kemukakan itu saya pernah ulang tulis beberapa kali sebelum ini, termasuk sembang saya tentang keperluan kepada fokus sektor pelancongan. Mungkin saya suka dengan Dato Jo ni sebab rasa macam senada dalam isu yang dia sebut.

2) Mengenai teguran YB Dato Jo terhadap ADUN PAS yang dari awal ucapan asyik hentam pembangkang dan jek MB, saya bersetuju. Saya pun perasan Adun tersebut. Mungkin saya pun jenis 'lemas perut' bila duk tengok perangai duk jek orang. Kita boleh beza antara menyokong, membackup dan jek keterlaluan. No need.

3) Dato Jo juga mengharapkan Adun-Adun muda dalam DUN mendatangkan idea-idea yang bagus dalam pembentangan supaya dapat mencetuskan idea-idea lain daripada Adun-Adun lain - untuk memajukan negeri Kedah. Tapi kan Dato Jo, mungkin masalah kita semua selaku negara dan negeri dunia ketiga - yang mana wakil rakyat dan pemimpin terpaksa habiskan masa untuk kerja meraikan masyarakat.

4) Susah Adun-adun nak luang masa fikir idea-idea besar, kerana pada akhirnya akan terbantut kepada persoalan "longkang tersumbat", "air paip jadi air teh", "YB tak turun kawasan", "Adun tak bagi bantuan itu ini". Walhal kerja-kerja kebajikan sedemikian, sudah ada jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan negeri dan pusat untuk handle perkara tersebut.
5) So, bagaimana nak terfikir untuk fikir pasal di kawasan sendiri ada geografi yang bagus untuk pembangunan, pelancongan, ada sesuatu yang strategik untuk kemajuan rakyat, bagaimana nak fikir untuk generate man power dalam kalangan rakyat untuk memacu kemajuan negeri, initiate projek-projek skala kechil untuk keterlibatan orang kampung bermandiri supaya kalis krisis ekonomi dan sebagainya.
6) Tak sempat nak fikir, sebab mentaliti rakyat hanya akan judge pemimpin yang baik adalah pemimpin yang turun bagi bantuan kepada mereka berupa duit dan barangan keperluan harian. Terpaksa follow cara demikian, jika tidak - tiada undi untukmu.
7 ) Kesimpulan yang dibuat oleh YB Ir Pahrolrazi juga baik, saya juga pernah sebut perkara yang sama (kerajaan demokrasi adalah terdiri daripada komponen pemerintah dan pembangkang). Katanya istilah pemerintah dan pembangkang ni tak berapa betul. Semua Adun dalam DUN adalah kerajaan, cuma ada Adun yang menjadi executive dan MB adalah ketua executive, dan ada yang tidak jadi excutive. Idea dan kesimpulan yang baik supaya kerajaan meraikan pembangkang, cuma bila fikir balik semasa PH jadi kerajaan, hmmmmm.... macam sembang saja laa. But still, ia adalah satu benda yang baik untuk kerajaan negeri ubah. Saya yakin MB Kedah tiada masalah untuk memulakan politik harmoni antara kerajaan dan pembangkang. Cuma pembangkang pun kena cherdik juga lah kalau nak deal dengan spesis kahaq macam Mb Kedah. Duk main tembak ikut dan, MB pun duk main bidas balik laa. 8 ) Apa yang Dato Jo sebut adalah bagus. Walaupun tajuk forum adalah Siang DUN Kedah Toksik, saya suka ulasan Dato Jo. Panel-panel lain saya rasa lebih menggoreng dan mentoksikkan persidangan DUN. Amende duk pertikai kerajaan negeri tak kemukakan SOP untuk rakyat masuki fasa endemik. Ulasan moderator YB Ismail Salleh pun memang ke laut. Tak sesuai kalau dia jadi MB. Rasanya tajuk forum "Sidang DUN Kedah Toksik" dia yang cadang 😈. Saya rasa saja.
Sekian Link forum Live FB: https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=3005501639709322

1 comment:

  1. hahaha .... tulisan santai tapi berbaloi utk difikirkan. Link forum tu tak leh buka la Dr .

    utk point 4 tu, dh nama pun wakil rakyat.....kena jadi wakil yg menghubungkan rakyat kpd pihak yg boleh selesaikan bila rakyat berhadapan dgn masalah. Kadang agensi dan jabatan2 kerajaan ni bila YB campurtangan baru cepat sikit selesaikan kerja.

    point no 5 dan 6 tu boleh je berfungsi serentak sbb kedua2nya mmg diperlukan olh rakyat atau masyarakat.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Pihak Dr Tanaka Mustafa tidak bertanggungjawab atas komen-komen. Sila pastikan anda memberi komen yang baik dan tidak melanggar undang-undang negara dan tidak mencetuskan sentimen kaum dan agama.