Pakej Iklan

Thursday, September 5, 2019

PENJAWAT AWAM: CHERITA POLISI, BUKAN POLITIK


Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Zaman Pak Lah PM-5 adalah zaman kemewahan penjawat awam, termasuk polis, tentera dan bomba. Ia memecah polisi PM4 yang menjerut poket penjawat awam dengan skim gaji yang rendah.

2) Pada zaman PM4, kebanyakan rakyat memandang tinggi kepada orang yang bekerja dengan syarikat swasta, kerana gaji pihak swasta yang tinggi. Manakala pekerjaan sebagai penjawat awam dipandang rendah, hatta pekerjaan yang mulia seperti guru sekolah juga tidak dipandang sebagai pekerjaan pilihan.

3) Zaman Pak Lah, perubahan drastik skim gaji penjawat awam memperlihatkan para penjawat awam bagai mendapat durian runtuh. Bahkan polis-polis pangkat rendah juga dapat menikmati gaji yang lebih besar - pada masa yang sama juga Pak Lah menganjurkan kempen anti-rasuah dalam kalangan polis.

4) Selari dengan kenaikan gaji polis, kempen anti-rasuah memperlihatkan kejayaan. Rasuah dalam kalangan polis berpangkat rendah berkurangan. Begitu juga dalam agensi-agensi lain.

5) Kemewahan yang dinikmati penjawat awam seterusnya mengubah persepsi rakyat - kerja sebagai penjawat awam lebih terjamin - dengan adanya skim pencen. Maka pilihan kerja swasta tidak lagi menjadi pilihan utama walaupun bergaji besar. Gaji sama tinggi, tetapi penjawat awam ada skim pencen.

6) Strategi Pak Lah memewahkan penjawat awam sebenarnya adalah langkah bijak merancakkan ekonomi negara. Para penjawat awam mampu membeli rumah-rumah kos sederhana dan mewah - merancakkan industri perumahan dan hartanah.

7) Bahkan dalam industri permotoran, pembelian kereta-kereta nasional dan kereta import menjadi lebih rancak. Polisi skim gaji yang tinggi dan skim pencen bukan sahaja memewahkan penjawat awam, bahkan turut meningkatkan traffic jual beli dan keuntungan syarikat-syarikat swasta.

8 ) Zaman PM6 DS Najib Razak meneruskan kerja-buat Pak Lah. Beliau tidak usik polisi ekonomi yang Pak Lah buat. Jika Pak Lah membantu ekonomi penjawat awam, beliau memilih untuk merancakkan ekonomi rakyat luar bandar tanpa mengusik polisi Pak Lah. Maka tercetuslah idea ECRL, Lebuhraya Borneo dan memantapkan sistem pengangkutan. Dengan cara itu, kerancangan ekonomi rakyat luar bandar akan dapat dipertingkat.

9) Malangnya, PM7 hari ini adalah PM4 terdahulu. Tindak-tanduknya hari ini dilihat sedikit demi sedikit cuba menenggelamkan polisi PM5 dan PM6. Penjawat awam bakal dijerut kembali. Cuma nak sampai ke tahap zaman PM4, kita tak tahu lagi.

Sekian

p/s: Ini cherita polisi. Kalau anda heret isu skandal 1MDB, Altantuya, Scorpene etc, anda bawa cherita politik. Sila reti beza. 

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: Pihak Dr Tanaka Mustafa tidak bertanggungjawab atas komen-komen. Sila pastikan anda memberi komen yang baik dan tidak melanggar undang-undang negara dan tidak mencetuskan sentimen kaum dan agama.