Pakej Iklan

Wednesday, August 5, 2020

PERLUMBAAN GILA-GILA GLOVEMAKERS: KERAJAAN TENGOK SAJA?

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Gambar: Top Glove production line

1) Perlumbaan sektor glove semakin rancak.  Beberapa saham syarikat gergasi glove dalam negara kita sudah mencapai tahap 'dewa'. Harga saham masing-masing melonjak melebihi 1000% sejak wabak Covid19 merebak. Top Glove dan Hartalega, Kossan etc. mendominasi sekian lama, kini mempunyai pesaing yang banyak daripada syarikat-syarikat kechil yang tiba-tiba menjadi besar. 


2) Syarikat Supermax yang kechil, awal tahun 2020 sahamnya di bawah RM2, kini sudah cecah RM22 seunit. Syarikat Ruberex dahulunya bawah RM1, hari ini cecah RM7 seunit. Kossan yang bawah RM4, kini RM19 seunit. Banyak lagi company glove dan yang ada kaitan dengan glove melonjak naik tinggi. Pattern lonjakan saham semua company glove hampir sama.

4) Lonjakan saham sektor glove memunculkan nama-nama Billionair baru dalam negara kita. Melihat kepada gelombang kedua yang menyerang beberapa negara yang hampir pulih seperti Jepun dan Australia, dan juga perkembangan wabak di US dan India, beberapa syarikat sektor lain mula berminat menyertai perlumbaan sektor glove.

5) Antaranya, Syarikat MQ-Tech yang membuat magnetic coils, moulds, tools/tooling, dies, jigs, dan fixtures untuk hard disk drives, membuat keputusan membeli syarikat Latexx (tiada dalam bursa) - sebuah syarikat glove biasa-biasa. Sahamnya di bawah 5 sen seunit, melonjak kepada 20 sen seunit dengan pengumuman pengambilan Latexx.

6) Syarikat AT Systemization, syarikat yang merekabentuk, membikin, dan menghasilkan industrial automation systems, machinery, serta peralatan industri dan kejuruteraan, semalam menandatangani satu perjanjian pembelian syarikat Pearl Glove (juga tiada dalam bursa). Syarikat Pearl Glove adalah syarikat biasa-biasa yang beroperasi di Sungai Petani.


7) Syarikat HLT Global pula adalah syarikat yang specialist dalam membuat acuan/mold untuk penghasilan glove. Syarikat ini turut mendapat manfaat perlumbaan sektor glove walaupun tidak memasarkan glove. Sahamnya pada awal 2020 di bawah 20 sen, hari ini telah cecah RM2.45 seunit. Melihat kepada ancaman pandemik gelombang kedua, HLT Global sedang berkira-kira untuk turut menyertai perlumbaan sektor glove dan sedang membuat tinjauan untuk acquire syarikat-syarikat kechil glove.

8 ) Melihat kepada beberapa contoh yang dinyatakan di atas, apakah pihak kerajaan tidak ada inisiatif untuk turut serta dalam perlumbaan sektor glove ini? Kementerian Ekonomi, Kementerian Sains, Kementerian Getah dan kementerian yang berkaitan, sepatutnya memandang perlumbaan ini sebagai salah satu cara meningkatkan ekonomi negara.

9) Pihak kerajaan boleh tubuhkan satu atau beberapa GLC (alamak... nanti kena lantik orang UMNO atau PAS tak?) berkaitan industri glove, atau acquire company-company kechil glove - milik-kerajaankan. Sedangkan syarikat-syarikat dalam dan luar negara mengaut keuntungan melebihi 1000%, takkan kita tengok saja?

10) Apabila pihak kerajaan memiliki GLC atau syarikat berkaitan glove atau industri latex, secara tidak langsung rakyat dan penoreh getah terutamanya akan mendapat manfaat. Kerajaan akan memberikan khidmat nasihat, konsultansi, bantuan kepada penoreh untuk memasarkan latex, bukan hanya memasarkan getah kering.

11) Syarikat-syarikat glove membuat untung berbilion-bilion, tetapi penoreh getah tetap kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang. Kerana apa? Kerana mereka syarikat swasta, tak perlu fikir sangat pun pasal penoreh getah. Tetapi syarikat kerajaan boleh memainkan peranan dalam penentuan harga latex untuk manfaat penoreh getah, selain membuka peluang pekerjaan baru. 
Luahan Hati Penoreh Getah - Isu Harga Getah Merudum - YouTube

12) Buat kempen sayangi latex. Tapi jangan minum latex.

Sekian


No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: Pihak Dr Tanaka Mustafa tidak bertanggungjawab atas komen-komen. Sila pastikan anda memberi komen yang baik dan tidak melanggar undang-undang negara dan tidak mencetuskan sentimen kaum dan agama.