Pakej Iklan

Friday, September 24, 2021

SEMBANG PASAL PROSEDUR 'DITIDURKAN'

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Bacaan normal Oximeter untuk kandungan oksigen yang normal dah sihat adalah 98% ke atas. Jika turun ke 93%, ia sudah masuk fasa merah. Perlu diberi bantuan corong oksigen untuk recover kekurangan oksigen. Bacaan 50% adalah tersangat kritikal. Further droplebih rendah dari 50% , pesakit mesti ditidurkan.
2) Kenapa mesti ditidurkan? Sebab ia adalah prosedur hospital. Apabila oksigen sudah collapsed sampai bawah 50%, pesakit itu sendiri akan automatik collapse, pengsan - sebab oksigen ke otak sudah terlalu rendah. Kandungan oksigen rendah dalam darah untuk dihantar ke otak adalah berpunca daripada kegagalan penerimaan oksigen di salur darah pada sel paru-paru.

3) Jika pesakit pengsan dengan sendiri, doktor mungkin tidak tahu bila masa pesakit itu pengsan dan tidak dapat melakukan rawatan segera. Ketika dalam keadaan pengsan, keadaan akan lebih parah kerana pesakit sukar bernafas. Jika ditidurkan secara manual, doktor akan segera melakukan prosedur bantuan pernafasan dengan mesin ventilator yang memantau pernafasan dan kandungan oksigen secara berterusan. Mesin akan membantu pesakit bernafas dengan sumber oksigen secara terus ke dalam paru-paru. Tidak timbul istilah doktor kejam dan zalim kerana 'memaksa' untuk 'tidurkan' pesakit.

4) Paru-paru yang telah dijangkiti secara teruk oleh coronavirus akan mengalami antara dua keadaan. Kemungkinan sel paru-paru telah rosak akibat serangan virus kerana tiada antibodi melawan, atau keadaan respon antibodi yang berlebihan - menghasilkan cecair untuk menghalang virus mendekati sel.
5) Kesukaran bernafas akibat sel paru-paru rosak, ia adalah permanent damage. Jika terlalu banyak sel paru-paru yang rosak, paru-paru akan gagal dan boleh menyebabkan kematian. Jika kesukaran bernafas disebabkan banyak cecair yang dihasilkan sel sebagai tindakbalas antibodi, pesakit masih boleh diselamatkan dengan prosedur mengeluarkan cecair tersebut dari peparu.

6) Jadi, ikutlah saranan doktor. Doktor bukan gila nak bunuh orang. Depa praktik ilmu yang depa belajar. Nak bulih belajar ilmu kedoktoran tu bukan semudah cari kat Google dan Youtube. Saya cherita kat sini pun setakat apa yang saya faham dari penerangan doktor perubatan. Tanya lebih, saya pun tak reti. Tapi kalau teori antivax, saya sangat reti nak cherita walaupun tak logik.

7) Key utama dia, jangan membongkak dengan apa yang kita ada. Samada provaks atau antivaks, atau sesiapa saja. Tuhan tidak suka kepada orang-orang yang bongkak. Provaks yang bongkak dengan vaksin, Tuhan akan tunjuk depan mata akan kematian akibat vaksin. Antivaks yang bongkak melawan vaksin, Tuhan akan tunjuk depan mata kematian akibat tak ambil vaksin. Sekian
p/s: Jika ada salah, doktor-doktor boleh bantu betulkan.

1 comment:

  1. Bila pesakit covid nk ditidurkan , maknanya tahap dia dah teruk, paru2nya sdg hampir gagal berfungsi, pemberian oksigen sudah xdapat dibantu dgn alat biasa spt nebulizer mask , sdh tak cukup. Kena masukkan tiub pernafasan ke trakeanya utk hantar oksigen ke paru2. Proses ini sgt sakit dan sepanjang tiub berada dlm saluran trakeanya adalah keadaan yg sgt sakit. Mustahil mampu ditanggung, Sebab itu dikomakan pesakit berkenaan. Orang nampak sebelum ditidurkan mcm elok lagi boleh sembang walau tercungap2, bila intubasi, lps terus meninggal…..

    Chances tu mmg 50 - 50 ….. dalam ramai yg tk dapat di selamatkan, namun ada juga yg survive. Hak Allah belaka tu. Jangan lah kita tuduh mcm2 pada pihak yg sudah sehabis daya membantu.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Pihak Dr Tanaka Mustafa tidak bertanggungjawab atas komen-komen. Sila pastikan anda memberi komen yang baik dan tidak melanggar undang-undang negara dan tidak mencetuskan sentimen kaum dan agama.